When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Sunday, February 3, 2019

KATA-KATA BUAT ABG JODOH #5

Abg Jodoh,

Abg boleh menafikan kehadiran saya,
Abg boleh mengabaikan kewujudan saya.

Akan tetapi,

Saya pasti, kenangan yang saya beri itu,
ianya masih tersemat dikotak pemikiran abg.

Kerana kenangan bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
Kerana dengan kenangan itu, bermula sebuah perkenalan.
Dan kerana dengan kenangan itu, telah membuka sisi lain diri ini.

Selamat malam #abgjodoh
King Eycha.





Saturday, August 11, 2018

Mainan Jiwa

Jiwa.......

Jiwa merangkumi keseluruhan batin manusia. Ada perasaan , ada angan-angan , ada fikiran , ada abang jodoh (eh eh eh gurau )

Jadi tak kira lelaki atau perempuan kalau jiwa dah diusik orang lain, memang tak keruan. Orang tu senyum pun boleh bergegar hati kau 5 skala ritcher. Orang tu marah pun kau nampak dia manis je , macam tengah berzikir kau nengoknya.....

Aku bukanlah pakar nak cakap pasal ni, tapi berdasarkan keadaan sekeliling yang berlaku. Jiwa ni kalau tak pandai handle memang kau akan terjerumus ke lembah penyesalan...

Aku bagi contoh lah ( kata-kata dari sis gua )
Bila kau semakin meningkat dewasa atau tua , kau dah tak pandang sangat paras rupa , darjat atau harta. Yang buat jiwa kau goyah adalah bila hadirnya seseorang yang mengambil berat pasal kau... haaaaaaa gitu kau nyah...! Tang ni laki ke perempuan ke sama saja.

Sebab tulah aku tak percaya hubungan jarak jauh ni... Even sebelah kampung pun boleh curang apatah lagi yang jarak beribu batu...... Korang tak payah nak TAK sangatlah....! Bohonglah kalau korang tak terusik hati tu bila ada seseorang yang sudi menghabiskan masa dia untuk kau... Alasan bff korang boleh pi humban nun ke pulau redang sana...

Kes akan jadi parah bila salah satu pihak terlalu percaya atau/dan terlampau sibuk.... Disebabkan kau sibuk dan kau percaya pada pasangan kau, kau telah membuka peluang orang lain untuk mengisi kekosongan yang kau buat tu. Dan satu lagi hal bilamana kau terlalu memberikan kepercayaan kepada pasangan kau sampai dia berani memijak sekeping hati korang tuuuu...

Betul dalam perhubungan perlu ada kejujuran , tapi berapa ramai yang sanggup jujur...? Ramai yang lebih rela memendam rasa sehingga menjadi sekam... ( ecececece )  Dan disebabkan itu jugalah hati semakin hari menjadi semakin tawar.... Dan sampai satu tahap , jiwa kau kosong. You don’t even know how to reacts. What you can do is “kita okay lah”
And when one fine day, someone knock your soul.... Taking care about you , talk nicely , be your shoulder to cry on then you are dead meat now....!!!!!!

Come on guys, what we need is love and attention....! Yeah someone said its simple as a fuck....! Hell yeah...! We can give love but attention is a difficult things you need to handle..... Think again brooo...

Awek kau tukar style rambut pun kau tak perasan , jadi dekat mana perhatian yang kau nak berikan...?

Yamg kau pulak perempuan, lelaki korang tukar sport rim pun kau tak perasan ,  celah mana yang kau kata kau sangat ambil berat pasal mereka...?

Korang jangan sibuk sangat cari yang sempurna padahal yang depan mata tulah pelengkap korang. Apa kata selepas hari ini kita cuba berikan perhatian lebih pada orang yang kita sayang. Jaga mereka sebagaimana kali pertama kali berjumpaaaa...


Sampai sini dululah kita bebel...
Selamat malam.

Love, king eycha.

Thursday, January 19, 2017

Perjalanan Masih Panjang

Bismillahhirrahmannirrahhim....

Dikala awan malam sedang asyik mengurangkan beban dan ditemani dua ekor kucing iaitu montel dan duke tiba-tiba terfikir...

"Dah lama sangat aku bersinggah entah dekat mana-mana... Fokus sebenar tersasar jauh dibawa ombak hingga ke pesisir pulau mana entah."

Perjalanan rasanya baru jer bermula tapi persinggahan aku macam orang yang berada dizon selesa.

Fokus untuk kurus dalam masa enam bulan dah selamat ditelan anak gajah... Alih-alih 3 kg je aku turun dalam masa enam bulan... kah kah kah....!

Fokus untuk solat lima kali sehari  selalu saja diganggu dek urusan kerja... Sebulan je bertahan lepas tu celam-celum (betul ke aku eja ni...) Asyik fikir dunia jeee.... hurmmmm...

Fokus nak jadi anak yang baik habis disapu taufan bila mood penat aku datang disusuli dengan bebelan emak tah apa-apa yang tak berkaitan dengan aku... tsk tsk tsk....

Fokus untuk move on daripada abang jodoh dah lama diterbangkan angin petang.... Tiap bulan kata nak move on tapi tiap hari juga aku jumpa dia... Abis cuba kabor macam mane yong nak move on...? Om om om.....

Fokus yang paling jauh tersasar nak syurga.... Huuuuuuuuuuu.... impian tinggi melangit tapi perilaku, puaka sentiasa... Kadang teringat tu sempat la istifar kadang tu masa setan duk membisik kata-kata semangat rasa semua org aku perkecilkan... ish ish ish....

Tak baiknya kau eycha.....

Perjalanan aku untuk menjadi yang baik tu tak kesampaian lagi... Bukan tak teringin tapi itulah.... Bila hawa nafsu yang aku letak dihadapan makin banyak persingahan jadinya... Kalau orang kata kayuh perlahan-lahan.... Tapi aku ni macam tengah merangkak...

Tu sebab kadang-kadang aku termenung... Bukan menungkan abang jodoh semata walaupun ada jugaaaaa tapi mostly aku menungkan bilanya la hai perilaku aku nak semegah....

Korang tak boleh tau cakap tgk sekeliling aku.... Org sekeliling aku okay je tapi hati ni haaaa.... Entah kenapa seronok sangat singgah situ sini... Lagi satu kadang-kadang tu sedih lah juga bila orang duk mention perangai lama aku...

Eh tolonglah.... mak hencik , hakak2 dan korang semua tau tak betapa payahnya la kan nak melangkah ke arah kebaikan... Kalau tak boleh nak bagi semangat, mulut tu diam je.. Zikir banyak-banyak dapat pahala....

Kalau jumpa saya janganlah sohseh2 dekat belakang... Tegur je saya,

"Ca tak elok anak dara balik malam-malam" (contoh)

Yer, aku tau korang kenal aku yang dulu... Tapi okay what aku cuba meluruskan perjalan hidup aku... Takkan korang nak aku lalu jalan yang berliku berduri tu semua...

Kesianlah dekat kitaaaaaa..... Jauh ni nak merangkak... ha ha ha....

TRIMASSS
Dikala angin sejuk menyentuh pipi ini,
Aku berharap moga hari esok ada sinar bahagia kan datang menyapa...

Tuesday, January 3, 2017

Kata-Kata Buat Abg Jodoh #4

Telah jauh aku membawa rasa
Sehingga aku alpa dalam kebahagiaan.
Telah jauh rasa ini meresap ke seluruh jiwa
Mengharapkan dikau yang menjadi terakhir.
Sungguh hati ini terlalu enak dibuai rasa,
Rasa yang hanya dipendam...
Dan.....
Telah datang khabar gembira bagi dikau melalui angin malam kepadaku...
Andai kau tahu hati ini bagai disentap,
Bahagia yang ku rasa kini harus ku buang jauh.
Adakah dapat aku membuang rasa kasih ini...?

                                               King eycha

Sunday, October 9, 2016

HADIAH BUAT DIRI SENDIRI

Assalammualaikum / Hai...

Bertemu lagi kita... (kalaulah)
By the way i'm dedicate this post for the haterz...

Lumrah manusia, nampak kita senang je.. Dia tak nampak yang kita bersusah payah untuk dapatkan sesuatu tu.... Guys come on lah.... Apa yang kalian dengki sangat...? Kalau korang nak, why not kita sama-sama berusaha.. Kan sweet macam tu... Ini tidak...

"Eh beg je kot, beli mahal-mahal esok rosak juga"

"Ala kek tu mesti cantik je tapi rasa tak sedap mana pun"

"Mahalnya tudung dia, esok lusa jadi kain lap juga"

"Banyaknya duit dia membeli je"

"Asyik pakai yang sama je... Nak show off la tu"

Blaa... Blaaa.... Blaaaaa.... Blaaaa....

Eh....!!! Engkorang ni dah kenapa...? Mulut tu memang gatal eh nak berkata-kata.... Biarlah apapun orang tu nak pakai.. Yang kita sibuk-sibuk nak pertikai kenapa...? Tak puas hati sebab tak dapat apa yang dia dapat...

Cuba fikir kejap, kejap je tak lama pun... Korang dah berhempas pulas bekerja siang dan malam... Kadang- kadang hari cuti pun kerja.... Tapi bila dapat gaji, habis bayar itu dan ini.... Jadi apa untuk korang....?

Well , korang tak pernah terfikir ke nak reward kan diri korang... Manjakan diri tu.... Kesian tau body kita ni... Bekerja untuk kita tapi kita tak bagi apa-apa pun pada diri sendiri......

Tak salah pun nak manjakan diri dengan sesuatu yang buat korang rasa sangat puas hati... Jangan iri hati pada org lain... Mereka tahu target mereka... Jadi kita pun mesti ada target... Tak kan lah kita nak berada ditakuk lama kan....

Pada korang yang jarang atau tak pernah rewardkan diri tu... Cuba... Cuba buat bulan ni... Mula-mula memang korang akan rasa, mahalnyaaa.... Membazir pula.....

Tapi tolong buang fikiran sedemikian, cuba fikir.... Aku memang layak untuk dapatkannya... Dan pakailah ia dengan bangga, pasti org akan toleh 2 kali disebabkan aura korang tu....

Ha Ha Ha Ha...... Kita tak suruh pun korang beli tiap-tiap bulan... Targetlah apa yang korang nak tu.... Lepas tu korang tak kan dengki dengan org lain dah.... Cuba tau...

BTW ada sesiapa nak hadiahkan kita "alphabet duck square scarve" tak...
*nangis bucu katil...

Trimasss

Saturday, September 24, 2016

Kata-Kata Buat Abg Jodoh #3

Disebabkan kehadiran abg , hidup saya berpusing 360 darjah...
Walaupun sakit dapat tahu hati abg telah dimiliki saya tetap tak berganjak. Entah kenapa makin berani pula saya jadinya.... Tapi jangan risau saya tak ganggu kebahagiaan abg bersama si dia. Cukup saya doakan korang..

Mohon jangan jauhi saya .

Sunday, May 15, 2016

TIBA - TIBA

Hadirnya dia secara tiba - tiba .
Disaat hati tidak bersedia membina tembok penghalang dia muncul .
Walau seketika cukup buat hati bergetar .

Dia punca hati merindu ,
Punca hati berdebar secara tiba - tiba ,
Punca hati bimbang bila memikirkan dirinya .

Tapi kini , hilangnya juga secara tiba-tiba .
Seakan tidak sudi berteman dengan aku lagi .
Dimana silapnya .? Tunjukkan silap itu .

Dan yang terakhirnyaaa ,
Tiba - tiba aku mengantuk weh . Ha ha ha .

Trimass ...

Saturday, May 14, 2016

RINDU

Seringkali aku titipkan rindu diangin lalu .
Tapi rasa rindu tak pernah berkurang .
Bertuahlah siapa yang dapat melepaskan rindu semudah A B C .

Tapi ,
Bagaimana pula dengan aku yang tak terluah rindunya  ?
Sakit , sesak , sebak .?
Hanya hati berulang kali ucap betapa aku rindu .!

Bagaimana boleh kau berjanji tuk tidak merindu .?
Sedangkan aku sentiasa merindui dan bimbangkan kau .!

Rindu ini tak akan pernah berubah dan hanya untuk engkau .
Terima kasih kerana mengembalikan rasa rindu ini  .

#abg jodoh

Thursday, March 3, 2016

Bakal Kecewa

Hello blog ..

Kenapa ni , malam ni kita tak boleh nak lelap mata . Tapi menguap dah berkali - kali .. Seronok kau setan masuk dalam piyut .. Ha ha ha .

Hmmmm ... Bakal kecewa ya ... Macam tau je nasib sejam kemudian macam mana .. Eh actually kita mmg tahu la . Tak dalam masa terdekat ni dalam masa hadapan kita pasti kecewa . Tau tak , abg jodoh kita tu .............. kita hanya mampu pandang dr jauh je . Walaupun dia dekat tapi secara batinnya kami jauh ..... Jauh sangat . ;(

Kekadang tu bila nampak abg jodoh dengan aweks , kita jealous tau .!! Tau , tau , korang mesti nak ckp kenapa pulak nak kene jealous kan kan . Haaaaa .... Korang kene rasa sendiri macam mananya sakit suka kat someone dalam diam .!

Daripada cara dy treat awek dia , mak or siblings dia ... Korang dapat agak dia jenis yang macam mana .. Walaupun sometimes dia notty tapi korang tak boleh nak marah . Sebab korang tahu korang berada dimana . Kekadang tu bila tgk muka penat dia rasa nak je hulur air .

"Nah abg kita ada buat air "

Ha ha ha ... Tu semua puih je ok . Kita tak pilih pun tau untuk suka abg jodoh . Perasaan tu datang bila masa ntah pun kita tak tahu .

Tiap hari kita stand by je kalau dapat kad kawen abg jodoh T_T .... Ha ha ha . Masa tu tak tahulah dapat bertabah atau tak . Buat masa sekarang ni eycha tabah lah lagi .

Kadang tu tertanya juga . Kenapa Allah bagi eycha pilih jalan ni . Sebelum ni kita tak pernah pun perasan ade abg jodoh . Kenapa akhir2 ni baru Allah bg eycha nampak . Then , eycha cuma boleh tgk je . Ha ha ha . Dalam hati ni belum sampai lagi rasa nak memiliki . Tapi kita takut one day rasa nak memiliki dia tu terkeluar . Ouh my my ... Eycha wake up wake up .. Ni semua mimpi je .

*panggilan abg jodoh tu sbb kita ta tahu nama dia . Nanti kita update pasal abg jodoh pulak . (Kalau berani la)

Trimass . :)

Wednesday, February 3, 2016

RINDU YANG TAK MUNGKIN TERLUAH

ITengah - tengah malam yang suam - suam kuku ni , kita teringat ..... sebenarnya terindu pada seseorang ...

Tapi ..... ( kuis pasir )

Kita rindu ABANG JODOH !!!!!! ( jerit dalam hati je )

Ha kau ... Mau satu kampong dengar kalo eycha jerit betul-betul ... Silap-silap hari bulan ABANG JODOH pon dengar ... haha ... Tu tak kelakar .!

Seriously , that what i said "Rindu yang tak mungkin terluah ."
Why .? Coz i can't ouh no its forbidden for me to say it . Can u feel it .? Its so fucking shit  ....... Abg Jodoh will never see me .! Kita hanya duduk dibelakang tabir. >.<

Manakan mungkin seekor ayam montel berdamping dengan seekor naga yang perghhhhh ..... (jentik dahi abg jodoh tau lah)

Paham kan makna duduk disebalik tabir ... Hurmmm .... Kita tau kita ta mungkin mencapai ciri-ciri yang Abang Jodoh nak ...! Tak apalah ... Saya jatuh cinta dengan Sang Pencipta je lah ... Sekurang-kurangnya saya tahu Allah sayangkan saya . Dan saya tak perlu sembunyikan rasa rindu saya tu macam saya sembunyikan daripada abang .!

Ya , walaupun sakit , pedih , rasa nak meletop dada ni tapi still saya acah-acah tabah hadapi hari yang mendatang dengan penuh wajah abg yang bermain ditubir mata ... kah kah kah ... *tak kelakar eycha .!

Hmmmmm , korang janganlah jadi macam eycha ok .. Duduk kat belakang tabir dapat ape ... Dapat sakit .... Acah-acah tabah walau tak tabah .. Allah je tau rasanya tau tau tau ...

Ok lah ok lah .... Abang Jodoh pon dah nak tidur tu gamaknya ... ^.^

Trimasss .....

Thursday, January 21, 2016

Intai Cinta Dalam Rahsia

Ni kita cuma pinjam tajuk lagu Jeslina Hashim je tau .. Sebab kita rasa kena pula tajuk tu dengan apa yang kita nak post malam ni .. Hemo Hemo Hemo

Actually kan korang , mesti korang pernah rasa perasaan ni kan .? Tipulah kalau tak pernah . Tapi kenapa eh kita kene rahsiakan rasa tu .? Some people said , just tell him / her your feeling .!

Babe , benda tu tak semudah A B C tau ... Bukan senang-senang na cakap dekat orang yang kita suka tu .

" abang-abang kita suka abang . nak abang punya hati bole .? " - contoh

Ha ha ha ... Korang ingat senang ke nak luahkan . Sembang dengan member bole lah , cer sembang depan beliau yang korang suka .. Na pandang beliau pon takut tak mampu je nanti ....

Lagi satu "PENOLAKAN !" Hmmm , siapa je yang suka kene  reject douh .? Kau orang ingat tak sakit ke kalau kena tolak .. Depan beliau buat-buat tabah , belakang beliau korang punya la melalak  kat bahu mak ... Mula lah buat cerekarama tak bertauliah .. puihh ...

Ingat senang ke nak pura-pura tabah .? Fake gila tau ... Dalam hati tu rasa terhiris belati tajam .! Rasa na jerit dekat muka beliau pun ada .

Haha .. Tu kes penolakan lah ...! Dia sangat hik hok tahu .! Lagi satu mungkin pasal tak yakin ...! C'mon babe , kalau kau tau lah beliau bagaimana dan kalian bagaimana ... Masa tu lah perasaan tak yakin tu timbul ... Nates betul ... At the end , rasa cinta tu hanya jadi rahsia sendiri je tau ... haha ...

Ok lah ... Trimass ...

Tuesday, January 19, 2016

BILA JODOH KAU BUKAN DENGAN SI DIA YANG KAU HARAPKAN .

Hai bloggers !

Ha , macam serius je kali ni kan .? Eh , tapi seriusly kita nak tanyalah , apa perasaan engkorang bila korang tak dapat bersatu dengan orang yang korang harapkan . Tak kiralah yang korang harapkan tu love first sight ke , ex tunang ke , ex boypreng / gepreng , cinta dalam diam ke . Apa korang rasa .?

Hurm , dari pengalaman eycha ianya SAKIT . Totally hurt !!!! Serius weh sakit , tau tak sebabnya .?
Sebabnya kau dah terbagi hati kau ni dekat dia tanpa sengaja . Bukan salah dia tapi salah diri sendiri yang tak reti bahasa .! Haha padan muka sendiri ! 

Tapi sebagai seorang gegirl , nak move on tu susah tau ! Luaran je korang nampak happy go lucky , ketawa menggilai macam mak lampir tapi dalam hati ni sakit babe ! Lagi sakit bila kau ternampak , tertengok , ter'stalker' , si dia bersama pasangannya .. kah kah kah ... Adoyai !

Korang ingat gegirl ni tabah sangat ke ...? Tak ok ...! Malam karang mulalah buat gurindam air mata. Sajak hati yang sedang geram mahu menjeritlah . Hahah ... Serius girl tak payah acah-acah tabah sangat oke ! Meh pinjam bahu eycha buad menangis ke , gigit ke , whatever la .

Mungkinlah ada yang cakap , yang kau pergi bagi hati kau pada yang tak sudi , tak mengenali tu dah kenapa ! Ate , bab perasaan ni mana bole buat main-main yob . Tang deme nak datang , tak boleh nak halang - halang . 

Actually , dulu pun eycha selalu je menganjing me-member  ' yang kau pergi bagi hati kau tu dah kenapa .! '  Ha , tapi bila kene batang hidung sendiri , amek kau eycha ! Tepok dahi berkali-kali . Em... Em... Em.... Maaf-lah korang , dulu kita meng'hikhok - hihok kan korang sampai guling-guling . Serius doe korang , sorry sesangat ! Serius baru tahu sakit tu cam ne . Bhaha .

Then , part yang paling worse , bila jodoh kau bukan dengan yang kau harapkan dan kau terpaksa membahagiakan orang yang berjoodoh dengan kau . Masa tu kau rasa fake sangat . Tapi demi menjaga hati orang yang dah berjodoh dengan engkorang tu , korang terpaksa pendam je . ( Situasi untuk perempuan ) But someday girls bila korang bertemu dengan si dia yang bukan jodoh korang tu , kita harap korang tabahlah . Kalau boleh memang kita tak nak kan jadi macam ni , tapi tu r tu . Sometimes sakit kecewa tu best ! Pengajaran ...

Apa-apa pun kita tak boleh lawan takdirkan . Mungkin dia terlalu baik / tak untuk kita . So nak tak nak , kita teruskan jugak lah hidup macam tak ada apa-apa ye . Meratap , menangis , merayu pun bukan dapat juga dia ! Lagi lama terkenang lagi sakit pulak hati kita ... hahah

p/s : Dalam hidup kena notty-notty sikit baru best pengalaman kita tu .

TRIMAS ...

Sunday, November 29, 2015

KATA - KATA HATI #6

Hello love ..!

Malam ni rasa susah nak tidur . Pasai gembira sangat hari ni . Ha .. Ha .. Ha ..
Heart beat kita tak menentu malam ni .. Over racing !

Kadang kala benda yang paling kita tak sangka akan jadi tu la yang buat hati kita melonjak riang !

Allah baik sangat bagi kita pinjam "rasa ni" . Walaupun bertepuk sebelah tangan kita dah puas da , janji kita da cuba yang sehabis mungkin !!!

Heee .... Trimass ...

Sunday, November 22, 2015

KATA - KATA HATI #5

Salam 11.34 minit malam . ☺

Haaaa ... Sebenarnyakan , hati ni ❤ macam dah kena curi je . Tapikan kita biarkan je rasa ni bertepuk sebelah tangan .! Haaa .. Hanya mampu tengok je . Geram tau .!

Entah bila perasaan tu muncul pun tak tahu . Yang kita tahu hati ni kental tok sorang TU dan TU je .! Bertahun lama kita simpan rasa ni dekat orang TU je .! Tapi kuasa Allah , siapa dapat menolaknya . Allah hantarkan rasa yang sama tapi pada orang yang lain .!

Rasa yang Allah hantarkan ni sama je , tapi kenapa pada yang lain .? Rasanya yang kali ini lebih susah untuk didekati atau lebih tepat mustahil .! Bukan senang seorang Eycha nak feeling in love okeh ! Tapi ....... Haha ....

Mengarut entah apa-apa je malam ni .. Eh tapi serius kita selalu rasa rindu pada orang yang baru ni ..
Serius kita tak tahu latar belakang dia .
Serius kita tak pernah tahu dia wujud .
Serius kita bukan pasang niat nak buat cerekarama . Hahahah ..
Tapi serius kita selalu rindu kan dia .

Pada matahari kita minta sampai kan salam .
Pada awan kita mohon lindungi dia .
Pada hujan kita minta bg tahu kita sedih .
Pada bulan dan bintang kita minta diberitahu kita gembira melihat dia .
Terakhirnya ,
Pada Allah kita minta kurangkan rasa rindu ni andai kita bukan milik dia .

Hehew ..  Hehew .. Trimasss for tonight !

Monday, November 9, 2015

Cinta Dua Darjat !

Hello bloggiesss ...

Lama gila tak mencoret - coret hikayat .. Nak tanya lah kan kan kan ..! Korang masih lagi ada istilah CINTA DUA DARJAT ..?

"Beza antara kita rupa , darjat dan harta .. Sudikah terimaaa" 🎤🎤🎤🎤

Malangnya kisah dua darjat ni masih lagi ada .. Cuma masyarakat sekarang menunjukkan nya dengan cara halus .!

Kita bagi beberapa contoh ye :

1) Awak keturunan sekian sekian kena kawin dengan keturunan yang sekian sekian juga .. ( memandang darjat )

2) Awak belajar sampai tang tang tang tak kan na kawen dengan minah tang tang tang ni ( memandang harta)

3) Awak punya la g treatment sana sini , 'suppirment' ribu riban sekali awak nak kawen ngn dak lumpur ja ( memandang rupa )

Trust me , kita berani potong kuku la kalau ada yang cakap unsur2 memandang diatas tidak di praktikkan .. Cuma situasi je berbeza ..

C'mon guys nak tak nak kita terima juga semua benda ni . Korang tak payah nak acah - acah alaf 21 sangat . Sampai masa pak hang kata kawen dengan jiran sebelah .. haaaa .... mana hang na lari .. Hang sanggup na buat cerita tanggang kah ..? 

Eh eh .. kita bagi contoh ja tau kat ☝ ni .. Hahah 😀😀😀😁😁😁
Bagi yang tak kena batang hidung tu bolehlah cakap :

"Kuno bhai mende2 ni" ( kuno kepala hotak hang )

Pada korang yang mengalami semua ni bertabah lah .. Ada maksud - maksud tersembunyi yang org tua kalian tak nak hebah kan la ni ...

YA YA BUKAN SENANG , BERCINTA LEPAS KAHWIN . Tapi korang ada ke jalan lain .. Kahwin kalau tak ada restu org tua pon tak boleh tau guys ... Cubalah korang bawak2 berbincang dengan org tua korang dulu . Mana tau kot-kot pak hang kenan pulak dengan jodoh yang hang carik . Sebenarnya org tua kita nak kita bahagia . Tu je , so mana yang boleh bawak bincang tu bincang la .. Dok kat beranda isap rokok barang sebatang dua sambil2 menyelami hati ke hati . Yang perempuan jgn pulak korang join isap rokok !!!  Memang kene parang la jawapnyaaa ! Buad la cekodok ka seri muka ka bg pak hang ngn mak hang sejukkkkk ... 😉

Jadi ............ Sama - sama kita cari jalan penyelesaian okeh .?

#tau la esok na Raya Hindu kot ya pon main la mercun jauh-jauh sikit .

Sunday, April 12, 2015

KATA - KATA HATI #3

Dear blog....

Kenapa ya hati perempuan susah nak ditafsirkan ...? Hati sendiri pun tak pasti apa yang dimahukan .

Wahai sang hati ,
Bukankah lebih elok jika kau dingin saja .? Kenapa kau lebih suka bermain teka teki .? Kenapa kau gemar menggetarkan seluruh jiwa raga ini .?

Wahai sang hati ,
Seeloknya kau sedar , keperihatinan tak bermaksud cinta .! Keramahannya bukan pada kau sahaja .. Usikannya pada mereka disekeliling jua .. Pujukannya hanya mahukan kedamaian ...

Wahai sang hati ,
Pegang kata ku , kau terusik gara-gara dia yang mengambil berat .
Kau terusik kerana kau rindukan kenangan lama .
Kau terusik hanya kerana kau rindukan sang arjuna ..
Kau terusik kerana dia mengisi kekosangan dihati kau ...
Kau terusik hanya kerana dia pandai bermain kata ...

Wahai sang hati ,
Bertahun sudah aku mendidik kau agar menjadi dingin , jadi tolong jangan mengkhianati aku ....

Wednesday, February 4, 2015

Apa Salah Orang ......?

Hello blog ....

Post kali ni khas untuk Kak A ....

Kak ,

Seriously , orang tak tahu ape yang akk marah sangat sampai hantar mesg macam tu sekali dekat orang .... Orang memang tak rasa salah ape-ape pon .... Kenapa akak marah sangat ....?

 Akak marah ke orang kua dengan kengkawan orang .....?
Salah ke orang nak kua dengan kengkawan orang .....?
Salah ke orang nak bahagia sikit dengan kengkawan orang ....????
Kak , kengkawan orang tu semua perempuan tau ....?
Orang tak kacau pun akak ngedate ngan bf akak tadi .....?

Kak ,

Kalau akak baca ni bagus lah .... Sebab orang mesg pun akk tak balas .... Ye lah akak kan dah block orang .... Kak orang nak tanya lah kan ..... Akak tak pernah penat ke asyik nak tarik muka dengan orang .... Akak tak bosan ke hidup macam tu ......? Akak kata akak dah matang tapi kenapa akak masih lagi berperangai kebudak-budakan .....? Akak kata kalau ape-ape tak puas hati face to face .... Tapi bila orang mesg akak tak nak balas .....? What did you expect from me akak ?? Akak ingat orang ade sixth sence ke yang tahu ape yang akak rasa .....?

Kak ,
Orang pun ade perasaan juga kak , tak kan tiap kali orang je yang kene mengalah walaupun salah tu bukan dari orang .....? Sejujurnya , tiap kali akk tarik muka dengan orang , orang yang kena minta maaf dulu dari akk ,..... Akak rasa orang ni tak ade perasaan ke .... Semata-mata untuk jaga hati akak , orang sangggup ketepikan rasa marah , sedih , benggang dengan ego .... Tapi orang tak kisah tu semua kak sebab orang ingat akak paham orang ..... Orang pendam je semuanya kak walaupun orang dah baca status akak yang merapu-rapu tu ..... Jelas dekat situ status tu dituju kan khas tuk orang ....!!! Akak tahu nape orang diam je selama ni .....? Sebab orang rasa budak2 je buat perangai macam tu ..... Sebab orang tak nak keruh kan lagi keadaan ....! 

Tapi kak ,

Mesg akak ni orang akan re-type kat blog ni ..... Takut2 orang lupa lah , jadi ni akan selalu mengingatkan orang .....

" Aku benci kau sampai mati ,
Anggap je ko x prnh knal aku sampai bila2..
Jangan ko brani dh pnggil nme aku or kakak.. Aku xprnh jd akk kau .. Ko prgilah dgn cara menipu kau tu....
Semua memori antara kau dengan aku xde ! Noktah !

Kak , 
Kali ni mmg akak buat orang rasa 
"kalau akak nak pergi akak pergilah , nak benci ke ape ke suka hati akak !!!! orang dah tak kuasa nak layan karenah akak lagi ..... Kalau macam ni la keadaan nya orang sikit pun tak kisah hilang akak , biarlah orang dengan kengkawan yang lebih sayangkan orang .....! Dan yang terakhir nya kak kan , atas permintaan akak WITH PLEASURE I'LL KICK YOU OUT FROM MY LIFE .....

thank you and good bye ..... I will always remember this moment .....!

Tuesday, January 27, 2015

HEBATKAH KAU

Hello blog ....

Malam ni rasa menyampah dengan sorang budak ni yang rasa diri dia cukup hebat kot sampai nak men'sound' orang sesuka hati....

Dear Hamba ALLAH,
Aku tak kisahlah kau baca ke atau tak , atau kau terasa ke... Itu lagi bagus.... Sebabnya aku nak tanya.... Hebat sangat ke diri kau tu sampai kau merendahkan orang...? Dah cukup cantik ke kau memperlekehkan wajah seseorang....? Dah cukup sempurnakah kau memandang sinis pada orang lain....? Dah cukup hebatkah kau dapat pasangan yang belum tentu jadi pasangan yang halal bagi kau sampai kau sanggup memperkotak katik kan orang yang sendirian ni.....?

Dear Hamba ALLAH,
Bukan aku tak boleh bidas kau tadi tapi memikirkan ade orang lain bersama rasanya tak sanggup aku nak menjatuh kan air muka kau.... Tak kisah lah kau lagi tua atau muda dari aku tapi aku rasa tak salah kalau kau hormat aku sikit sebagai manusia yang ade hati dan perasaan .... Kau boleh rasa kau hebat dan sempurna sekarang , tapi kau jangan lupa , one fine day bahagian kau yang buruk tu akan terkeluar juga tapi yang pastinya keburukankan tu kau sendiri yang akan buka....

Dear Hamba ALLAH
Aku rasa kau patut tengok pos aku yang dulu ' KAU INGAT KAU DAPAT ' kat situ aku ade cakap tak semua yang kau nak kau akan dapat .... Tak mustahil esok lusa kau boleh berpisah dengan pasangan kau tu , wajah yang kau agung2 kan tu akan hilang dalam sekelip mata dan takutnya nanti semua nikmat kau pun ditarik dek kerana riaknya kau.....

Hamba Allah yang dikasihi ,
Aku pun hamba Allah , tapikan rasanya tak salah kalau budi bicara tu kita jaga sikit ... Jangan terlalu gah dengan dunia yang sementara ni .... Mulut tu kene kawal ... Jangan sampai orang benci dari belakang .... Belajar hormatkan orang .... Bersihkan juga hati tu ok .....

Trimass ....
Nota Whatapp : Jadi orang jangan terlalu lancang berbicara ..... :)

Tuesday, November 4, 2014

KATA - KATA HATI #2

Holla blog ....

Nyaaaaa ... Malam ni kita na bercerita tentang APA LAGI YANG KALIAN MAHU ( PUAS HATI)
Mana - mana kita pergi  , mesti ade je jumpa orang yang tak puas hati dengan kita kan ... Tapi macam mana lagi nak puaskan hati mereka kalau buat itu salah , buat ini salah... Semua tak kena dimata mereka...

Yeah memang typical people , ada saja yang tak puas hati... Tapi eycha nak tanya la pada korang - korang yang asyik tak puas hati , tak puas mata , tak puas telinga , tak puas segala - galanya tu .... Tak penat ke asyik nak dok tak PUAS itu dan ini ... Kenapa benda yang kecil pon engkorang nak jadikan isu sampai satu kampong heboh ....?

Kemon lah , we olls da di alam 2014 tau ... Bukan alam 50an dan 60an ... Kembangkan sikit otak korang tu .. Biar sel - sel berhubung sikit ... Jangan asyik nak cari pasal je , lepas tu mula la mulut tu pon dok berjalan ... Lepas dah habis satu part , carik lagi part lain yang bole dibuat berentap ...

Dey ... ! Engkorang nak apa lagi ye dari daku ..? Rasanya kita tak berkaitan pun , tapi kenapa ye ...? KENAPA YE ..? Mulut , Mulut tu tah gheti nak duduk diam ...? Sebok nak cari bahan gossip dah kenapa ..? Apa lagi yang kalian tak puas hati ...?

Kalau korang tak nak jumpa eycha depan -depan ... Apa kata bagi e-mel layang ke.... Surat layang ke ...? Tak pun balas je kat bahgian komen bawah ni ... Habis cerita kan ... Engkorang ingat daku ini hapew ? Anak patung ...? Kalau rasa tak puas hati dengan eycha bagi tau sendiri jangan bawak mulut kehujung sungai nun ....

Nak kata engkorang cemburu dengan eycha , macam tak logik sebab nya engkorang lagi mewah dan senang - lenang ... Jadi , ape eh MASALAH engkorang ni ...? APA LAGI YANG KALIAN MAHU ..?

* sekian daun keladi , nanti jumpa lagi....