When I close my eyes , I see that smile.....

Saturday, February 17, 2018

TRIP TO MEDAN 2018 (4 H 3 M) PART 01

Horas...

Horas adalah ucapan selamat disini. Jadi kalau meraka ucap Horas, kita langsung Horas kembali ya teman-teman.. Baiklah, kita terus ke ceritanya okay...

Day 1 ( Medan - Parapat ) 09 Feb 2018

Disebabkan ini trip company, kita bawa wang belanja sahaja. ( Jadi jangan tanya kita harga tiket atau penginapan.. Maybe around 1500++) Dari Ampang ke KLIA jam 5.30 pagi. Penerbangan kami pula pukul 8.30 pagi. Di Indonesia waktu dia -1jam dari Malaysia tau.
We safely landed at Kuala Namu International Airport around 8.30 am. Which is 9.30 am at Malaysia. Our Supir fetch us with 1 bus , 1 van and 1 car. Ha ha ha.. Its for 53 person okay..!



Since some of us didn't take a breakfast. So our Supir drop us at Ayam Penyet Cinderalas..
Kita ngopi dulu katanya. Ouh ya, air teh dekat kedai ni dia bau wangi sikit tau, jadi ada yang tak boleh terima.. But i'm a tea lover kot... I okay je.. Kami disajikan dengan Nasi Gor ( Nasi goreng ) , kuih bika ambun (macam bingka ubi) dan kek lapis.Yang paling terkejut, mereka hidang pisang 1 tandan oi bukan 1 sikat. Ha ha ha... Mungkin sebab kami ramai.




bika ambun



muka bangun 4.00 pagi



setandan bhai


Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Parapat tetapi kami singgah sebentar di Paten Shop nak beli teng2, ting2, tong2 (snek berkacang) , bukan beli ikan patin tau... Lepas tu pergi makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Hotel yang mengambil masa 3 - 4 jam. Yang penting Jus Jeruk dia sedap...!!!



Restaurant kat Medan ni memang sediakan air basuh tangan.

Dekat sini kalau ada acara apa-apa mereka akan buat banner macam ni. Ada Selamat Sukses, Selamat Bahagia , Turut Berdukacita , Selamat Jalan... Menariklah sebab adat mereka macam ni. Meriah je tepi-tepi jalan. Makin besar banner makin besar uang nya buk...







Jalan utama di Sumatera Utara yang mereka gunakan sangat kecil. Kalau kat Malaysia ni, kita jalan kat Felda. Kau bayangkanlah berselisih bas macam mana. Tingkap ke tingkat kot.. Tapi bagusnya pemandu disini, mereka tak guna hon. Contoh kereta yang memotong dari arah berlawanan dah nak dekat tapi depa tak hon pon. Kita yang dalam bas ni terjerit-jerit... Kalau nak memotong pula, mereka akan hint bunyikan hon then terus potong. Tapi kalau orang depan (lawan arah) high beam tu bermaksud, beri laluan pak, usah dipintas. Macam tu sekali. Phewww... Kalau kat Malaysia ni dah panjang bunyi hon kau buat macam tu. Dekat Medan ni tenang-tenang aja... Sebelum sampai hotel ada tempat membeli-belah. Singgah situ sebelum naik ke Hotel. Hotel kami terletak atas bukit tau. Bawah boleh nampak Tasik Toba.

Tasik Toba ( Danau Toba )

Pembentukan tasik semulajadi ini terjadi oleh letusan gunung berapi sekitar 69 - 70+ ribu tahun yang dahulu... Sebelum menjadi tasik, dia membeku dahulu, kemudian bila dah cair jadilah Danau Toba yang mempunyai kedalaman 450 meter , 100 meter panjang dan 30 meter lebar.. Dan di Danau Toba ini terdapat sebuah Pulau. Itulah Pulau Samosir.





Hari pertama kami menginap di Hotel Niagara, Parapat. Dekat hotel ni ada karoke open, masuk free tapi kena beli minumannya dong. Ha ha ha. Harga air paling murah RP 30,000.00 (RM 10.00) Once again i ordered Jus Jeruk.. So yummy.. Rasa dia macam korang guna limau mandrin pastu letak gula sikit. Sedap..

Day 2 ( Parapat - Pulau Samosir - Berastagi) 10 Feb 2018

Hari ni cuaca agak menduga, sebab dalam pukul 6.00 pagi (waktu tempatan) dah hujan. Lebat pula tu. Jadi agak risau, macam mana plan hari ini sebab acara hari ni kami nak ke Pulau Samosir. Plan asal kami check out hotel pukul 08.00 pagi tapi sebab hujan kami bergerak turun dari hotel pukul 08.30 pagi. Sampai ditempat feri pun hujan masih renyai. Tapi okay saja. Kami meneruskan perjalanan selama 1 jam menaiki feri menuju ke Pulau Samosir. Tapi jangan risau, tak mabuk pun sebab tak ada ombak. Dan semasa pergi, akan ada anak-anak yang menyanyi untuk hiburkan korang. Tapi ingat, sediakan wang kecil ya. Mereka akan ada 4 orang tau.. Korang bagi RM 1 pun okay. Sweater jangan lupa okay, sebab agak kedinginan disini ya...












PULAU SAMOSIR

Di pulau ini terdapat perkampungan kaum batak. Mereka juga ada menjual cenderahati dipulau ini. Rumah kaum batak ni bumbung dia macam rumah orang minang. Tapi kaum batak bumbung rumah menghala dari Utara ke Selatan. Tapi bumbung rumah yang belakang akan lagi tinggi yang dari depan. Sebab mereka nak generasi seterusnya lagi maju dari generasi terdahulu.



Pintu rumah kaum batak pula sangat unik kerana pendek sahaja. 1 meter je kot pintu dia. Alasan buat begitu adalah untuk menghormati tuan rumah. Sesiapa sahaja yang masuk ke rumah kaum batak perlu menundukkan kepala. Pencuri pun susah nak masuk.




Rumah kaum batak ada 3 tingkat. Tingkat atas untuk penyimpanan stok makanan atau barang-barang. Tingkat ke dua untuk diduduki. Manakala tingkat bawah untuk haiwan ternakan. Mereka akan memasak di tingkat tengah, begitu juga untuk tidur. Haaaaaa...

Kaum batak pula memilih cicak sebagai dewi mereka. Ini kerana bagi meraka cicak boleh hidup dimana-mana sahaja. Mereka mahu kaum batak bisa hidup dimana-mana sahaja. Kaum batak dibenarkan berkahwin sekali sahaja seumur hidup ( selagi pasangannya hidup) Mereka juga akan memilih wanita yang besar payudaranya. Ini kerana mereka percaya, wanita yang mempunyai payudara yang besar dapat menghasilkan air susu yang banyak serta berkhasiat dan boleh melahirkan anak yang ramai. Kaum batak akan dianggap kaya jika mempunyai anak yang ramai dan mereka amat mementingkan zuriat lelaki. Sebab tu kita akan nampak simbol yang ada 4 payudara dan cicak menghadap ke payudara. 4 simbol itu adalah untuk ( Kesuburan , Kesetian , Kekayaan dan Kesucian) , manakala cicak pula melambangkan kaum batak sendiri. Yakni, walau sejauh mana mereka merantau mereka pasti akan kembali ke tanah air, kembali kepada ibu yang melahirkan.
Mereka memegang prinsip yang sama seperti semua manusia, (Hormatkan Ibu , Takutkan ayah ) Sebab syurga kitakan dibawah telapak kaki ibu.






 Kaum batak ada mahkamah mereka juga tau, tapi mereka guna meja persidangan je lah. Dan ada dua hukuman sahaja. Jadi hamba Raja atau DIPANCUNG. Jadi pesalah-pesalah akan dipasungkan kaki dan tangan dan disumbat ke dalam penjara sementara proses perbicaraan berjalan. Hurmmm , dulu-dulu memang kejam. Kau disyaki salah je kau akan dilayan macam haiwan..


MEJA PERSIDANGAN (tepi belah kanan tu penjara )
 Dan jika pesalah dijatuhi hukuman pancung. Mereka akan dibawa ketempat pemancungan sambil disaksikan oleh raja-raja penguasa. Akhirnya kepala mereka akan dicincang dan dimakan.. Euuuuuu...





HORAS....
Kita sambung next post okay...




Tuesday, April 11, 2017

Lunch , Pisang dan CICAK .

Happy lunch hour blogies..!

Makan apa je tu..? Dah kenyang..? Alhamdullilah tepok perut. Sebenarnya nak cerita kejadian baru je terjadi tadi.

Disebabkan sekarang ni cuaca panas saja, kami decide untuk makan dalam office je. Lepas makan boleh kroh kroh... Ha ha ha.. Nak dijadikan cerita selesai makan tadi , kita ternampak CICAK dekat dengan pintu nak ke tempat makan.Euuuu geli kot... Lepas tu, nak pastikan CICAK tu dah mati atau belum kita baling tisu dekat dia sebab nak lalu situ nak ambil telefon dekat belakang .. Bila dah kena baling dengan tisu cicak tu TAK GERAK weh which mean its dead.. Ha ha ha. Jadi dengan berhati- hati kita melangkah pergi ambil telefon. Tiba sampai depan pintu dapat satu IDEA nak menjerit sebab nampak EMMA tengah belek-belek pisang dekat meja EN.Amir. OMG can you guess what happen next...? Har Har Har Har.

Yeah I scream " Dia gerak". Ya Allah Emma punya menjerit. Kak is pulak gelak-gelak suka. Hahahahahahahahahahahahahahahahahah.. Maaflah EMMA, tapi memang kelakar dodol.

Haaaaa, itulah cerita lunch kami.

Nota : Korang JANGAN ikut perangai macam ni tau. Sebab tak pasal-pasal kang kena serangan jantung orang tu. Ini pun Emma dah urut-urut dada. Sebab dia jenis mudah terkejut.

Trimass.

Thursday, January 19, 2017

Perjalanan Masih Panjang

Bismillahhirrahmannirrahhim....

Dikala awan malam sedang asyik mengurangkan beban dan ditemani dua ekor kucing iaitu montel dan duke tiba-tiba terfikir...

"Dah lama sangat aku bersinggah entah dekat mana-mana... Fokus sebenar tersasar jauh dibawa ombak hingga ke pesisir pulau mana entah."

Perjalanan rasanya baru jer bermula tapi persinggahan aku macam orang yang berada dizon selesa.

Fokus untuk kurus dalam masa enam bulan dah selamat ditelan anak gajah... Alih-alih 3 kg je aku turun dalam masa enam bulan... kah kah kah....!

Fokus untuk solat lima kali sehari  selalu saja diganggu dek urusan kerja... Sebulan je bertahan lepas tu celam-celum (betul ke aku eja ni...) Asyik fikir dunia jeee.... hurmmmm...

Fokus nak jadi anak yang baik habis disapu taufan bila mood penat aku datang disusuli dengan bebelan emak tah apa-apa yang tak berkaitan dengan aku... tsk tsk tsk....

Fokus untuk move on daripada abang jodoh dah lama diterbangkan angin petang.... Tiap bulan kata nak move on tapi tiap hari juga aku jumpa dia... Abis cuba kabor macam mane yong nak move on...? Om om om.....

Fokus yang paling jauh tersasar nak syurga.... Huuuuuuuuuuu.... impian tinggi melangit tapi perilaku, puaka sentiasa... Kadang teringat tu sempat la istifar kadang tu masa setan duk membisik kata-kata semangat rasa semua org aku perkecilkan... ish ish ish....

Tak baiknya kau eycha.....

Perjalanan aku untuk menjadi yang baik tu tak kesampaian lagi... Bukan tak teringin tapi itulah.... Bila hawa nafsu yang aku letak dihadapan makin banyak persingahan jadinya... Kalau orang kata kayuh perlahan-lahan.... Tapi aku ni macam tengah merangkak...

Tu sebab kadang-kadang aku termenung... Bukan menungkan abang jodoh semata walaupun ada jugaaaaa tapi mostly aku menungkan bilanya la hai perilaku aku nak semegah....

Korang tak boleh tau cakap tgk sekeliling aku.... Org sekeliling aku okay je tapi hati ni haaaa.... Entah kenapa seronok sangat singgah situ sini... Lagi satu kadang-kadang tu sedih lah juga bila orang duk mention perangai lama aku...

Eh tolonglah.... mak hencik , hakak2 dan korang semua tau tak betapa payahnya la kan nak melangkah ke arah kebaikan... Kalau tak boleh nak bagi semangat, mulut tu diam je.. Zikir banyak-banyak dapat pahala....

Kalau jumpa saya janganlah sohseh2 dekat belakang... Tegur je saya,

"Ca tak elok anak dara balik malam-malam" (contoh)

Yer, aku tau korang kenal aku yang dulu... Tapi okay what aku cuba meluruskan perjalan hidup aku... Takkan korang nak aku lalu jalan yang berliku berduri tu semua...

Kesianlah dekat kitaaaaaa..... Jauh ni nak merangkak... ha ha ha....

TRIMASSS
Dikala angin sejuk menyentuh pipi ini,
Aku berharap moga hari esok ada sinar bahagia kan datang menyapa...

Tuesday, January 3, 2017

Kata-Kata Buat Abg Jodoh #4

Telah jauh aku membawa rasa
Sehingga aku alpa dalam kebahagiaan.
Telah jauh rasa ini meresap ke seluruh jiwa
Mengharapkan dikau yang menjadi terakhir.
Sungguh hati ini terlalu enak dibuai rasa,
Rasa yang hanya dipendam...
Dan.....
Telah datang khabar gembira bagi dikau melalui angin malam kepadaku...
Andai kau tahu hati ini bagai disentap,
Bahagia yang ku rasa kini harus ku buang jauh.
Adakah dapat aku membuang rasa kasih ini...?

                                               King eycha

Sunday, October 9, 2016

HADIAH BUAT DIRI SENDIRI

Assalammualaikum / Hai...

Bertemu lagi kita... (kalaulah)
By the way i'm dedicate this post for the haterz...

Lumrah manusia, nampak kita senang je.. Dia tak nampak yang kita bersusah payah untuk dapatkan sesuatu tu.... Guys come on lah.... Apa yang kalian dengki sangat...? Kalau korang nak, why not kita sama-sama berusaha.. Kan sweet macam tu... Ini tidak...

"Eh beg je kot, beli mahal-mahal esok rosak juga"

"Ala kek tu mesti cantik je tapi rasa tak sedap mana pun"

"Mahalnya tudung dia, esok lusa jadi kain lap juga"

"Banyaknya duit dia membeli je"

"Asyik pakai yang sama je... Nak show off la tu"

Blaa... Blaaa.... Blaaaaa.... Blaaaa....

Eh....!!! Engkorang ni dah kenapa...? Mulut tu memang gatal eh nak berkata-kata.... Biarlah apapun orang tu nak pakai.. Yang kita sibuk-sibuk nak pertikai kenapa...? Tak puas hati sebab tak dapat apa yang dia dapat...

Cuba fikir kejap, kejap je tak lama pun... Korang dah berhempas pulas bekerja siang dan malam... Kadang- kadang hari cuti pun kerja.... Tapi bila dapat gaji, habis bayar itu dan ini.... Jadi apa untuk korang....?

Well , korang tak pernah terfikir ke nak reward kan diri korang... Manjakan diri tu.... Kesian tau body kita ni... Bekerja untuk kita tapi kita tak bagi apa-apa pun pada diri sendiri......

Tak salah pun nak manjakan diri dengan sesuatu yang buat korang rasa sangat puas hati... Jangan iri hati pada org lain... Mereka tahu target mereka... Jadi kita pun mesti ada target... Tak kan lah kita nak berada ditakuk lama kan....

Pada korang yang jarang atau tak pernah rewardkan diri tu... Cuba... Cuba buat bulan ni... Mula-mula memang korang akan rasa, mahalnyaaa.... Membazir pula.....

Tapi tolong buang fikiran sedemikian, cuba fikir.... Aku memang layak untuk dapatkannya... Dan pakailah ia dengan bangga, pasti org akan toleh 2 kali disebabkan aura korang tu....

Ha Ha Ha Ha...... Kita tak suruh pun korang beli tiap-tiap bulan... Targetlah apa yang korang nak tu.... Lepas tu korang tak kan dengki dengan org lain dah.... Cuba tau...

BTW ada sesiapa nak hadiahkan kita "alphabet duck square scarve" tak...
*nangis bucu katil...

Trimasss

BAWA BERTENANG BOLEH TAK..?

Bertenang..?
Mesti tertanya kenapakan..?

Hmmmm , malangnya post kali ini hendak ditujukan kepada gadis-gadis yang sangat rasa "insecure" pasal boyfie korang....

Well, mungkin ramai yang akan tak suka post ni atau haterz gila post ni.... Tapikan girls, ini kenyataan tau. Walau korang cuba menidakkanya tetap korang akan nampak salah.

1. Girls, bertenanglah kalau bf korang tak text satu hari, as long as korang tahu dia buat apa dan korang percaya dia.

- ya, korang akan cakap "lelaki kalau bagi kepercayaan akan mereka khianati". Well said , kita pon sama.... Cakap nak shopping 1 jam je, tahu-tahu 1 hari dalam mall.. Ha Ha Ha....

2. Bertenang bila bf korang ada secret admire ....

- Hey hey , awatnya hang kalut ni... Jangan buang tenaga pergi marah crush bf korang tu boleh tak...? Korang rasa berbaloi ke marah sana marah sini... Update sana sini... At the last, korang yang akan disalahkan juga. Akan ada je jari yang menunding ke korang. So why not korang show off kebahagiaan korang tu sikit. Atau korang memag tak bahagia.. Oooppsss... Maaf... :p
Babe, crush will be a crush if you know how to handle your bf.

3. Jangan jadi insecure sampai menyemakkan kepala otak.

- Kalau bf korang nak kawan dengan siapa pun, keluar kemana ke, buat apa pun jangan over sibuk boleh tak..? Tahu tak semak asyik nak tahu itu dan ini. Semua nak kena report. Ha Ha Ha... Don't worry, boyfie korang masih sayangkan korang tapi tu la tu , semak weh. Kita yang perempuan ni pun semak kalau asyik kena tanya itu ini... Kan...? Jadi fikir baik-baik sayang...

- Lagi satu tak payahlah korang nak jadi polis pencen, pergi siasat semua kawan-kawan boyfie korang tu. Kenapanya serabut sangat ni... Lepas tu apa engkorang dapat...? Nothing...!! Buang masa saja... Dan buat malu bf korang tu je... Sebab apa tau...? Kena bahan dapat queen control ( belom kawen pon) pffff... Silap hari bulan menjanda sebelum nikah kang... Ha Ha Ha...

Well babe, banyak lagi tau perkara berbangkit.... Jadi sebelum nak buat apa-apa, fikir buruknya dulu.. Tahu korang sayang bf korang tu, tapi berpada-padalah tau... Dan mana-mana yang nak menyerang tu, fikir balik. Kemungkinan orang yang kau nak serang tu lagi tau pasal bf korang, lagi memahami... Nanti tak memasal korang yang termalu sendiri..

Don't worry babe, kalau mereka jodoh kita terpisah jauh mana pun tetap bersama. Tapi kalau bukan jodoh, duduk sebelah rumah pun tak jadi juga... Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha.....
Dan kalau dah tahu pak we korang tu buaya, panas baran.... Angkat jelah kaki tu awal-awal... Buat apa nak pertaruhkan masa depan yang akan gelap......

Hahahahahahahahahahahahahhahha..... Jadi bertenanglah korang eh.... Nak ambil tahu tu boleh, tapi jangan over... Nanti jadi semak, serabut... Lepas tu menjanda , korang meroyan sana sini...
It's 2016 girl , be rich and boys will come to you... Mueheheheh..


Trimass..
Salam Maghrib...

Saturday, September 24, 2016

Kata-Kata Buat Abg Jodoh #3

Disebabkan kehadiran abg , hidup saya berpusing 360 darjah...
Walaupun sakit dapat tahu hati abg telah dimiliki saya tetap tak berganjak. Entah kenapa makin berani pula saya jadinya.... Tapi jangan risau saya tak ganggu kebahagiaan abg bersama si dia. Cukup saya doakan korang..

Mohon jangan jauhi saya .

Thursday, June 23, 2016

KOMEN LAYAN GIRLFRIEND LIKE A PRINCESS ..

Salam Ramadhan Chu olls ,


Ha , tengok tajuk pun korang mesti tahu pasal siapa kan . Mestilah Si Hafiz yang surprise kan awek beliau dengan semewah - mewah alam . So kalau korang search search kat Fb or google pasal Hafiz Mahamad ni korang akan tau lah rentetan kisah beliau , awek dan limo !







Well , memang bertuahlah awek beliaukan , dapat meraso kemewahan pak we beliau sebelum bergelar isteri . Ha ha ha . *gurau . Yelah si hafiz ni katanya nak menghargai cik aina  sebab sanggup bersusah payah dengan beliau . Ok , ok . Terpulanglah .

Tapi , kalau eychalah kan . Eycha nak bagi mak dengan ayah merasa kemewahan ni semua . Yelah , sebabnya mak yang bersusah payah 9 bulan usung eycha kesana kemari , nak meneran bagi budak eycha ni keluar lagi . Lepas tu pak cik raja yang rajin merotan anak dia ni kalau buat hal bebukan . Kah Kah Kah . 

Mungkinlah Hafiz Mahamad dah mewahkan org tua dia , kita tak tahu kan . Yang dia tunjuk , cuma dengan Aina je . Ermmmm , tak berani nak komen . Sebab tu kita cakap tadi bertuah Aina ni dapat merasa kemewahan sebegitu sebelum bergelar isteri . 

Satu hal lagi , gegirl yang tag boypren mereka nak sweet - sweet macam ni . Kepala hotak hampa ! 
Nak senyuman , nak putih , nak rambut macam hafiz mahamad . Ouh please la girl ! Kalau engkorang nak macam Hafiz yang korang pegi couple dengan boypreng2 korang dah kenapa .?


Girls , kalau korang rasa ni dah sweet , percayalah . Ada yang lagi sweet tau ! Cuma korang tak nampak je . Lepas tu mulalah engkorang nak berkisah dongeng bagai . 



Choii ! ! ! Korang ingat zaman sekarang macam kisah bawang merah bawang putih ke ? Main buai lepas tu ada anak raja datang minang . Ha ha ha .  Celah mana anak raja nak mencemar duli berburu dihutan konkrit ni ?



Girl , ketahuilah kehidupan sekarang sangat kejam okeh ! Kau kerja , nak kena bayar rumah , kereta , motor , bil air , bil api , barang basah , barang kering , barang make up , supplement , nak berjoli sana sini . Kau ingat tu semua ilusi ke ? Ha ha ha . Apa kata korang rasa seksanya meneruskan hidup . Tak payah nak bermewah sangat , kalau cukup dan tak ada hutang pun korang dah boleh bahagia tau !

Tu bujang , kalau dah kahwin . Kau ingat sempat ke nak sweet - sweet macam depa ? Walaupun kita tak kawen lagi , tapi kita tahu betapa bersusah payahnya pasangan yang berumah tangga ni nak siapkan tangga ke jannah mereka .! Tak mudah ok ! Tak ! Stage pertama korang kena rasa makan nasi dengan belacan je . Lepas tu korang kena pandai berjimat sebab ekonomi keluarga tak berapa nak umph . Kena ikat perut sebab petang karang nak belanja untuk anak - anak pula . Eh , lepas tu penat tak habis lagi dah kena berperang masuk dapur , angkat kain , sidai kain , kemas - kemas rumah . Lepas tu sebab hal remeh temeh kalau tak cukup sabar , mau bergaduh tau ! Eh macam banyak pulak .

So girl , belajar bersyukur ok , walaupun hanya bergurau ! Tak payah tag suami ke , boypren ke mende - mende merepek . Kang drang tag korang pic Maria O**** baru korang nangeh ! Silap - silap ada yang kena tag muka bakal madu .. *gurau

Kalau korang rasa nak sweet - sweet sangat , cuba fikir balik . Tak cukup sweet ke mak apak korang besarkan korang ? Bagi makan , pakai , duit belanja , kasih sayang . Tu semua tak cukup sweet ke ? Tak cukup sweet ke dapat rasa rotan daripada mak apak ? Ha ha ha . Tu sweet ok ! Sebab tu yang menjadikan kau manusia . So why not korang ber sweet sweet dengan mak apak korang . Kan lagi baik tu . Kan .


Trimass .
Nak sambung sidai kain pulak ! 


Saturday, June 4, 2016

Kata - Kata Buat Abg Jodoh #2

Hanya melalui coretan saya meluah segala rasa .
Coretan yang menggunakan nama awak .
Dalam tak sedar byk yang sy luahkan pada awak walau hanya dicontengan ....
Terima kasih kerana berjaya menyedarkan saya kehadiran awak .... ^.^

Sunday, May 29, 2016

Kata - Kata Buat Abg Jodoh #1

Kalau penghuni alam setia menanti kemunculan sang mentari ,
Sedang saya pula setia menanti abg jodoh menyadari kehadiran saya

selamat malam