Salam 1 Malaysia!
Rasanya dah nak dekat 25 hari perintah kawalan pergerakan dijalankan.
Macam mana perasaan duduk rumah? Bosan? Seronok? Pelbagai rasakan.
Nak tak nak kita kena chill jelah, sampai terputusnya wabak Covid-19 ni.
Kalau tak chill tak kan korang nak duduk dekat hospital kot. Pilihan ditangan anda.
Satunya bila duduk rumah ni, kau akan bosan. Tapi bila kau bosan, kau akan cari benda untuk buat. Macam memasak contohnya. Tahniah buat yang dah berjaya mencungkil bakat korang.
Cakap pasal masak ni, kita baru tersedar yang kita pun tak pandai nak masak. Paling-paling pun masak sup, sambal, kuah lemak, kicap. Haaaa, empat benda tu je yang tahu. Lepas tu kalau masak pun mesti nak kena guna bahan instant. Ha ha ha. Tu baru cakap pasal masak lauk. Kalau kuih, kek, pastry.Hurmmmmm. Memang tak lah kan. Goreng cucur pun kita guna tepung adabi yang dah siap tu, perisa lemak manis. Ha ha ha.
By the way, i kinda proud to mommy or daddy yang serba serbi boleh. Hahaha... Contoh macam kak daia bagi resepi hari tu. Resepi coq (cucur) kentang. First time dengar cucur kentang. Lepas tu dia buat roti sendiri, kuih-muih. Oh my my! Proud of you lah kak!
Mungkin sebab kita malas sebab tu tak pandai apa pun. Eh! Tapi serious talk, orang kata goreng makanan frozen la senangkan! But not for me. Sumpah! Sama ada makanan tu "ter" hangus atau tak masak. Hari tu masak sup pun taufiq kata ayam tak masak! Goreng ikan pun tak masak lagi! *nangis tepi bucu tilam
So how to be seorang eycha? Masak nasi, goreng telor la!!!! Tak pun order. Lagi satu hal. Bukan tak nak praktis masak tau. Dia sebab duduk berdua je dengan Taufiq, jadinya mood nak masak tu tak sampai. Kalau masak pun tak makan si sugar glider tu. Musim PKP ni je terpaksa makan.
Apa-apa pun harapnya wabak ni cepatlah lenyap dari muka bumi ni. Selain daripada bosan duduk rumah, kesian juga pada peniaga kecil, yang bergaji hari. Hurm. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Buat Frontliners dan yang perlu bekerja disaat ini, thank you and stay safe. We love you!
p/s : i miss my nasi goreng pattaya!
Love,
King Eycha
Saturday, April 11, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment