When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Sunday, November 29, 2015

KATA - KATA HATI #6

Hello love ..!

Malam ni rasa susah nak tidur . Pasai gembira sangat hari ni . Ha .. Ha .. Ha ..
Heart beat kita tak menentu malam ni .. Over racing !

Kadang kala benda yang paling kita tak sangka akan jadi tu la yang buat hati kita melonjak riang !

Allah baik sangat bagi kita pinjam "rasa ni" . Walaupun bertepuk sebelah tangan kita dah puas da , janji kita da cuba yang sehabis mungkin !!!

Heee .... Trimass ...

Sunday, November 22, 2015

KATA - KATA HATI #5

Salam 11.34 minit malam . ☺

Haaaa ... Sebenarnyakan , hati ni ❤ macam dah kena curi je . Tapikan kita biarkan je rasa ni bertepuk sebelah tangan .! Haaa .. Hanya mampu tengok je . Geram tau .!

Entah bila perasaan tu muncul pun tak tahu . Yang kita tahu hati ni kental tok sorang TU dan TU je .! Bertahun lama kita simpan rasa ni dekat orang TU je .! Tapi kuasa Allah , siapa dapat menolaknya . Allah hantarkan rasa yang sama tapi pada orang yang lain .!

Rasa yang Allah hantarkan ni sama je , tapi kenapa pada yang lain .? Rasanya yang kali ini lebih susah untuk didekati atau lebih tepat mustahil .! Bukan senang seorang Eycha nak feeling in love okeh ! Tapi ....... Haha ....

Mengarut entah apa-apa je malam ni .. Eh tapi serius kita selalu rasa rindu pada orang yang baru ni ..
Serius kita tak tahu latar belakang dia .
Serius kita tak pernah tahu dia wujud .
Serius kita bukan pasang niat nak buat cerekarama . Hahahah ..
Tapi serius kita selalu rindu kan dia .

Pada matahari kita minta sampai kan salam .
Pada awan kita mohon lindungi dia .
Pada hujan kita minta bg tahu kita sedih .
Pada bulan dan bintang kita minta diberitahu kita gembira melihat dia .
Terakhirnya ,
Pada Allah kita minta kurangkan rasa rindu ni andai kita bukan milik dia .

Hehew ..  Hehew .. Trimasss for tonight !

Monday, November 16, 2015

Happy Birthday Mohd Zeffy

Selamat petang bloggies ...
Post kali ni dedicate untuk Mohd Zeffy a.k.a pembuli tegar >.<
Birthday dia sepatutnya 14/11/2015 tapi kami sambut awal memandang kan 14 Nov tu jatuh hari sabtu dan takut ada yang tak boleh follow .
Surprise kali ni memang gila . Hari rabu plan , khamis dah nak buat celebration . Hahah ☺ . Nasib baik orang - orang yang terlibat dapat menjayakan majlis ni walaupun kecil dan penuh kekabutan sikit .. Tak extreme la orang kata kalau semua smooth je kan .? Kan .?
Dari nak beli belon , cake cari tempat parking semua huru hara ... Tapi alhamdullilah semuanya berjaya .!
Dekat sini nak buat ucapan dan nyanyi sikit :
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Mohd zeffy
Happy birthday to you .
Semoga panjang umur , murah rezeki , jadi anak y soleh dan kurangkan buli aku ok !
Hahaha ... Trimass











Sunday, November 15, 2015

Selamat Pengantin Baru En. Saiful

Hello bloggies .
Sebenarnya ni kita throw back je tau . Sebabnya kenduri En.Saiful 30 / 10 / 2015 .. Heee ... Yang rancang nak pergi macam ramai tapi at last cuma 5 org je yang pergi . Jadi saja je na abadikan momento keluar bersama sama rakan kerja .
Kita orang gerak pagi . Yelah Ampang ke Johor jauh kot .! Yang tak boleh blah nya pagi pagi bukak lagu dangdut . Haha .. Apa kes pon tatau la . Dari Ampang sampai Seremban Ap bawak , yang selebihnya Kak Daia yang bawa .
Perjalanan kita orang mencabarlah juga sebab sesat . Lepas tol Kulai ( kalau tak silap ) sepatutnya kena masuk kanan tapi kami terus . Haaaa .. Amek kau , tah kemana mana perginya ... Siap kak daia main main U turn selamba dia je ... Dia lupa kot dia bawak Nazaria masa tu bukan Vios . Haaa sekali tak lepas tau sebab besar ... Haiyooo kak daia ...
Then buka waze , tengah tengah ralit tengok waze hampir - hampir je kami terlanggar divider .. Hahaha .  Nasib baik kak daia cekap . Kalo eycha yang bawak tak tahu lah .! Kami pon pasrah je ikut waze . Waze suruh kona kiri kami pon kona kiri . ⬅⬆↗↖Tapi dalam hati tu takutlah juga sebabnya waze gila bagi jalan yang muat - muat satu kereta je lalu ...   Puihhh ...
Tapi alhamdullilah sampai juga kami ke rumah pengantin . Yang paling terox tau tak ape .? Abg zizul sempat pula hanto kereta dia tok di basuh ... Terox dan terox la abg zizul ni .
So balik tu sepanjang perjalanan hujan .. Hujan tu macam tau tau je ada hati yang terluka  tapi buad - buad tabah  .. haha ..
Ok ... Trimass











Wednesday, November 11, 2015

SEGMEN KEMBARA MISTERI BURUNG HANTU

Hello bloggies .

Lama rasanya tak aktifkan blog ni . Jom kita join Kembara Burung Hantu ni .

http://merosnordn.blogspot.my/2015/11/segmen-kembara-misteri-burung-hantu.html

Klik banner untuk join okeh ?

Trimas .

Monday, November 9, 2015

Cinta Dua Darjat !

Hello bloggiesss ...

Lama gila tak mencoret - coret hikayat .. Nak tanya lah kan kan kan ..! Korang masih lagi ada istilah CINTA DUA DARJAT ..?

"Beza antara kita rupa , darjat dan harta .. Sudikah terimaaa" 🎤🎤🎤🎤

Malangnya kisah dua darjat ni masih lagi ada .. Cuma masyarakat sekarang menunjukkan nya dengan cara halus .!

Kita bagi beberapa contoh ye :

1) Awak keturunan sekian sekian kena kawin dengan keturunan yang sekian sekian juga .. ( memandang darjat )

2) Awak belajar sampai tang tang tang tak kan na kawen dengan minah tang tang tang ni ( memandang harta)

3) Awak punya la g treatment sana sini , 'suppirment' ribu riban sekali awak nak kawen ngn dak lumpur ja ( memandang rupa )

Trust me , kita berani potong kuku la kalau ada yang cakap unsur2 memandang diatas tidak di praktikkan .. Cuma situasi je berbeza ..

C'mon guys nak tak nak kita terima juga semua benda ni . Korang tak payah nak acah - acah alaf 21 sangat . Sampai masa pak hang kata kawen dengan jiran sebelah .. haaaa .... mana hang na lari .. Hang sanggup na buat cerita tanggang kah ..? 

Eh eh .. kita bagi contoh ja tau kat ☝ ni .. Hahah 😀😀😀😁😁😁
Bagi yang tak kena batang hidung tu bolehlah cakap :

"Kuno bhai mende2 ni" ( kuno kepala hotak hang )

Pada korang yang mengalami semua ni bertabah lah .. Ada maksud - maksud tersembunyi yang org tua kalian tak nak hebah kan la ni ...

YA YA BUKAN SENANG , BERCINTA LEPAS KAHWIN . Tapi korang ada ke jalan lain .. Kahwin kalau tak ada restu org tua pon tak boleh tau guys ... Cubalah korang bawak2 berbincang dengan org tua korang dulu . Mana tau kot-kot pak hang kenan pulak dengan jodoh yang hang carik . Sebenarnya org tua kita nak kita bahagia . Tu je , so mana yang boleh bawak bincang tu bincang la .. Dok kat beranda isap rokok barang sebatang dua sambil2 menyelami hati ke hati . Yang perempuan jgn pulak korang join isap rokok !!!  Memang kene parang la jawapnyaaa ! Buad la cekodok ka seri muka ka bg pak hang ngn mak hang sejukkkkk ... 😉

Jadi ............ Sama - sama kita cari jalan penyelesaian okeh .?

#tau la esok na Raya Hindu kot ya pon main la mercun jauh-jauh sikit .