When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Thursday, January 21, 2016

Intai Cinta Dalam Rahsia

Ni kita cuma pinjam tajuk lagu Jeslina Hashim je tau .. Sebab kita rasa kena pula tajuk tu dengan apa yang kita nak post malam ni .. Hemo Hemo Hemo

Actually kan korang , mesti korang pernah rasa perasaan ni kan .? Tipulah kalau tak pernah . Tapi kenapa eh kita kene rahsiakan rasa tu .? Some people said , just tell him / her your feeling .!

Babe , benda tu tak semudah A B C tau ... Bukan senang-senang na cakap dekat orang yang kita suka tu .

" abang-abang kita suka abang . nak abang punya hati bole .? " - contoh

Ha ha ha ... Korang ingat senang ke nak luahkan . Sembang dengan member bole lah , cer sembang depan beliau yang korang suka .. Na pandang beliau pon takut tak mampu je nanti ....

Lagi satu "PENOLAKAN !" Hmmm , siapa je yang suka kene  reject douh .? Kau orang ingat tak sakit ke kalau kena tolak .. Depan beliau buat-buat tabah , belakang beliau korang punya la melalak  kat bahu mak ... Mula lah buat cerekarama tak bertauliah .. puihh ...

Ingat senang ke nak pura-pura tabah .? Fake gila tau ... Dalam hati tu rasa terhiris belati tajam .! Rasa na jerit dekat muka beliau pun ada .

Haha .. Tu kes penolakan lah ...! Dia sangat hik hok tahu .! Lagi satu mungkin pasal tak yakin ...! C'mon babe , kalau kau tau lah beliau bagaimana dan kalian bagaimana ... Masa tu lah perasaan tak yakin tu timbul ... Nates betul ... At the end , rasa cinta tu hanya jadi rahsia sendiri je tau ... haha ...

Ok lah ... Trimass ...

GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle

Ha hai korang ...

Lai lai join giveaway pula , mana tahu bertuah ke . Sape tak nak hadiah kan .



Click banner untuk join oke !

Trimass !

Segmen Bloglisted by Misya 2016

Hai korang !

Jom join segmen ni ...



Click banner untuk join oke ...
Good luck korang !

Trimas .

Tuesday, January 19, 2016

BILA JODOH KAU BUKAN DENGAN SI DIA YANG KAU HARAPKAN .

Hai bloggers !

Ha , macam serius je kali ni kan .? Eh , tapi seriusly kita nak tanyalah , apa perasaan engkorang bila korang tak dapat bersatu dengan orang yang korang harapkan . Tak kiralah yang korang harapkan tu love first sight ke , ex tunang ke , ex boypreng / gepreng , cinta dalam diam ke . Apa korang rasa .?

Hurm , dari pengalaman eycha ianya SAKIT . Totally hurt !!!! Serius weh sakit , tau tak sebabnya .?
Sebabnya kau dah terbagi hati kau ni dekat dia tanpa sengaja . Bukan salah dia tapi salah diri sendiri yang tak reti bahasa .! Haha padan muka sendiri ! 

Tapi sebagai seorang gegirl , nak move on tu susah tau ! Luaran je korang nampak happy go lucky , ketawa menggilai macam mak lampir tapi dalam hati ni sakit babe ! Lagi sakit bila kau ternampak , tertengok , ter'stalker' , si dia bersama pasangannya .. kah kah kah ... Adoyai !

Korang ingat gegirl ni tabah sangat ke ...? Tak ok ...! Malam karang mulalah buat gurindam air mata. Sajak hati yang sedang geram mahu menjeritlah . Hahah ... Serius girl tak payah acah-acah tabah sangat oke ! Meh pinjam bahu eycha buad menangis ke , gigit ke , whatever la .

Mungkinlah ada yang cakap , yang kau pergi bagi hati kau pada yang tak sudi , tak mengenali tu dah kenapa ! Ate , bab perasaan ni mana bole buat main-main yob . Tang deme nak datang , tak boleh nak halang - halang . 

Actually , dulu pun eycha selalu je menganjing me-member  ' yang kau pergi bagi hati kau tu dah kenapa .! '  Ha , tapi bila kene batang hidung sendiri , amek kau eycha ! Tepok dahi berkali-kali . Em... Em... Em.... Maaf-lah korang , dulu kita meng'hikhok - hihok kan korang sampai guling-guling . Serius doe korang , sorry sesangat ! Serius baru tahu sakit tu cam ne . Bhaha .

Then , part yang paling worse , bila jodoh kau bukan dengan yang kau harapkan dan kau terpaksa membahagiakan orang yang berjoodoh dengan kau . Masa tu kau rasa fake sangat . Tapi demi menjaga hati orang yang dah berjodoh dengan engkorang tu , korang terpaksa pendam je . ( Situasi untuk perempuan ) But someday girls bila korang bertemu dengan si dia yang bukan jodoh korang tu , kita harap korang tabahlah . Kalau boleh memang kita tak nak kan jadi macam ni , tapi tu r tu . Sometimes sakit kecewa tu best ! Pengajaran ...

Apa-apa pun kita tak boleh lawan takdirkan . Mungkin dia terlalu baik / tak untuk kita . So nak tak nak , kita teruskan jugak lah hidup macam tak ada apa-apa ye . Meratap , menangis , merayu pun bukan dapat juga dia ! Lagi lama terkenang lagi sakit pulak hati kita ... hahah

p/s : Dalam hidup kena notty-notty sikit baru best pengalaman kita tu .

TRIMAS ...

Monday, January 4, 2016

Puan Noor Hidayah - Kata Kata Semangat

Hai chu olls .!!!
Actually post ni memang dah ada dalam draf , cuma belum bawak keluar je lagi . Kah .. !
Haaa .... Part 1 hari tu kita cerita pasal kak daia bagi teguran kan . Haaa ... Kali ni kita na cerita pasal bersungguhnya kak daia bg kata semangat :p
Disatu hari yang dingin eycha menerjah ketenangan kak daia .! Kita cerita dekat dia kita ada admire someone ni .. Tapi kita takut ... Takut tak diterima ... Ha ha ha ... Dan disebabkan beliau Puan Noor Hidayah ...
Dengan bersungguhnya beliau cakap
" eh ca , kau comel ca ... kau buat je , kau jangan nak rasa rendah diri sangat . "
Beliau sangat positif , benda yang kita rasa tak nak buat or tak boleh buat bila diberi kata semangat terus jadi wow !! Bukan bermaksud orang lain tak bagi semangat tau .. Bukan begitu ... Ramai juga bagi kata semangat .. Tapi kak daia ni , dia suka bagi semangat tanpa pernah rasa jemu .. Sometimes kata kata kak daia tu membuka pandangan mata ...
Pucuk pangkal diri sendiri juga .! Berani atau tidak untuk mencabar diri sendiri .!
Well said , kak daia berjaya membuka mata hati seorang eycha untuk berubah .! Walaupun kadang kala dengan bebelan ... Kita bagi contoh eh .
"Eh ca , diaorang yang ejek kau tu sebenarnya jeles tau dengan kau . Akak tengok ok je baju kau tu . Sesuai je . Tak ada buruknya ... blaaa ... blaaa .... blaaa"
At last kak daia yang emo sendiri padahal yang kene kutuk eycha . Ha ha ha ... Cuba bagitahu ... Macam mana kita ta sayang Puan Noor Hidayah ni ... Ha Ha Ha .
Ok lah sampai sini je .... Nak tidur , esok ade jodoh kita up lagi cerita Puan Noor Hidayah ni ...
Trimass ...