When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, April 11, 2017

Lunch , Pisang dan CICAK .

Happy lunch hour blogies..!

Makan apa je tu..? Dah kenyang..? Alhamdullilah tepok perut. Sebenarnya nak cerita kejadian baru je terjadi tadi.

Disebabkan sekarang ni cuaca panas saja, kami decide untuk makan dalam office je. Lepas makan boleh kroh kroh... Ha ha ha.. Nak dijadikan cerita selesai makan tadi , kita ternampak CICAK dekat dengan pintu nak ke tempat makan.Euuuu geli kot... Lepas tu, nak pastikan CICAK tu dah mati atau belum kita baling tisu dekat dia sebab nak lalu situ nak ambil telefon dekat belakang .. Bila dah kena baling dengan tisu cicak tu TAK GERAK weh which mean its dead.. Ha ha ha. Jadi dengan berhati- hati kita melangkah pergi ambil telefon. Tiba sampai depan pintu dapat satu IDEA nak menjerit sebab nampak EMMA tengah belek-belek pisang dekat meja EN.Amir. OMG can you guess what happen next...? Har Har Har Har.

Yeah I scream " Dia gerak". Ya Allah Emma punya menjerit. Kak is pulak gelak-gelak suka. Hahahahahahahahahahahahahahahahahah.. Maaflah EMMA, tapi memang kelakar dodol.

Haaaaa, itulah cerita lunch kami.

Nota : Korang JANGAN ikut perangai macam ni tau. Sebab tak pasal-pasal kang kena serangan jantung orang tu. Ini pun Emma dah urut-urut dada. Sebab dia jenis mudah terkejut.

Trimass.

Thursday, January 19, 2017

Perjalanan Masih Panjang

Bismillahhirrahmannirrahhim....

Dikala awan malam sedang asyik mengurangkan beban dan ditemani dua ekor kucing iaitu montel dan duke tiba-tiba terfikir...

"Dah lama sangat aku bersinggah entah dekat mana-mana... Fokus sebenar tersasar jauh dibawa ombak hingga ke pesisir pulau mana entah."

Perjalanan rasanya baru jer bermula tapi persinggahan aku macam orang yang berada dizon selesa.

Fokus untuk kurus dalam masa enam bulan dah selamat ditelan anak gajah... Alih-alih 3 kg je aku turun dalam masa enam bulan... kah kah kah....!

Fokus untuk solat lima kali sehari  selalu saja diganggu dek urusan kerja... Sebulan je bertahan lepas tu celam-celum (betul ke aku eja ni...) Asyik fikir dunia jeee.... hurmmmm...

Fokus nak jadi anak yang baik habis disapu taufan bila mood penat aku datang disusuli dengan bebelan emak tah apa-apa yang tak berkaitan dengan aku... tsk tsk tsk....

Fokus untuk move on daripada abang jodoh dah lama diterbangkan angin petang.... Tiap bulan kata nak move on tapi tiap hari juga aku jumpa dia... Abis cuba kabor macam mane yong nak move on...? Om om om.....

Fokus yang paling jauh tersasar nak syurga.... Huuuuuuuuuuu.... impian tinggi melangit tapi perilaku, puaka sentiasa... Kadang teringat tu sempat la istifar kadang tu masa setan duk membisik kata-kata semangat rasa semua org aku perkecilkan... ish ish ish....

Tak baiknya kau eycha.....

Perjalanan aku untuk menjadi yang baik tu tak kesampaian lagi... Bukan tak teringin tapi itulah.... Bila hawa nafsu yang aku letak dihadapan makin banyak persingahan jadinya... Kalau orang kata kayuh perlahan-lahan.... Tapi aku ni macam tengah merangkak...

Tu sebab kadang-kadang aku termenung... Bukan menungkan abang jodoh semata walaupun ada jugaaaaa tapi mostly aku menungkan bilanya la hai perilaku aku nak semegah....

Korang tak boleh tau cakap tgk sekeliling aku.... Org sekeliling aku okay je tapi hati ni haaaa.... Entah kenapa seronok sangat singgah situ sini... Lagi satu kadang-kadang tu sedih lah juga bila orang duk mention perangai lama aku...

Eh tolonglah.... mak hencik , hakak2 dan korang semua tau tak betapa payahnya la kan nak melangkah ke arah kebaikan... Kalau tak boleh nak bagi semangat, mulut tu diam je.. Zikir banyak-banyak dapat pahala....

Kalau jumpa saya janganlah sohseh2 dekat belakang... Tegur je saya,

"Ca tak elok anak dara balik malam-malam" (contoh)

Yer, aku tau korang kenal aku yang dulu... Tapi okay what aku cuba meluruskan perjalan hidup aku... Takkan korang nak aku lalu jalan yang berliku berduri tu semua...

Kesianlah dekat kitaaaaaa..... Jauh ni nak merangkak... ha ha ha....

TRIMASSS
Dikala angin sejuk menyentuh pipi ini,
Aku berharap moga hari esok ada sinar bahagia kan datang menyapa...

Tuesday, January 3, 2017

Kata-Kata Buat Abg Jodoh #4

Telah jauh aku membawa rasa
Sehingga aku alpa dalam kebahagiaan.
Telah jauh rasa ini meresap ke seluruh jiwa
Mengharapkan dikau yang menjadi terakhir.
Sungguh hati ini terlalu enak dibuai rasa,
Rasa yang hanya dipendam...
Dan.....
Telah datang khabar gembira bagi dikau melalui angin malam kepadaku...
Andai kau tahu hati ini bagai disentap,
Bahagia yang ku rasa kini harus ku buang jauh.
Adakah dapat aku membuang rasa kasih ini...?

                                               King eycha