When I close my eyes , I see that smile.....

Thursday, November 24, 2011

Lain yang dicakap , lain pulak kau buat.

Hari ni eycha nak bercerita pasal beberapa orang hamba allah ni.
        Tadi eycha yang tengah ke-bosan-nan men-travel lah ke satu fb ke satu fb. Tak ada kerja lah katakan. Masa masuk fb pertama , ya allah terkejut beruk mak-nyeh eycha bila tengok status ' relationship' budak ni. Bukan-nya apa, dulu si gadis ni cakap yang dia tak suka jejaka jenis macam tu, tapi alih-alih,kau couple jugak dengan orang yang jenis kau tak suka tu. ( Sorry tak boleh listkan criteria2 jejaka tu.. Paham2 sudah) Dulu masa sekolah-lah kan dia anti gilosh dengan jejaka seperti itu. Siap cakap lagi kalau boleh tak nak ade ape2 hubungan denga jejaka jenis macam tu. Eii tak pahae teman. Mike sekalian cakap serupa han****. Siap berkasih - sayang lagi dalam wall. Haih, wahai si gadis , mengapakan dikau berkelaluan sebegitu rupa. Sungguh membuat aku terkejut tahap gaban.


FB yang seterusnya.
   Wahahahaha.... Ni lagi-lah menggeletek urat perot eycha . Ape die ni batak Bb ke?? Sekejap2 update statuslah, update itulah , update inilah. Okay cuba korang bayangkan perlu ke dia update setiap inci perjalanan dia. Contohnya :
                         Sekarang dekat kedai ali.
                         Dikedai ali pesan mee bandung..
                         Dah selesai makan.
                         Nak jalan2 ke kedai timah.
Tahulah engkau ade bb(BlackBerry) tapi tak payah nak mem-batak sangat sampai cam tu sekali. Orang lain pun ade bb tapi tak ade lah pulak perangai macam engkau. So like monkey. Dalam satu jam bukan satu hari tau , satu jam penuh wall pasal dekat satu tempat je. Tu belum lagi dia update masa dia dekat zoo.. Hahaha.. Kalau korang nak tahu dulu si jejaka ni cakap dia tak pandang enfon mahal2 ni , bagi dia cukuplah kalau enfon tu boleh hanta text & call . Tapi bila baru dapat bb dah jadi batak. Eycha rasa gi toilet pun dia nak update. Hihi. Oke jom ke cerita seterusnya.


Calon Fb yang seterusnya.
     Ini cerita pasal gegirl yang baru nak merasai cinta. Dulu dia couple dengan si Jejaka S, tak lama lepas tu putus. Pasal ape , eycha pun tak amik tahulah. Gegirl ni baru lagi di alam sekolah menengah tau. Masa dah putus bukan main dia benci, maki jejaka S tu.. Lepas tu tadi dia main2 kiasan. Tapi eycha paham yang dia tujukan dekat si jejaka S tu. Yang si jejaka tu pulak dah ade pengganti tak kan menoleh lagilah dekat dia. Lagilah dia bebudak lagi...... haih ... Luaran kata benci dalam sayang gileeee....


Hmmm.... Oke lah.. Eycha nak kena buat kerja.. Nanty kita sambung menganyam ketupat( mengumpat) eh?? 


Babai............

Hati tahu.

Hati tahu apa di idamkan,
Hati tahu apa di mimpikan,
Sentuhan kasih sayang,
Menghiliskan awan,
Kesepian tak terbilang.
Hati tahu dia akan datang.


Bagaikan bunga sedang mekar,
Aku pun menunggu,
Belai angin datang,
Hembus harum 
Ku merata.


Biarlah diri ini dipuja,
Kekasih yang ku cinta,
Hati tahu apa di idamkan,
Hati tahu dia akan datang....

Thursday, November 17, 2011

Malaysia I love you ...

Mesti dah tahu kan kalau tengok title tu eycha na post pasal ape ... Pasal Malaysia vs Indonesia la ... Walaupun menang tipis tapi tetap menang okay ...? Eycha betul2 tak suka cara permainan pasukan indonesia .. Main kotor , main ganas .. Hello ni game so adat lah tu menang atau kalah .. Yang paling tak boleh blah masa apek ( penjaga gol ) tergelincir salah seorang penyokong indonesia buat isyarat mengejek .. Tak baik la ... Walau pun kita benggang tapi jangan lah buat sampai macam tu sekali . Lagi satu pasukan indonesia yang banyak buat servis ialah pemain import . Yang rambut kerinting separuh tu . Haiya ... So harap anda faham la ye ...
Okay nak tido .... babai ..

Malaysia - 1
Indonesia - 0

Monday, November 7, 2011

Please go ...

From the contemplation of your eyes
Story all about latent sadness of
memory yesterday


Stay all the love
No return
You bring along 
Our love


Beautiful dreams bloom ,
When I feel like you
A second love of heaven
forever ......


Go nostalgia
Lose yourself
Unable to bear the
suffering Heart


Go, my darling
start again .
The spirit of love
Burning because of her .
No my intentions


Embeddable in my soul ,
Faithful with
both pure love
thousands firmly .

Wednesday, November 2, 2011

Nasib kau lah eycha oi !

Selamat sore !


Post kali ni eycha tujukan buat orang2 yang sangat HIPOKRIT di luar sana ! Tak kira yang tua atau yang muda . Eycha tak tahu nak marah ke , benggang ke , sedih ke atau apa2 ke lah ! Semalam kak ara datang opis , lepak2 dengan eycha .. Sekali kak ara buka lah cerita pasal mak epul .. Tibe2 kak ara tanya macam ni .


" Eycha suka tak dengan mak epul tu "
" Kenapa ? Akak tak suka eh ? "


Lepas tu kak ara buka lah cerita pasal mak epul tak suka sangat epul dengan eycha rapat . Mak epul jenis yang memilih . " Ye eycha memang tahu itu " . Mak dia memang nak carik perempuan yang chantek dan perfect je untuk epul .. Masalah sekarang bukann-nya eycha nak ber-couple dengan epul . Tolong lah ! Dari kecik kiteorang bersama ... Masa dulu tak ada pulak mak dia bising . Depan Eycha bukan main lagi manis nya mulut mak dia .. Belakang , ntah ta taw .. Tahu lah yang eycha ni tak se-sempurna mana . Tapi eycha cukup sifat what ! Tak ada cacat cela , cuma eycha ngaku lah yang eycha dah makin gemuk dari dulu ! Hahahah .. Pasal tu je mak dia tak bagi die dekat dengan eycha ! Manusia2 .. Eycha kawan dengan semua orang , eycha tak memilih tapi sekali eycha disakiti , selama-lamanya eycha ingat ! Pelik betul lah . Bila kak ara dah cakap macam tu , eycha akan cuba jauh kan diri yang hudus ini dari sisi si epul tu .


To epul :
              Aku mintak maaf kalau lepas ni aku tak ajak kau hang out sesame macam dulu ! Aku tak nak mak kau marah kau . Lepas tu kau fed up + serba salah dengan aku lagi . Kalau aku nampak kau pun aku akan buat2 tak nampak je .. Aku akan julingkan mata aku ke arah mamat yang lagi ensem ! Hahahahah .... Dan paling penting aku bukan jenis yang lupa kawan ! 


Semalam balik dari Fun fair , si Razi tanya2 pasal epul . Razi cakap tadi mak epul call dia , lepas tu eycha tanya mak epul cakap apa . Razi macam serba salah je nak cakap . Macam tak nak eycha tahu apa yang mak dia cakap . 


" Entah lah apa yang mak dia merepek tadi " - Razi cakap ..


 Hmmmm .... Macam ni lah nasib orang gemuk jadi yang di luar sana slim kan lah badan anda supaya tidak dicemuh !