When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Sunday, August 12, 2018

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK FAZ

*bunyi kompang.....
Kompang dipalu, pengantin malu. 
Duduk bersanding tersipu malu.
Moga bahagia ke anak cucu......
Kami doakan moga berkekalan.
Selamat sejahtera hingga akhir zaman.....

(sambil dengar lagu kawin bhai aku buat pos ni..)

Tahniah buat Kak Faz dan pasangan. Oh! By the way masa ni jumpa zeffy.. Lama betul tak lepak. Tapi yang paling tak boleh blah dia asyik ulang ayat.

"Makin handsomekan aku... Rugikan tak mengorat..." pffff *tangan bersilang memandang ke atas.

Kak Faz ni kawan sekerja, tapi lepas kawin ni dia terus berhenti kerja kat sini, ikut suami dia balik nogori. Waaaaaaa best betul tengok orang kawin. Rasa nak kawin sekarang juga.. Eh, tiberr....













Trimass....

Saturday, August 11, 2018

Mainan Jiwa

Jiwa.......

Jiwa merangkumi keseluruhan batin manusia. Ada perasaan , ada angan-angan , ada fikiran , ada abang jodoh (eh eh eh gurau )

Jadi tak kira lelaki atau perempuan kalau jiwa dah diusik orang lain, memang tak keruan. Orang tu senyum pun boleh bergegar hati kau 5 skala ritcher. Orang tu marah pun kau nampak dia manis je , macam tengah berzikir kau nengoknya.....

Aku bukanlah pakar nak cakap pasal ni, tapi berdasarkan keadaan sekeliling yang berlaku. Jiwa ni kalau tak pandai handle memang kau akan terjerumus ke lembah penyesalan...

Aku bagi contoh lah ( kata-kata dari sis gua )
Bila kau semakin meningkat dewasa atau tua , kau dah tak pandang sangat paras rupa , darjat atau harta. Yang buat jiwa kau goyah adalah bila hadirnya seseorang yang mengambil berat pasal kau... haaaaaaa gitu kau nyah...! Tang ni laki ke perempuan ke sama saja.

Sebab tulah aku tak percaya hubungan jarak jauh ni... Even sebelah kampung pun boleh curang apatah lagi yang jarak beribu batu...... Korang tak payah nak TAK sangatlah....! Bohonglah kalau korang tak terusik hati tu bila ada seseorang yang sudi menghabiskan masa dia untuk kau... Alasan bff korang boleh pi humban nun ke pulau redang sana...

Kes akan jadi parah bila salah satu pihak terlalu percaya atau/dan terlampau sibuk.... Disebabkan kau sibuk dan kau percaya pada pasangan kau, kau telah membuka peluang orang lain untuk mengisi kekosongan yang kau buat tu. Dan satu lagi hal bilamana kau terlalu memberikan kepercayaan kepada pasangan kau sampai dia berani memijak sekeping hati korang tuuuu...

Betul dalam perhubungan perlu ada kejujuran , tapi berapa ramai yang sanggup jujur...? Ramai yang lebih rela memendam rasa sehingga menjadi sekam... ( ecececece )  Dan disebabkan itu jugalah hati semakin hari menjadi semakin tawar.... Dan sampai satu tahap , jiwa kau kosong. You don’t even know how to reacts. What you can do is “kita okay lah”
And when one fine day, someone knock your soul.... Taking care about you , talk nicely , be your shoulder to cry on then you are dead meat now....!!!!!!

Come on guys, what we need is love and attention....! Yeah someone said its simple as a fuck....! Hell yeah...! We can give love but attention is a difficult things you need to handle..... Think again brooo...

Awek kau tukar style rambut pun kau tak perasan , jadi dekat mana perhatian yang kau nak berikan...?

Yamg kau pulak perempuan, lelaki korang tukar sport rim pun kau tak perasan ,  celah mana yang kau kata kau sangat ambil berat pasal mereka...?

Korang jangan sibuk sangat cari yang sempurna padahal yang depan mata tulah pelengkap korang. Apa kata selepas hari ini kita cuba berikan perhatian lebih pada orang yang kita sayang. Jaga mereka sebagaimana kali pertama kali berjumpaaaa...


Sampai sini dululah kita bebel...
Selamat malam.

Love, king eycha.

Saturday, February 17, 2018

TRIP TO MEDAN 2018 (4 H 3 M) PART 01

Horas...

Horas adalah ucapan selamat disini. Jadi kalau meraka ucap Horas, kita langsung Horas kembali ya teman-teman.. Baiklah, kita terus ke ceritanya okay...

Day 1 ( Medan - Parapat ) 09 Feb 2018

Disebabkan ini trip company, kita bawa wang belanja sahaja. ( Jadi jangan tanya kita harga tiket atau penginapan.. Maybe around 1500++) Dari Ampang ke KLIA jam 5.30 pagi. Penerbangan kami pula pukul 8.30 pagi. Di Indonesia waktu dia -1jam dari Malaysia tau.
We safely landed at Kuala Namu International Airport around 8.30 am. Which is 9.30 am at Malaysia. Our Supir fetch us with 1 bus , 1 van and 1 car. Ha ha ha.. Its for 53 person okay..!



Since some of us didn't take a breakfast. So our Supir drop us at Ayam Penyet Cinderalas..
Kita ngopi dulu katanya. Ouh ya, air teh dekat kedai ni dia bau wangi sikit tau, jadi ada yang tak boleh terima.. But i'm a tea lover kot... I okay je.. Kami disajikan dengan Nasi Gor ( Nasi goreng ) , kuih bika ambun (macam bingka ubi) dan kek lapis.Yang paling terkejut, mereka hidang pisang 1 tandan oi bukan 1 sikat. Ha ha ha... Mungkin sebab kami ramai.




bika ambun



muka bangun 4.00 pagi



setandan bhai


Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Parapat tetapi kami singgah sebentar di Paten Shop nak beli teng2, ting2, tong2 (snek berkacang) , bukan beli ikan patin tau... Lepas tu pergi makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Hotel yang mengambil masa 3 - 4 jam. Yang penting Jus Jeruk dia sedap...!!!



Restaurant kat Medan ni memang sediakan air basuh tangan.

Dekat sini kalau ada acara apa-apa mereka akan buat banner macam ni. Ada Selamat Sukses, Selamat Bahagia , Turut Berdukacita , Selamat Jalan... Menariklah sebab adat mereka macam ni. Meriah je tepi-tepi jalan. Makin besar banner makin besar uang nya buk...







Jalan utama di Sumatera Utara yang mereka gunakan sangat kecil. Kalau kat Malaysia ni, kita jalan kat Felda. Kau bayangkanlah berselisih bas macam mana. Tingkap ke tingkat kot.. Tapi bagusnya pemandu disini, mereka tak guna hon. Contoh kereta yang memotong dari arah berlawanan dah nak dekat tapi depa tak hon pon. Kita yang dalam bas ni terjerit-jerit... Kalau nak memotong pula, mereka akan hint bunyikan hon then terus potong. Tapi kalau orang depan (lawan arah) high beam tu bermaksud, beri laluan pak, usah dipintas. Macam tu sekali. Phewww... Kalau kat Malaysia ni dah panjang bunyi hon kau buat macam tu. Dekat Medan ni tenang-tenang aja... Sebelum sampai hotel ada tempat membeli-belah. Singgah situ sebelum naik ke Hotel. Hotel kami terletak atas bukit tau. Bawah boleh nampak Tasik Toba.

Tasik Toba ( Danau Toba )

Pembentukan tasik semulajadi ini terjadi oleh letusan gunung berapi sekitar 69 - 70+ ribu tahun yang dahulu... Sebelum menjadi tasik, dia membeku dahulu, kemudian bila dah cair jadilah Danau Toba yang mempunyai kedalaman 450 meter , 100 meter panjang dan 30 meter lebar.. Dan di Danau Toba ini terdapat sebuah Pulau. Itulah Pulau Samosir.





Hari pertama kami menginap di Hotel Niagara, Parapat. Dekat hotel ni ada karoke open, masuk free tapi kena beli minumannya dong. Ha ha ha. Harga air paling murah RP 30,000.00 (RM 10.00) Once again i ordered Jus Jeruk.. So yummy.. Rasa dia macam korang guna limau mandrin pastu letak gula sikit. Sedap..

Day 2 ( Parapat - Pulau Samosir - Berastagi) 10 Feb 2018

Hari ni cuaca agak menduga, sebab dalam pukul 6.00 pagi (waktu tempatan) dah hujan. Lebat pula tu. Jadi agak risau, macam mana plan hari ini sebab acara hari ni kami nak ke Pulau Samosir. Plan asal kami check out hotel pukul 08.00 pagi tapi sebab hujan kami bergerak turun dari hotel pukul 08.30 pagi. Sampai ditempat feri pun hujan masih renyai. Tapi okay saja. Kami meneruskan perjalanan selama 1 jam menaiki feri menuju ke Pulau Samosir. Tapi jangan risau, tak mabuk pun sebab tak ada ombak. Dan semasa pergi, akan ada anak-anak yang menyanyi untuk hiburkan korang. Tapi ingat, sediakan wang kecil ya. Mereka akan ada 4 orang tau.. Korang bagi RM 1 pun okay. Sweater jangan lupa okay, sebab agak kedinginan disini ya...












PULAU SAMOSIR

Di pulau ini terdapat perkampungan kaum batak. Mereka juga ada menjual cenderahati dipulau ini. Rumah kaum batak ni bumbung dia macam rumah orang minang. Tapi kaum batak bumbung rumah menghala dari Utara ke Selatan. Tapi bumbung rumah yang belakang akan lagi tinggi yang dari depan. Sebab mereka nak generasi seterusnya lagi maju dari generasi terdahulu.



Pintu rumah kaum batak pula sangat unik kerana pendek sahaja. 1 meter je kot pintu dia. Alasan buat begitu adalah untuk menghormati tuan rumah. Sesiapa sahaja yang masuk ke rumah kaum batak perlu menundukkan kepala. Pencuri pun susah nak masuk.




Rumah kaum batak ada 3 tingkat. Tingkat atas untuk penyimpanan stok makanan atau barang-barang. Tingkat ke dua untuk diduduki. Manakala tingkat bawah untuk haiwan ternakan. Mereka akan memasak di tingkat tengah, begitu juga untuk tidur. Haaaaaa...

Kaum batak pula memilih cicak sebagai dewi mereka. Ini kerana bagi meraka cicak boleh hidup dimana-mana sahaja. Mereka mahu kaum batak bisa hidup dimana-mana sahaja. Kaum batak dibenarkan berkahwin sekali sahaja seumur hidup ( selagi pasangannya hidup) Mereka juga akan memilih wanita yang besar payudaranya. Ini kerana mereka percaya, wanita yang mempunyai payudara yang besar dapat menghasilkan air susu yang banyak serta berkhasiat dan boleh melahirkan anak yang ramai. Kaum batak akan dianggap kaya jika mempunyai anak yang ramai dan mereka amat mementingkan zuriat lelaki. Sebab tu kita akan nampak simbol yang ada 4 payudara dan cicak menghadap ke payudara. 4 simbol itu adalah untuk ( Kesuburan , Kesetian , Kekayaan dan Kesucian) , manakala cicak pula melambangkan kaum batak sendiri. Yakni, walau sejauh mana mereka merantau mereka pasti akan kembali ke tanah air, kembali kepada ibu yang melahirkan.
Mereka memegang prinsip yang sama seperti semua manusia, (Hormatkan Ibu , Takutkan ayah ) Sebab syurga kitakan dibawah telapak kaki ibu.






 Kaum batak ada mahkamah mereka juga tau, tapi mereka guna meja persidangan je lah. Dan ada dua hukuman sahaja. Jadi hamba Raja atau DIPANCUNG. Jadi pesalah-pesalah akan dipasungkan kaki dan tangan dan disumbat ke dalam penjara sementara proses perbicaraan berjalan. Hurmmm , dulu-dulu memang kejam. Kau disyaki salah je kau akan dilayan macam haiwan..


MEJA PERSIDANGAN (tepi belah kanan tu penjara )
 Dan jika pesalah dijatuhi hukuman pancung. Mereka akan dibawa ketempat pemancungan sambil disaksikan oleh raja-raja penguasa. Akhirnya kepala mereka akan dicincang dan dimakan.. Euuuuuu...





HORAS....
Kita sambung next post okay...