When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Sunday, April 12, 2015

KATA - KATA HATI #3

Dear blog....

Kenapa ya hati perempuan susah nak ditafsirkan ...? Hati sendiri pun tak pasti apa yang dimahukan .

Wahai sang hati ,
Bukankah lebih elok jika kau dingin saja .? Kenapa kau lebih suka bermain teka teki .? Kenapa kau gemar menggetarkan seluruh jiwa raga ini .?

Wahai sang hati ,
Seeloknya kau sedar , keperihatinan tak bermaksud cinta .! Keramahannya bukan pada kau sahaja .. Usikannya pada mereka disekeliling jua .. Pujukannya hanya mahukan kedamaian ...

Wahai sang hati ,
Pegang kata ku , kau terusik gara-gara dia yang mengambil berat .
Kau terusik kerana kau rindukan kenangan lama .
Kau terusik hanya kerana kau rindukan sang arjuna ..
Kau terusik kerana dia mengisi kekosangan dihati kau ...
Kau terusik hanya kerana dia pandai bermain kata ...

Wahai sang hati ,
Bertahun sudah aku mendidik kau agar menjadi dingin , jadi tolong jangan mengkhianati aku ....

No comments:

Post a Comment