When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday #6 - Maid Maiden

Hello blog ....
Akhirnya .... Dapat juga episode terakhir Maid Maiden ... Terima kasih kaoru ....

Tuesday, January 22, 2013

Bersyukurlah korang ...

Hello blog ...

Wah tajuk macam good2 je kau eycha ... Ah ! Persetan kan semua tu ... Idea untuk menaip tercipta tatkala melihat kucing dekat Dataran tadi .... Dan juge terlintas kata2 'Listen' masa nampak kucing tu tadi ....

Tajuk dekat atas tu untuk peringatan sendiri dan korang juga ... Bersyukurlah anda dilahirkan sebagai manusia dan bukanye sebagai haiwan ... Knp eycha cakap kene bersyukur ??? Jom kite zoom out ...

Kita amik contoh kucinglah ... Berapa banyak kucing yang jadi ' gelandangan' ?? Melebihi manusia ... Tak percaya ?? Sila rajin2 kan diri anda turun ke pasar dan gerai2 tepi jalan ... Kucing kene sepak , terajang sebab mintak makan . Korang sedap makan isi , kucing mintak tulang pon korang nak sepak2 bagai .

Lepas tu kucing2 ni korang tahu kalo tido asal rase selamat & boleh berteduh je ... Kalau hujan lintang pukang cari tempat teduh .. Lepas tu ade manusia yang bodo letak anak2 kucing dekat kawasan tong sampah .. Kejadah ape tu ?

Buktinya 4 ekor kat rumah eycha ni datangnya dari tong sampah , eycha bawak balik dari bukit belacan ke rumah eycha . Masa tu diaorang baru lahir , bulu pon tak tumbuh lagi .. Yang sekor ni abang eycha jumpa tengah jalan dekat bawah jambatan kampung pandan ... Pernah jugak abang eycha kutip budak kecik lagi dekat highway shah alam ....

Ok... Ok ... Tu semua masalah yang kucing alami .. Banyak lagi sebenarnya masalah ... Tapi kucing2 ni teruskan jugak hidup ...

Ni manusia baru putus cinta sikit nak terjun bangunan bagai .. Pergh ! Buang beras je mak ayah bela sampai besar .

Ade masalah sikit macam nak mati lagak nya .. Hello abang2 , kakak2 , adik2 ... Kalau rasa tak boleh nak tanggung sharelah dengan orang yang korang percya ... Jangan jadikan masalah korang sebagai alasan la ...

Tu baru jadi manusia ... Kalau jadi haiwan tak tahulah macam mana ... Panjang lagi kot rungutan nye ..

Pompom yg menjadi peneman menulis mlm ni ...

Saturday, January 19, 2013

Sedekah seikhlas nya ...

Hello blog ...
Hari cuti ni ta kemana kah ?
Eycha pon dok belingkar je dekat rumah ... Fulus tak ade , tu yang malas nak keluar . Baru tengah bulan dah habis duit .... Bulan ni enjoy lebih sangat .. Hahah.. Ok ini bulan entry pasal fulus tapi pasal sedekah , jom zoom out in ..

Cakap pasal sedekah mesti kita akan dengar banyak konklusinya . Peminta2 sedekah ni tak kira usia . Budak2 pun ade juga yang jadi peminta sedekah . Paling famous dekat pasar malam .... Dari hujung sampai ke hujung pasar malam ade je yang meminta .. Ok jom kita bincangkan pasal ni ...

Dulu masa sekolah , ade sorang cikgu eycha ni cakap .

" Cuba you all fikir balik , yang cacat2 tu macam mana dia datang ke pasar malam ... Ini semua nya sindikit "
" Duit yang you orang bagi tu bukan dia guna tapi dia bagi dekat big boss dia "

Tak dinafikan ade betulnya cakap cikgu eycha tu .. Bila datang je peminta sedekah ni ramai org akan fikir banyak kali nak derma ke tak nak ... Sebab korang fikir macam ni kan ..

#1 Kalau bagi sorang nanti 10 orang datang kerumun .

#2 Bukannya dia guna untuk makan tapi untuk boss dia .

#3 Bukan boleh percaya dia ni ...

Tak pun masa dekat MCD ... Kompem banyaklah ... Lagi satu depan bank .. Paling famous MAYBANK .... Haha .. Siape selalu g bank tahu lah kan ?

Kan... Kan... Kan ... Dulu eycha pun fikir macam tu juga tapi bulan lepas masa eycha lepak dengan abang eycha dekat kedai makan , datang peminta sedekah dan abang eycha terus bagi . Dia cakap ..

" Kalau kau nak derma , kau bagi je . Jangan kau fikir dia nak beli dadahlah , beli bukan2 .. Tu hal dia dengan Allah.. Kita sedekah ni kena ikhlas .."

Yang mintak sedekah tu perempuan , seorang buta dan seorang guide ... Lepas tu eycha tengok je diaorang .. Dia orang beli air tin satu kongsi 2 org . Terdetik rasa kesian . Ingat nak belanja diaorang makan .. Bila eycha nak orderkan untuk diaorang , diaorang dah tak ade ....

Sedekah tu amalan yang mulia kan jadi eycha nak dapat pahala dengan amalan tu . Kalau tak nak sedekah cakap je dekat diaorang "TAK" lepas tu tak payah fikir bukan2 buat dosa kering je ... Kalau nak bagi , pastikan seikhlas hati korang ... Ok ?? Ok babai ..

Lurve eycha ......

Friday, January 18, 2013

Mimpi yang memenatkan

Hello blog .....

Ade lagi ke yang belum tidur ni ? hmm .. hmm ... Jam menunjukkan pukul 1.28 pagi .... Ape yang mengganggu korang sampai ta tidur ? hmm ... hmm .. Tanya orang diri sendiri pon sama ... Eycha ta tidur pasal takut mimpi yang sama lagi ..

2 malam ni eycha asyik mimpi yang buat eycha penat bila bangun ... Haip !!!! Bkn mimpi bebukan ye ...! Korang pernah ta rasa macam yang eycha rasa skg ?

Mimpi pertama :

Dekat laut yang luas , eycha atas kapal lepas tu tiba2 dalam kapal tu ade rusuhan .. Untuk selamatkan nyawa eycha terpakse terjun ke laut ... Berenang punye berenang akhirnye sampai juge dekat darat . Yang pelik nye bila bangun eycha rase tangan ni lenguh & kaki cramp ..

Mimpi kedua ( semalam )

Eycha tak tahu kenapa ade org ramai keja eycha dengan 2 org lagi kawan eycha ni ( perempuan & lelaki ) kita orang bertiga lari nak selamatkan diri . Lepas tu eycha terpisah dari 2 kawan eycha tu entah macam mana boleh jumpa diaorang menyorok . Lepas tu kawan lelaki eycha tu demam . Eycha dengan kawan perempuan pegi la beli ubat .. Tengah2 beli ubat masa nak bayar tiba2 penjual tu macam melengahkan masa jadi kitaorg syak ada yang tak kena . Terus je eycha bergelut dengan penjual tu sebab nak ubat .

Last2 keluar dari kedai ubat , kawan perempuan eycha pegi bagi ubat dekat kawan lelaki tu . Dan sekali lagi org ramai keja kitaorg ber3 . Sebab eycha duduk jauh sikit dari kawan2 eycha , sekali lagi eycha terpisah dengan diaorang .

Eycha terpaksa berlari dan menyorok nak selamatkan diri . Orang kata kalau mimpi kita , kita boleh buat ape je yang kita suka kan !? Masa dalam mimpi tu eycha nak laut supaya boleh terjun dan selamatkan diri . Tapi sungguh hampa ... Tak ada laut ... Puas eycha pusing2 .

Tiba2 mimpi beralih , eycha ade dekat rumah eycha . Oh mai .... Eycha di tawan dalam rumah sendiri . Yang peliknya eycha ade dalam bilik sendiri pulak tu ... Ade dua org yang jaga ... Eycha buntu nak melepaskan diri . Bila eycha bukak laci , eycha nampak telefon moshi2 tu dan ' roti kering ' ..

Tibe2 sorang penjaga ni masuk & eycha hentak kepala dia gun telefon moshi2 tu ... Yang lagi sorang tgh dok rehat kat sofa tu eycha tenyeh muka dia guna ' roti kering' ... Eycha kembali berlari ... Sampai dekat moto eycha nampak moto diikat pakai tali rapia eycha rentap je ... Start moto dan blah ... Ingat dah habis ...

Boleh pulak diaorg keja guna moto .. Sekali lagi eycha hampa dengan mimpi tu sebab eycha mintak ade paku supaya motor diaorg pancit langga paku tapi tadew ... Lepas tu eycha nampak polis dekat tepi jalan ... Eycha pegi dekat polis tu mintak tolong . Lepas tu eycha dah ta ingat ape jadi ...

Sedar2 pukul 09.15 pagi ... Waaaaa , lambat gila nak pegi keje . Tadi mandi pon dalam mata tertutup .. Badan lesu dan terasa sangat penatnya . Sampai bawak moto pon macam org mabuk .

Last2 tengah hari eycha bantai tidur sejam 15 minit ... Hahahaha ...

Ok lah nak tido lah blog ... Babaiii ...

Lurve eycha ...

Wednesday, January 16, 2013

Facebook dan Handphone android

Hello blog ..

Hari ni kita bersantai kejap ye ..
Facebook ! Setiap dari korang mesti ada akaun Muka Buku ni kan ? Tipu lah kalau cakap tak ade . Semalam eycha update pasal "Go Launcer"kan ? Tapi kali ni pasal " Facebook " pulak . Ok setiap orang ade kelemahan , macam tu juga benda yang kita cipta . ALLAH je yang sempurna ok ?

Mungkin korang lebih senang ber 'Facebook' melalui handphone , mungkin ade yang main game sekali kan? Mungkin korang ta perasan yang ' spam ' banyak dari ' Facebook ' ni . Eycha cakap sebab eycha pernah kena . Dan enfon telah pun diformat .

Enfon eycha jadi ' full ' dengan sendirinya . Enfon hang sesuka hati .
Lepas tu ada kes yang eycha tengok , enpon dia macam kena rasuk . Tiba2 lampu menyala sendiri lepas tu tutup , lepas tu menyala balik . Eycha ada tengok vid pasal enfon tu . Sebab jadi macam tu kerna dia main game ' poker ' dari facebook dan online facebook dengan kerap . 

Jadi sekarang ni eycha tak install pun 'facebook' bukak pun dekat pc je .
Sebab eycha tak mo melayangkan duit lagi untuk kecuaian sendiri .

Lurve eycha ...

Wordless Wednesday #5

Hello blog ..



>>>> Mesej penting unuk semua golongan wanita yang nak ke tempat kerja , ke sekolah , kolej seorang diri . Jika ada terjumpa seorang kanak2 menangis dijalanan & menunjukkan anda alamat tempat tinggalnya dan meminta anda membawanya ke alamat tersebut , tolong bawa dia ke balai polis yang berhampiran . Tidak kira apa pun yang terjadi jangan sesekali pergi ke alamat tersebut . Ini adalah taktik terbaru satu kumpulan yang ingin merompak , menculik dan merogol . 
Please forward to all your loved ones so they can inform friends & family members . ( From ASP SUMAN KUMAR D9- Bukit AMAN) Always Be Alert .

Pagi tadi masa nak pergi kerja eycha ada nampak budak menangis tepi jalan . Untung je la tak berhenti . Bukan tak nak tolong tapi dunia sekarang makin kejam ..

Lurve eycha .

Tuesday, January 15, 2013

Go Launcer Pada Android

Hello blog ...
Selamat pagi ...
Di pagi yang tak berapa nak pagi ni , eycha nak kongsi sesuatu yang mungkin korang dah tahu atau belum tahu . Eycha pun baru tahu pasal enfon eycha weng ... Ni minggu depan ingat nak hantar dekat center . Seiring dengan zaman yang dah ter'moden ' ni eycha pasti dan yakin ramai antara korang guna Android kan ?  Mak mertua pak cik eycha pun guna S3 . Ha... Korang lagi la meletop2 kan... 

Ok jom cerita pasal Go Launcer ni . Kalau korang pegi dekat ' market ' mesti korang ade nampak Go Launcer , Go SMS pro , Go keyboard & macam2 Go lagi .... Eycha sarankan agar korang yang dah install  buanglah segala Go tu. Sebab nya dah 2 , 3 buah kedai eycha terjah bila cakap je eycha masukkan Go Launcer terus diaorang geleng kepala . Agak kiciwa disitu .

Kesan Go Launcer ni lambat so korang tak kan perasan . Macam eycha syukurlah cepat sedar . Eycha perasan lepas install Go Launcer ni , bluetooth jadi tak betul . Orang tak dapat detect device eycha . Eycha ingat tu pasal enpon eycha berat ke , virus ke . So eycha buat diam jelah . Yang terbaru ni tiba2 vibration tak boleh guna . Kalau silent kan memang parah sebab kalau orang telefon atau mesej masuk memang tak ada vibrate .   Yang paling benggang eycha tak boleh hantar mms & receive mms . Jadi minggu lepas eycha terpaksa pegi kedai , lepas tu Amoi tu marah .

" Haiya , kan saya dah pesan Go Launcer jangan masuk "
" Ye ke ada cakap . Saya tak ingat pun ."

Amoi tu kata Go Launcer boleh masuk dekat enfon yang android version dia 1.0 dan seangkatan nye kot tak silap . Eycha punye Gingerbread memang tak digalakkan untuk install Go Launcer . Gingerbread pon ta bule lagi la Ice cream Sandwich kan..

Memang tak dinafikan , Go Launcer ni banyak kelebihan ... Contoh :

#Theme yang pelbagai & cantik2.
# Theme sms pon boleh tukar2
#Keyboard memang cantik - tapi leceh sebab dia automatik set perkataan yang kita dah taip .
# Home screen tak terbatas .

Kelemahan dia pada enfon eycha :

* Startup lambat .
* Enfon weng dengan sendirinya .
* Bluetooth problem .
* MMS problem .
* Vibration problem .
* WiFi detect lambat  .

Tapi terpulang juga pada korang kalau nak simpan juga . Yelah sebab cantik kan .. Dan bergaya . Eycha pun tak sanggup nak buang tapi terpaksa sebab makin lama takut makin banyak rosak . Go Launcer umpama virus pada eycha .

Lurve , eycha

Monday, January 14, 2013

" Aku Pun Nak Hutan Kabut Review "

Hello blog ....
Tengah dok walking2 ternampak iklan ni .. Hahah ..
Jom join Segmen ni kalau korang free ..


klik banner ok ?
syarat die sumpah semudah abc ...

Lurve , eycha .

Kucing dan Rantai

Hello blog...
Korang sihat tak ? Eycha tak berapa nak sihat minggu ni .. Penat mungkin . Haaa ... Abai kan ...
Tgk bawah tu ... Budak buruk ni hari sabtu lepas sesat dekat rumah eycha ... Jadi eycha terus kidnap die bawak masuk , silap2 ... Mak sebenarnya yang kidnap eycha jaga line je ..

Kiranya budak buruk ni paling kecik la kat sini( rumah eycha ) .. Budak ni pakai rantai , dan sah2 ni kucing bela .. Eycha tunggu juga org mencari tapi tak ade pulak ... Penat eycha tunggu , last2 eycha decide untuk bela budak ni ....

Benda pertama yang eycha buat adalah menanggalkan rantai yang melingkar pada leher dia ... Eycha sebenarnye tak suka , tak suka , tak suka bila ade rantai pada leher kucing sebab nya ......
Kucing tu akan berkudis kat leher dia . Ok cuba korang bayang kan ... Korang pakai rantai tebal lepas tu tak boleh bukak2 ... Lepas tu masa gatal korang nak garu pun susah . Dah lah gatal , tak boleh digaru lepas tu tak di jaga , di bubuh ubat pun ... Kan kesian tu ...
Macam tu la jadi nye kat budak kecik ni ... Leher die berkudis/berkurap ... Dan selama dua hari ni eycha bubuh ubat alhamdullilah kudis/kurap dia dah berkurangan .

Jadi , bukannya korang tak boleh pakai kan rantai tapi sentiasa jaga dia . Tak pun bila dalam rumah ta payah pakaikan ... Bila bukak pintu tu baru pakai kan ... Tak seksa kan dia kan ...

Sungguh Kurus .



Kepala tu kepala kucing kesayangan eycha MOHD MONTEL

Ha .... Terima kasih sebab sudi singgah ...
Lurve eycha....

Wednesday, January 9, 2013

Nak Jadi MODEL ?

Hello blog ...
Wahai kawan2 bloggers sakalian !
Korang berminat nak jadi model tak ?
Ni tak tipu tau ... Ni betul2 ..
Kalau korang berminat klik kat sini .

Dekat bawah ni eycha sertakan maklumat yang lengkap ....

1st INTAKE ( INTERVIEW & PHOTO SESSION )

Sesi Ujibakat dan Sesi Fotografi untuk profile seragam Model dan Talent (Part Time) BP Models Management akan diadakan pada 19 Januari 2013 bertempat di Aesar Mustafa Studio Setapak dari Jam 10 pagi hingga 5 petang. 

PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA . FREE REGISTRATION
Untuk menjadi sebahagian daripada Models dan Talent #1st Intake, anda mestilah:

1- Warganegara Malaysia
2- Berumur 18 - 35 Tahun
3- Berperwatakan Menarik


Aturcara (individu):
1- Calon perlu Mengisi borang pendaftaran
2- Sesi photoshoot bersama team BPP untuk profile
3- Sesi Pendaftaran Selesai, profile CALON YANG TERPILIH akan dipaparkan di FB dan laman web BPMM.

# PAKAIAN : JEANS DAN TSHIRT HITAM SAHAJA

Kelebihan untuk menjadi sebahagian daripada model dan talent BPMM
1- Peluang untuk sebarang ujibakat / acara / dsb akan dimaklumkan terus kepada anda.

2- Part Time sahaja dan anda boleh juga menyertai agensi agensi lain. Tiada Kontrak ekslusif buat masa ini.

3- Diskaun untuk sebarang produk dan perkhidmatan daripada Net Empire Enterprise (Blackpepper Production / Fadzri Design / BP Models Management ) *TOC applied

4- Akan ditambah dari masa ke semasa

#Sila sahkan dahulu kehadiran anda dengan menghantarkan SMS 'BPMM1 nama dan email anda' ke 017 2971046


Jumpa anda disana!


Haaaa ..... Berminat tak ? Kalau rasa berminat hello2 je nombor 017 2971 046 tu ?
Ok ... Selamat mencuba ....

Sekian ....


Lurve eycha !