When I close my eyes , I see that smile.....

Friday, March 18, 2016

EYCHA DAN AKAUN ! ! !


Hai , hai , hai blog !

Ha , tadi petang big boss naik opis . Tiba - tiba big boss tanya pasal staff baru . Kita jawap la yang budak baru masuk 01/04/2016 . Haaaaa . And guess what .

En. Sani   :  Eycha , nanti belajar buat akaun dengan isna .
Eycha       :  *speechless . Ha ok , boleh En. Sani .
En. Sani    :  Nanti Eycha boleh tukar-tukar dengan isna . 

Ouh mai mai chu olls ... *Pegang pipi sambil menggeleng . Eycha dan akaun akhirnya bertemu juga . Dulu masa kelas akaun kemain nak mengelat tapi akhirnya , jodoh kita dengan akaun amat kuat .! Ha ha ha . Dah sampai masanya kita sahut cabaran akaun tu .

Well , insyaallah kita akan cuba yang terbaik . Nebes tau , selama 3 tahun ni , kita berjimba - jimba dengan payroll je tapi tiba - tiba kene masuk akaun pula . Pergh , good luck ca , good luck . !

Mungkin sebab kak is nak bersalin bulan 8 nanti , tu pasal en.sani mintak eycha belajar akaun untuk jadi pengganti . Kan senang kalau pengganti staff sendiri , sebab sedikit sebanyak kita tahu flow company . Kalau amik orang luar nak kena terang keadaan A - Z amik masa . Tinggal berapa bulan je menanti kak is bersalin . And then En. Sani cakap untuk knowledge eycha juga .

Betul juga tu 3 tahun ni eycha hanya fokus pada payroll . Mungkin en. sani tengok eycha dah boleh pergi next step kot . Rasanya ok kot , kalau orang lain boleh buat , kenapa kita tak boleh kan . Yang penting hati tu kene ikhlas nak menerima .

Yes , kekadang tu benda yang kita paling nak elak lah kita dapat . Tapi , sampai bila nak elak kan ? One day kita kena juga face it all . Actually , eycha cuba menerima akaun sejak kak is cuti 1 bulan balik kampung hari tu . Ha ha ha .

So MYOB Accounting System , wait for me . I promise that i will godek-godek u starting from now !

Ok , sudah - sudah . Kita nak pergi sidai kain , nak kemas rumah semua . Babai .
Trimass ...

Sunday, March 13, 2016

BILA ORANG YANG KAU SUKA JADI SEBAHAGIAN DARIPADA KELUARGA

Hello blog .

Ha , panjang pula tajuk malam ni . Ni tak ada kena-mengena dengan sesiapa tau . Ni hanya nak tahu pandangan bersama je .

Kita bagi satu situation ok . Kita ambil contoh Abang Jodoh tau .
Macam eycha , eycha suka Abang Jodoh . Tapi adik or abang eycha kahwin pula dengan sibling Abang Jodoh . Jadi eycha dengan Abang Jodoh dikira biras eh .? Ala tak reti sangatlah bab ipar-duai , beras-biras ni . Tapi kita rasa biras . Ok sambung balik .

Cuma nak tahulah , apa perasaan engkorang bila berjumpa . Haha . Cuba masa gathering dengan family , tiba-tiba ada that person .? 

Lepas tu kan , lepas tu kan , tiba-tiba pula dapat invitation wedding that person . Kau tak rasa nak puih ke .? Zumba menangis berirama jadinya .

Yang paling tak boleh blah kalau ipar korang dok pot-pet pasal biras korang tu ...? Tak ke engkorang excited sampai ke bulan .? Jangan cakap tak eh , sekeh kepala korang kang ....

Part ni kita paling suka . Konon - konon masa raya , korang ikut ipar korang balik kampung dia . Nak meriahkan cerita , korang single lagi tau dan  that person dah berkahwin . So masa nak bersalaman dipagi raya ,  wife / husband that person bermanja-manjaan depan kau , buat drama air mata barang setitis dua . Hahah . Apa yang kau buat masa tu BERTABAH je . Hahahah .. *padan muka nok . T_T

Lepas tu cerita tak berakhir disitu , masa makan dipagi raya pula , kau terlihat , eh bukan terlihat .. Tapi memang kena lihat adegan suap menyuap that person dengan partner dia . Ha ha ha . Kita ingat mau jadi bubur nasi impit dalam pinggan kau tonyoh . Ha ha ha . *tak kelakar eycha .!

Imaginasi hari raya direka oleh kak daia , kak is dan yana ! Puih la engkorang . Sakit tau kalau jadi cam tu . Dan dah kenapa pulak kita nak pergi umah ipar beraya dipagi hari kan . Imaginasi memasing , kalah sinetron bawang merah bawang putih .

Dah , dah . Mana yang jadi betul-betul dekat diri anda tu , eycha harap korang bertabahlah dan teruskan move on perlahan-lahan . One day rasa tu akan hilang juga cuma bekas je tinggal . :p

Jom tidur .. Trimass .


Sunday, March 6, 2016

Eco Majestic Semenyih .!

Hello blogger ... 

Nah ... Hari ni sugar glider a.k.a adik kita , bawak kita jenjalan ke Eco Majestic Flower Show .

Katanya mula-mula nak tgk wayang . Tapi sebab weekend mesti ramai punya orang . So we olls decide ke ECO MAJESTIC SEMENYIH .

Masa ikut waze tu macam tak confident sgt . Tapi wat lek wat peace ... Ikut je , seram la juga bila nampak sign board ke Seremban dan Johor bagai . Ha ha ha . At last alhamdullilah ... Sampai juga .!!!

Btw hari ni last day tau pesta bunga ni . Yang bestnya ... Masuk percuma . Haaaa .... gila tak best kau . Korang nak masuk byk kali pun tak ape janji tagging masih ditangan . Dan parking sgt pack la citanyaaa .... Memula sampai tu ingat nak park trs kat depan . Sekali jauh nau pula nak masuk ke tempat tu dan disebabkan eycha tak sanggup nak habiskan lemak , sugar glider pon masuk sampai dalam then park berdekatan pintu masuk . Hemo hemo hemo ... So kita layan kan je la gambo2 dibawah ni ok ....

Trimass ...

Thursday, March 3, 2016

Bakal Kecewa

Hello blog ..

Kenapa ni , malam ni kita tak boleh nak lelap mata . Tapi menguap dah berkali - kali .. Seronok kau setan masuk dalam piyut .. Ha ha ha .

Hmmmm ... Bakal kecewa ya ... Macam tau je nasib sejam kemudian macam mana .. Eh actually kita mmg tahu la . Tak dalam masa terdekat ni dalam masa hadapan kita pasti kecewa . Tau tak , abg jodoh kita tu .............. kita hanya mampu pandang dr jauh je . Walaupun dia dekat tapi secara batinnya kami jauh ..... Jauh sangat . ;(

Kekadang tu bila nampak abg jodoh dengan aweks , kita jealous tau .!! Tau , tau , korang mesti nak ckp kenapa pulak nak kene jealous kan kan . Haaaaa .... Korang kene rasa sendiri macam mananya sakit suka kat someone dalam diam .!

Daripada cara dy treat awek dia , mak or siblings dia ... Korang dapat agak dia jenis yang macam mana .. Walaupun sometimes dia notty tapi korang tak boleh nak marah . Sebab korang tahu korang berada dimana . Kekadang tu bila tgk muka penat dia rasa nak je hulur air .

"Nah abg kita ada buat air "

Ha ha ha ... Tu semua puih je ok . Kita tak pilih pun tau untuk suka abg jodoh . Perasaan tu datang bila masa ntah pun kita tak tahu .

Tiap hari kita stand by je kalau dapat kad kawen abg jodoh T_T .... Ha ha ha . Masa tu tak tahulah dapat bertabah atau tak . Buat masa sekarang ni eycha tabah lah lagi .

Kadang tu tertanya juga . Kenapa Allah bagi eycha pilih jalan ni . Sebelum ni kita tak pernah pun perasan ade abg jodoh . Kenapa akhir2 ni baru Allah bg eycha nampak . Then , eycha cuma boleh tgk je . Ha ha ha . Dalam hati ni belum sampai lagi rasa nak memiliki . Tapi kita takut one day rasa nak memiliki dia tu terkeluar . Ouh my my ... Eycha wake up wake up .. Ni semua mimpi je .

*panggilan abg jodoh tu sbb kita ta tahu nama dia . Nanti kita update pasal abg jodoh pulak . (Kalau berani la)

Trimass . :)