When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Sunday, May 29, 2016

Kata - Kata Buat Abg Jodoh #1

Kalau penghuni alam setia menanti kemunculan sang mentari ,
Sedang saya pula setia menanti abg jodoh menyadari kehadiran saya

selamat malam

Thursday, May 19, 2016

HAPPY BIRTHDAY KAK DAIA & KAK ISNA .♥

Jom nyanyi sama - sama .

ALLAH SELAMAT KAN KAMU ,
ALLAH SELAMAT KAN KAMU ,
ALLAH SELAMATKAN KAK DAIA DAN KAK IS ,
ALLAH SELAMATKAN KAMU .

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ,
HAPPY BIRTHDAY TO KAK DAIA & KAK IS ,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU .....

Semoga panjang umur , murah rezeki , bahagia dunia akhirat , jadi mama & ibu yang ohsem dan menjadi akak-akak yang penyayang sentiasa . AMIN .

Acutallykan , kami buat surprise awal , 05/05/2016 . Birthday kak daia yang sebenar 08/05 dan kak is 14/05 . Heee . Maaflah akak - akak , adik - adik akak ni nakal sangat .

Ceritanya begini tau , yang terlibat adalah :

Liyana
Aishah ( Eycha la )
Zeffy
Ezry ( joy )
Nazrul ( tak dapat join pulak )
Emma

Kami punyalah gigih menipu kak is cakap nak celebrate birthday kak daia dekat boat noodle . Ha ha ha . Yang kak is pun percaya lah pembohongan kami . Tiba - tiba 04 / 05 / 2016 kak daia kata tak tahu lagi boleh join makan sama atau tak sebab adik dia bersalin . Ah sudah . Jem terox . Dengan tak mengenal arti kekalahan , kita acah - acah tanya.

Akak , esok macam mana . Tak jadi eh ( suara sedih )
Eh , jadi - jadi . Tak apa akk tengok adik akak petang sikit - kak daia .

05 / 05 / 2016

Nervousnya pagi tu Allah je yang tahu .! Cake eycha order dari SWEET TOOTH VILLE . Makanan pula di LUNCH BOX DELIVERY RM 5.00 . Tau tak , cake kita sampai 12.30 tau . Sangat menepati masa tau dey olls ni . Apa lagi menggelupur kita turun bila dengar cake dah sampai bawah WAWASAN PADU . Ha ha ha . Sebab kami janji nak surprise lunch hour , eycha blank jap . Mana aku nak letak cake ni ! Dah lah besar dan berat !!! Nasib baik yana wasep .

Eycha , aku nampak kau !

Terus kita call yana , then yana kata bawa di caltex !! So cake tu kami simpan di caltex bersama lunch box . Hemo Hemo Hemo . Dan kami pun menanti lah ezry dan zeffy untuk mencari belon pula . Hah ! Ni geram ! ! ! Org dah lah nervous , si zeffy boleh pulak jalan lenggang kangkung dengan bahagianya ke caltex . Choi tau kau ni AP !!! So Ap & Joy bergeraklah mencari belon manakala eycha dan yana bergerak kembali ke office .!

1.00 p.m

Sampailah masanya untuk acara surprise . Yana ajak kak daia pergi office eycha dulu sebab kononnya lah kan , nak pergi makan dekat boat noodle tu naik kereta eycha . Naik kereta sangat nok !! So bila dah sampai mangsa ke office eycha . Eycha ajak yana turun kononnya nak amek kereta sebab kereta eycha kawan yang anto ! Pembohong tau memasing .

Yang sebetulnya , eycha dan yana turun ke caltex menanti Ap dan Joy membawa pulang belon !!! Tengah - tengah menanti tu , ema pula turun ke bawah , kami ingat mangsa - mangsa turun ke bawah . Haaaaa , mencicit lari kami masuk stor caltex . Time tu juga kak daia call .

Eycha : Alamak yana , kak daia call ! *panik
Yana : Jawab je , buat biasa . *sama panik
Eycha : Hello , ha ye kak nape ?
Kak Daia : Eh ca , lama nya , akak dah lapar ni . Guna kereta akak je lah .
Eycha : Eh !! Tak apa kak , kawan kita stuck kat mrr2 . Jap ag dia sampai .
Kak Daia : Hmmm .... Ok lah *benggang lettew .

Tiba- tiba kak is pula call .

Kak Is : Eh eycha , kak syida nak join tau . Akak cakap kita jumpa dekat boat noodle !
Eycha : matilanak (dalam hati ) haaa , haaa , ok . nanti org wasep kak syida .

Ei ... Cabaran betul tau ! Eycha wasep la kat kak syida actually kami nak buat surprise dioffice je dan kami dah beli makanan . Cuma kak syida kene beli makanan sendiri . Kesiann dia . Ouh ya . Actually yang turun tu tukan mangsa - mangsa . Tapi emma ... Phew .. Nak gugur jantung aku tau !

Tak lama kami lepak bawah , Ap dan Joy pulang membawa belon !!! OMG ... Naik motor je babe ! Power tau mereka ! Dan seterusnya , naik lah kami ke office eycha dan membuat surprise !!!
Kak is pun terpana sebab ada nama dia di cake tu !

Ha .. Ha ... Ha ... Ampun maaf dipinta ya kakak - kakak sekalian .....
So nah ! Gambar - gambar kami !










kak daia tu excited nau dapat kek bag . Dua - dua ketar2 nak potong kek .
ha ha ha ha .

trimass ...




Sunday, May 15, 2016

TIBA - TIBA

Hadirnya dia secara tiba - tiba .
Disaat hati tidak bersedia membina tembok penghalang dia muncul .
Walau seketika cukup buat hati bergetar .

Dia punca hati merindu ,
Punca hati berdebar secara tiba - tiba ,
Punca hati bimbang bila memikirkan dirinya .

Tapi kini , hilangnya juga secara tiba-tiba .
Seakan tidak sudi berteman dengan aku lagi .
Dimana silapnya .? Tunjukkan silap itu .

Dan yang terakhirnyaaa ,
Tiba - tiba aku mengantuk weh . Ha ha ha .

Trimass ...

Saturday, May 14, 2016

RINDU

Seringkali aku titipkan rindu diangin lalu .
Tapi rasa rindu tak pernah berkurang .
Bertuahlah siapa yang dapat melepaskan rindu semudah A B C .

Tapi ,
Bagaimana pula dengan aku yang tak terluah rindunya  ?
Sakit , sesak , sebak .?
Hanya hati berulang kali ucap betapa aku rindu .!

Bagaimana boleh kau berjanji tuk tidak merindu .?
Sedangkan aku sentiasa merindui dan bimbangkan kau .!

Rindu ini tak akan pernah berubah dan hanya untuk engkau .
Terima kasih kerana mengembalikan rasa rindu ini  .

#abg jodoh

Monday, May 2, 2016

PENCURI HATI ...

Dear Abg Jodoh ,

Semua yang ada ada pada dirimu ,
Membuat aku ku aku jatuh cinta .
C'mon baby say you love me ....
Dengan tawa tawa riang mu , bikin hati ku jadi rapuh
si Pencuri hati ku ....

Opps sorry guys , ni bukan entry lirik Pencuri Hati ok . Ni nak cerita pasal Abg Jodoh yang dah Curi Hati kita dalam diam ... Ha ha ha .



Ya , kenapa selalu begini ? Actually bukan salah Abg Jodoh pon . Dia tak tahu pun kita suka dekat dia . Dia tak tahu pun dia dah buat hati kita dicuri . Macam mana eh ...? Ha ha ha ... Sakitlah bila stalk  Abg Jodoh , tengok dia punya komen komen tu rasa nak gigit bucu bantal je . 
Ni bukan kisah yang happy tau , ni kisah yang hanya mampu melihat dia dari jauh saja . Kelakar pun ada , tak pernah pun perasan kewujudan dia tapi entah macam mana Allah aturkan untuk kita nampak dia . Mungkin dah lama dia dekat dengan kita tapi kita tak nampak . Once bila dah nampak , rasa lain . Itulah orang tua cakap , soal hati dengan perasaan ni jangan dibuat main . Bila dah ada yang berjaya mematuk hati kau , bisa dia akan merebak ke setiap urat . Sekarang , salahkan diri sendiri ok ! Suka sangat main main ni lah padahnya . Bila org tu dah curi hati kau , nak mintak pulang memang susah .. Sebabnya dia pun tak tahu dia dah ambil hati kau ! Dia pun tak tahu nak pulangkan macam mana . 
So eycha ... Lepas ni jangan banyak sangat main main . Nanti sakit hati tu kene patuk patuk .
Ha Ha Ha . 

Trimass ..