Thursday, June 23, 2016
KOMEN LAYAN GIRLFRIEND LIKE A PRINCESS ..
Saturday, June 4, 2016
Kata - Kata Buat Abg Jodoh #2
Hanya melalui coretan saya meluah segala rasa .
Coretan yang menggunakan nama awak .
Dalam tak sedar byk yang sy luahkan pada awak walau hanya dicontengan ....
Terima kasih kerana berjaya menyedarkan saya kehadiran awak .... ^.^
Sunday, May 29, 2016
Kata - Kata Buat Abg Jodoh #1
Kalau penghuni alam setia menanti kemunculan sang mentari ,
Sedang saya pula setia menanti abg jodoh menyadari kehadiran saya
selamat malam
Thursday, May 19, 2016
HAPPY BIRTHDAY KAK DAIA & KAK ISNA .♥
ALLAH SELAMAT KAN KAMU ,
ALLAH SELAMAT KAN KAMU ,
ALLAH SELAMATKAN KAK DAIA DAN KAK IS ,
ALLAH SELAMATKAN KAMU .
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ,
HAPPY BIRTHDAY TO KAK DAIA & KAK IS ,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU .....
Semoga panjang umur , murah rezeki , bahagia dunia akhirat , jadi mama & ibu yang ohsem dan menjadi akak-akak yang penyayang sentiasa . AMIN .
Acutallykan , kami buat surprise awal , 05/05/2016 . Birthday kak daia yang sebenar 08/05 dan kak is 14/05 . Heee . Maaflah akak - akak , adik - adik akak ni nakal sangat .
Ceritanya begini tau , yang terlibat adalah :
Liyana
Aishah ( Eycha la )
Zeffy
Ezry ( joy )
Nazrul ( tak dapat join pulak )
Emma
Kami punyalah gigih menipu kak is cakap nak celebrate birthday kak daia dekat boat noodle . Ha ha ha . Yang kak is pun percaya lah pembohongan kami . Tiba - tiba 04 / 05 / 2016 kak daia kata tak tahu lagi boleh join makan sama atau tak sebab adik dia bersalin . Ah sudah . Jem terox . Dengan tak mengenal arti kekalahan , kita acah - acah tanya.
Akak , esok macam mana . Tak jadi eh ( suara sedih )
Eh , jadi - jadi . Tak apa akk tengok adik akak petang sikit - kak daia .
05 / 05 / 2016
Nervousnya pagi tu Allah je yang tahu .! Cake eycha order dari SWEET TOOTH VILLE . Makanan pula di LUNCH BOX DELIVERY RM 5.00 . Tau tak , cake kita sampai 12.30 tau . Sangat menepati masa tau dey olls ni . Apa lagi menggelupur kita turun bila dengar cake dah sampai bawah WAWASAN PADU . Ha ha ha . Sebab kami janji nak surprise lunch hour , eycha blank jap . Mana aku nak letak cake ni ! Dah lah besar dan berat !!! Nasib baik yana wasep .
Eycha , aku nampak kau !
Terus kita call yana , then yana kata bawa di caltex !! So cake tu kami simpan di caltex bersama lunch box . Hemo Hemo Hemo . Dan kami pun menanti lah ezry dan zeffy untuk mencari belon pula . Hah ! Ni geram ! ! ! Org dah lah nervous , si zeffy boleh pulak jalan lenggang kangkung dengan bahagianya ke caltex . Choi tau kau ni AP !!! So Ap & Joy bergeraklah mencari belon manakala eycha dan yana bergerak kembali ke office .!
1.00 p.m
Sampailah masanya untuk acara surprise . Yana ajak kak daia pergi office eycha dulu sebab kononnya lah kan , nak pergi makan dekat boat noodle tu naik kereta eycha . Naik kereta sangat nok !! So bila dah sampai mangsa ke office eycha . Eycha ajak yana turun kononnya nak amek kereta sebab kereta eycha kawan yang anto ! Pembohong tau memasing .
Yang sebetulnya , eycha dan yana turun ke caltex menanti Ap dan Joy membawa pulang belon !!! Tengah - tengah menanti tu , ema pula turun ke bawah , kami ingat mangsa - mangsa turun ke bawah . Haaaaa , mencicit lari kami masuk stor caltex . Time tu juga kak daia call .
Eycha : Alamak yana , kak daia call ! *panik
Yana : Jawab je , buat biasa . *sama panik
Eycha : Hello , ha ye kak nape ?
Kak Daia : Eh ca , lama nya , akak dah lapar ni . Guna kereta akak je lah .
Eycha : Eh !! Tak apa kak , kawan kita stuck kat mrr2 . Jap ag dia sampai .
Kak Daia : Hmmm .... Ok lah *benggang lettew .
Tiba- tiba kak is pula call .
Kak Is : Eh eycha , kak syida nak join tau . Akak cakap kita jumpa dekat boat noodle !
Eycha : matilanak (dalam hati ) haaa , haaa , ok . nanti org wasep kak syida .
Ei ... Cabaran betul tau ! Eycha wasep la kat kak syida actually kami nak buat surprise dioffice je dan kami dah beli makanan . Cuma kak syida kene beli makanan sendiri . Kesiann dia . Ouh ya . Actually yang turun tu tukan mangsa - mangsa . Tapi emma ... Phew .. Nak gugur jantung aku tau !
Tak lama kami lepak bawah , Ap dan Joy pulang membawa belon !!! OMG ... Naik motor je babe ! Power tau mereka ! Dan seterusnya , naik lah kami ke office eycha dan membuat surprise !!!
Kak is pun terpana sebab ada nama dia di cake tu !
Ha .. Ha ... Ha ... Ampun maaf dipinta ya kakak - kakak sekalian .....
So nah ! Gambar - gambar kami !
Sunday, May 15, 2016
TIBA - TIBA
Hadirnya dia secara tiba - tiba .
Disaat hati tidak bersedia membina tembok penghalang dia muncul .
Walau seketika cukup buat hati bergetar .
Dia punca hati merindu ,
Punca hati berdebar secara tiba - tiba ,
Punca hati bimbang bila memikirkan dirinya .
Tapi kini , hilangnya juga secara tiba-tiba .
Seakan tidak sudi berteman dengan aku lagi .
Dimana silapnya .? Tunjukkan silap itu .
Dan yang terakhirnyaaa ,
Tiba - tiba aku mengantuk weh . Ha ha ha .
Trimass ...
Saturday, May 14, 2016
RINDU
Seringkali aku titipkan rindu diangin lalu .
Tapi rasa rindu tak pernah berkurang .
Bertuahlah siapa yang dapat melepaskan rindu semudah A B C .
Tapi ,
Bagaimana pula dengan aku yang tak terluah rindunya ?
Sakit , sesak , sebak .?
Hanya hati berulang kali ucap betapa aku rindu .!
Bagaimana boleh kau berjanji tuk tidak merindu .?
Sedangkan aku sentiasa merindui dan bimbangkan kau .!
Rindu ini tak akan pernah berubah dan hanya untuk engkau .
Terima kasih kerana mengembalikan rasa rindu ini .
#abg jodoh
Monday, May 2, 2016
PENCURI HATI ...
Semua yang ada ada pada dirimu ,
Thursday, April 28, 2016
HAPPY BIRTHDAY WAN FARAH NASUHA ..
Sunday, March 13, 2016
BILA ORANG YANG KAU SUKA JADI SEBAHAGIAN DARIPADA KELUARGA
Ha , panjang pula tajuk malam ni . Ni tak ada kena-mengena dengan sesiapa tau . Ni hanya nak tahu pandangan bersama je .
Kita bagi satu situation ok . Kita ambil contoh Abang Jodoh tau .
Macam eycha , eycha suka Abang Jodoh . Tapi adik or abang eycha kahwin pula dengan sibling Abang Jodoh . Jadi eycha dengan Abang Jodoh dikira biras eh .? Ala tak reti sangatlah bab ipar-duai , beras-biras ni . Tapi kita rasa biras . Ok sambung balik .
Cuma nak tahulah , apa perasaan engkorang bila berjumpa . Haha . Cuba masa gathering dengan family , tiba-tiba ada that person .?
Lepas tu kan , lepas tu kan , tiba-tiba pula dapat invitation wedding that person . Kau tak rasa nak puih ke .? Zumba menangis berirama jadinya .
Yang paling tak boleh blah kalau ipar korang dok pot-pet pasal biras korang tu ...? Tak ke engkorang excited sampai ke bulan .? Jangan cakap tak eh , sekeh kepala korang kang ....
Part ni kita paling suka . Konon - konon masa raya , korang ikut ipar korang balik kampung dia . Nak meriahkan cerita , korang single lagi tau dan that person dah berkahwin . So masa nak bersalaman dipagi raya , wife / husband that person bermanja-manjaan depan kau , buat drama air mata barang setitis dua . Hahah . Apa yang kau buat masa tu BERTABAH je . Hahahah .. *padan muka nok . T_T
Lepas tu cerita tak berakhir disitu , masa makan dipagi raya pula , kau terlihat , eh bukan terlihat .. Tapi memang kena lihat adegan suap menyuap that person dengan partner dia . Ha ha ha . Kita ingat mau jadi bubur nasi impit dalam pinggan kau tonyoh . Ha ha ha . *tak kelakar eycha .!
Imaginasi hari raya direka oleh kak daia , kak is dan yana ! Puih la engkorang . Sakit tau kalau jadi cam tu . Dan dah kenapa pulak kita nak pergi umah ipar beraya dipagi hari kan . Imaginasi memasing , kalah sinetron bawang merah bawang putih .
Dah , dah . Mana yang jadi betul-betul dekat diri anda tu , eycha harap korang bertabahlah dan teruskan move on perlahan-lahan . One day rasa tu akan hilang juga cuma bekas je tinggal . :p
Jom tidur .. Trimass .































