When I close my eyes , I see that smile.....

Sunday, March 13, 2016

BILA ORANG YANG KAU SUKA JADI SEBAHAGIAN DARIPADA KELUARGA

Hello blog .

Ha , panjang pula tajuk malam ni . Ni tak ada kena-mengena dengan sesiapa tau . Ni hanya nak tahu pandangan bersama je .

Kita bagi satu situation ok . Kita ambil contoh Abang Jodoh tau .
Macam eycha , eycha suka Abang Jodoh . Tapi adik or abang eycha kahwin pula dengan sibling Abang Jodoh . Jadi eycha dengan Abang Jodoh dikira biras eh .? Ala tak reti sangatlah bab ipar-duai , beras-biras ni . Tapi kita rasa biras . Ok sambung balik .

Cuma nak tahulah , apa perasaan engkorang bila berjumpa . Haha . Cuba masa gathering dengan family , tiba-tiba ada that person .? 

Lepas tu kan , lepas tu kan , tiba-tiba pula dapat invitation wedding that person . Kau tak rasa nak puih ke .? Zumba menangis berirama jadinya .

Yang paling tak boleh blah kalau ipar korang dok pot-pet pasal biras korang tu ...? Tak ke engkorang excited sampai ke bulan .? Jangan cakap tak eh , sekeh kepala korang kang ....

Part ni kita paling suka . Konon - konon masa raya , korang ikut ipar korang balik kampung dia . Nak meriahkan cerita , korang single lagi tau dan  that person dah berkahwin . So masa nak bersalaman dipagi raya ,  wife / husband that person bermanja-manjaan depan kau , buat drama air mata barang setitis dua . Hahah . Apa yang kau buat masa tu BERTABAH je . Hahahah .. *padan muka nok . T_T

Lepas tu cerita tak berakhir disitu , masa makan dipagi raya pula , kau terlihat , eh bukan terlihat .. Tapi memang kena lihat adegan suap menyuap that person dengan partner dia . Ha ha ha . Kita ingat mau jadi bubur nasi impit dalam pinggan kau tonyoh . Ha ha ha . *tak kelakar eycha .!

Imaginasi hari raya direka oleh kak daia , kak is dan yana ! Puih la engkorang . Sakit tau kalau jadi cam tu . Dan dah kenapa pulak kita nak pergi umah ipar beraya dipagi hari kan . Imaginasi memasing , kalah sinetron bawang merah bawang putih .

Dah , dah . Mana yang jadi betul-betul dekat diri anda tu , eycha harap korang bertabahlah dan teruskan move on perlahan-lahan . One day rasa tu akan hilang juga cuma bekas je tinggal . :p

Jom tidur .. Trimass .


2 comments:

  1. haha. lawak la. tp sakit jugak mata ni tgok dia duk memanja gitu...kakaka

    ReplyDelete
  2. hurm , sakit kan . Tapi tak boleh nak buat apa , hanya mampu terus melihat dan tersenyum . Ha ha ha .

    ReplyDelete