When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, July 23, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #11

Hello blog ...

Nah , mood tender dan mood raya bergabung ...


Saturday, April 12, 2014

Mengigau

Hello blog ....

Selamat berhujung minggu pada yang bercuti dan pada korang yang kerja tu.... Hemo... Hemo... Hemo...
Hmmm..... Lately ni eycha asyik dok mengigau je memanjang.... Tah hapew-hapew .... Jadinya tadi dengan rajin nya daku mencari lebai GOOGLE untuk mencari punca-puncanya....

Apa itu mengigau?

  • Mengigau dikategorikan sebagai parasomnia yang bermaksud tingkah laku abnormal atau luar biasa, semasa tidur. Keadaan itu amat biasa berlaku dan tidak dianggap sebagai masalah perubatan. Punca orang mengigau biasanya dikaitkan dengan ubat-ubatan tertentu, emosi, tekanan, demam, gangguan kesihatan mental, dan penyalahgunaan zat. 

Mengapa kita mengigau?
  • mengigau adalah sebahagian daripada mimpi. Secara teori, mimpi adalah sesuatu yang dipendam dalam minda di bawah sedar. Kadang-kadang, apa yang dibicarakan sebelum tidur juga masuk ke dalam minda bawah sedar. Dalam keadaan bermimpi itulah, seseorang boleh tiba-tiba bercakap atau menggumam. 

kredit to NURKIlAN KENIT



Tapi ni nak cerita ape yang eycha dok mengigau bukn sebab-sebab mengigau ok.... Kalau nak tahu lanjut tentang mengigau sila ke blog Nurkilan Kenit ....

Rasa macam tak percaya pun ade daku mengigau... Yelah sebelum-sebelum ni mana ade mengigau sampai kene katok dengan mak.... Yang eycha mengigau bila tido dengan mak je....

Hari tu entah mengigau ape sampai ketawa dalam tido , terus mak bagi hentakan padu ke punggung ... 

" Ape ni mak main pukul-pukul orang tidur " - dengan terkejutnya dari tidur
" Kau tu ha , gelak-gelak nape .? " - dalam nada tahan gelak
" Mana ade gelak mak... " - benggang

Sebelum lena diulit mimpi lagi , sempat lagi eycha dengar mak gelak-gelak... Entah pape mak ni ...

Yang menjadi kemusykilannya , eycha macam ingat yang eycha tengah gurau-gurau dengan kak nur ( kawan sekerja ) Adakah ini terjadi sebab malam tu lepak dengan kak nur dan kak ara sambil bergelak sakan tanpa menghiraukan dunia ...? Mungkin jua lah....

Yang malam tadi pula mengigau pasal kerja ... Ade ke eycha tanya mak pasal kerja....

" Mak , gaji terengganu dah releasekan " ( berulang kali ) Adakah ini sebab eycha fikir pasal kerja yang tak siap-siap tu...? Ha..Ha..Ha...

Yang peliknya eycha boleh ingat ape yang eycha mengigau tu..... Ade juge la yang tak ingat tapi adik eycha pegi bantai rakam pula....

Bongok juga adik aku ni.... Buat malu je bila tengok balik.... Kata adik tu buat bahan bukti ,berdengkur la , ape la , semua yang tahi-tahi die rakam....

Sekian...

Lurve : Eycha Eyching



Tuesday, April 1, 2014

Gentleman Atau Tidak ?

Hello blog....

Ha, post kali ni mungkin agak sensetip bagi kaum Adam.... Tapi kan ni cuma lah luahan rasa dari seorang budak yang bernama eycha.... Post kali ni juga bukan nak mengampu sesiapa tapi cuma dari segi pandangan kasar eycha sahaja ok.... So chill - chill sahaja....

Kepada wanita @ perempuan di luar sana... Sudah semestinya korang suka lelaki yang gentleman kan...?  Definisi gentleman tu bagi eycha terpulang kpd melihatnye.... Contoh nya ade dua pandangan yang berbeza .....

Situasi :- Seorang lelaki menuang air untuk ibunya/kakaknya/ahli keluarganya .. ( selalu jumpa dekat majlis-majlis perkahwinan)

Dari satu pandangan keadaan ni membuatkan lelaki berkenaan nampak gentle sebabnya cara dia melayan ahli keluarganya buat korang rasa yang dia seorang yang bertanggungjawab... ( kononnya)

Satu lagi pandangan bila hati korang yang brutal berkata-kata , "biasalah tu anak amikkan mak ayah makanan tak pun kena paksa amik makanan je"

See , definisi gentle tu terletak pade pandangan korang( perempuan)... Kalau nak kata gentle , lelaki yang tuang air pon bole jadi gentle kalau korang rasa nak.....

Situasi yang eycha alami pula : Eycha bergurau dengan kawan-kawan lelaki eycha tapi sampai satu part tak tahan sangat dengan ejakan diaorang ( selalunya boy , eca dan acap ) eycha akan tarik rambut diaorang.... Yelah idea budak lelaki ni kalau nak membahan memang tak pernah ade penghujungnya..... 

Jadi bila eycha tarik rambut diaorang ( boy , eca dan acap ) selalunya la kan.... Diaorang takkan balas balik dekat eycha.... Sama juga kalau eycha piat telinga diaorang.... Pasrah dan redha la diaorang diperlakukan begitu... Walaupun diaorang mulut macam longkang , mengejek sampai eycha nangis tapi diaorang tak pernah naik tangan dekat eycha...

Tapi ade sorang budak ni, bila eycha tarik rambut dia , automatik dia tarik balik rambut eycha.... Ye , memang la eycha tahu yang kalau kita tarik rambut , orang tu akan sakit.... Tapikan.... Perlu eh balas balik....? Depan yang lain- lain lak tu....  ( so yang ini bagi eycha amatlah tidak gentle )
 
Jadi eycha buat konklusi , tak semestinya yang mulut manis ni sampaikan gigi lagi lembut dari lidah adalah seorang yang gentle.... Kadang-kadang yang mulut longkang ni lagi tahu respect perempuan... 

Jadi dari pandangan eycha , lelaki tu akan sentiasa nampak gentle selagi tangan kaki dia tak naik dan tidak memaki hamun sesuka hati depan public... 

Yang eycha suka kawan dengan budak-budak lelaki kat sini adalah , walaupun diaorang jahat , yes dey'all mmg jahat , mulut puaka sangat.... Tapi diaorang tak pernah suka kalau eycha nak ikut dey'all buat kerja gila.... Even shisha pon diaorang tak bagi... Siap warning cenggini lagi..... 


" Sya , kau kalau isap shisha buruk sial..... Sumpah buruk... " dah lah buruk kena sial lagi... Hai , saba je lah aku.... Boleh dikatakan , kalau korang tak kenal diaorang korang akan judge macam-macam tapi  eycha tetap suka dan sayang kawan-kawan eycha ni.... Termasuk my lil brother la... Sebab dalam tak sedar dey'all sebenarnya taking care about me.....

#walaupun asyik aku je yang nak ingat birthday korang tapi tak pe... Sampai mase rambut mariiii :)

Lurve eycha....

Monday, March 31, 2014

Bos Yang Baik Atau Persekitaran Kerja Yang Baik

Hello blog.....

Hurm..... Hmmm.... Aaaaaa..... O.o Acane nak mula ni .? 
Ok , apa pilihan korang kalau nak mula dekat tempat yang baru..?
Bos yang baik atau persekitaran yang best ? Tak boleh pilih dua-dua ok?
Jadi jom kita rungkaikan sikit masalah ni....

Kalau dapat Bos Yang Baik...

* Jarang kena marah
* Boleh lagi memberi pendapat
* Bos pon boleh beri sedikit sebanyak ilmu yang dia ade
* Rasa hormat tu masih lagi ade dalam diri
* Boleh jadikan dia salah satu idola kita

Kalau dapat Persekitaran Yang Baik

* Dapat menggila dengan rakan sekerja
* Tekanan kerja dapat dikurangkan
* Dapat belajar skop kerja orang lain
* Boleh buat kerja dengan tenang ( sebab kalau kerja pending drang ley tolong )

Jadi macam mana ni.... Sungguh pening...,.

Monday, March 3, 2014

Khas untuk Kak Laila

Hello blog ...

Lama tak update , rasa kaku pula .... Post kali ni memang khas untuk Kak Laila...

Eycha kenal Kak Laila hujung bulan 3 2013 ... Hampir setahun bekerjasama dalam satu company... Orang nye luaran nampak kuat tapi sensetip tau ... Jom kita zoom out in sekejap biodata kak laila ...


Nama : Laila Ainy
Tarikh Lahir : 11 / 10 /1982
Tempat Tinggal : Bukit Sg. Puteh.
Status : Single and Available

inilah hasil tangan ara dan eycha.... maaf kan kami kak laila

abaikan kak ara yang kat sebelah tu...

eycha dan kak laila ....
Dalam masa hampir setahun ni macam-macam yang kita orang kongsi kan ... Suka duka dan gila bersama .. Dah macam kakak sendiri rasanya ... Ape2 je cari kak laila ... Mneggila bersama kak laila dan kak ara sampai lupa dunia ... Ketawa kuat-kuat macam org gila pun bertiga ...

 Tapi sedih , kak laila dah nak tinggal kan kite orang ... Dia nak pergi ke sektor kerajaan pula ... Tapi dalam masa yang sama gembira juga untuk dia , sebab dapat juga masuk gomen ... Penantian selama 14 tahun akhirnya tidak sia-sia ... Esok ujian kesihatan kak laila keluar ... Korang doa-doa kan lah supaya dia lulus ujian tu ...

Walaupun sedih nak berpisah , kak laila kena kuat tau .. Kalau lulus pergi je... Masa depan yang akak nanti-nantikan dah tiba ... Kitaorang kat sini akan tetap ingat akak .. Akak tamau sedih-sedih ok..?

p/s : kalau kak laila baca , jangan nangis pula ye... Sayang kak laila ketat-ketat... Kita doa kan akak berjaya ! Amin

Lurve eycha ...
Ampang...

Wednesday, November 27, 2013

Wordless Wednesday #9

Hello blog ....

Walaupun tekanan demi tekanan mendatang selit kan sebuah senyuman adalah wajib bagi eycha ...





Lurve eycha ....

Excella Business Park , Ampang Hilir

Monday, November 25, 2013

Jujur Pada Kelemahan

Hello blog ...

Tajuk hari ni tak ade kene mengena dengan cerita ' Playboy Itu Suami Aku ' tauuu ... Ni umum , sape nak terasa , terasa lah ...

Mungkin kebanyakan daripada kalangan kita ni malu nak bagitahu kelemahan masing2 , tak ... tak ... tak ... Sebenarnye lebih kepada sembunyi kan kelemahan tu ...

Sama juga macam eycha ... Kekadang tu eksyen punya pasal sanggup jadi 'tikus membaiki labu' ha, hamik kau... Macam tu sekali ... Tapi bila dah lama2 eycha fikir ,

"Kejadah ape aku memandai sendiri kan lebih baik tanya pade yang arif"

Tengok , otak tak serabut orang lain pun tak serabut dengan kerja kita ... Ni kalau korang tak tahu tapi buat2 tahu ,  eksyen punya hal , lepas tu salah buat ... Sape yang harus dipersalahkan ...???

Kelemahan yang ade tu la akan buat kita pandai ... Semua orang ade kelemahan ..

Ingat tak reti bawak basikal tu bukan kelemahan ke ..?? Itu pun salah satu kelemahan kita , tapi kita tahu tu kelemahan kita , kita mintak juga mak ayah ajar ... Macam mana nak kayuh , macam mana nak seimbangkan badan .. Kan ... Kan ... Lama2 kan jadi pandai ... Ini kalau tak reti naik basikal lepas tu orang nak ajar pun sombong , kalau jatuh memang orang tepuk tangan lah ...

Point kat sini simple je , jujur pada kelemahan korang tu , tak tahu cakap je tak tahu ... Orang tak akan marah pun ... Orang lagi akan ajar ade lah ...

Dah lah penat menaip ...

Lurve eycha ...

Sunday, July 28, 2013

Review game ; Asphalt ....

Hello blog ....

Ha , ni nak cerita sikit ni .... Sekarang ni , eycha dok ketagih main game ni pula .... Asphalt ...
Kalau ade masa terluang memang ni je keje eycha ... Korang patut cuba main game ni ... Senang je ... Cuma gerakkan gadget anda ke kiri atau kanan dan tekan nos atau brek bila di perlu kan sahaja ...

Game ni game race .... Jadi amat teruja untuk mendapat kan tempat pertama .. Warna gambar game ni memang tak mengecewa kan ...
Oh ! Ya , pasti kan storage korang ta penuh ok sebab kadang kala akan hang gak ...

Sekian untuk kali ini ...

Lurve , eycha ..
Taman Putra Sulaiman ..

Wednesday, July 3, 2013