When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, April 1, 2014

Gentleman Atau Tidak ?

Hello blog....

Ha, post kali ni mungkin agak sensetip bagi kaum Adam.... Tapi kan ni cuma lah luahan rasa dari seorang budak yang bernama eycha.... Post kali ni juga bukan nak mengampu sesiapa tapi cuma dari segi pandangan kasar eycha sahaja ok.... So chill - chill sahaja....

Kepada wanita @ perempuan di luar sana... Sudah semestinya korang suka lelaki yang gentleman kan...?  Definisi gentleman tu bagi eycha terpulang kpd melihatnye.... Contoh nya ade dua pandangan yang berbeza .....

Situasi :- Seorang lelaki menuang air untuk ibunya/kakaknya/ahli keluarganya .. ( selalu jumpa dekat majlis-majlis perkahwinan)

Dari satu pandangan keadaan ni membuatkan lelaki berkenaan nampak gentle sebabnya cara dia melayan ahli keluarganya buat korang rasa yang dia seorang yang bertanggungjawab... ( kononnya)

Satu lagi pandangan bila hati korang yang brutal berkata-kata , "biasalah tu anak amikkan mak ayah makanan tak pun kena paksa amik makanan je"

See , definisi gentle tu terletak pade pandangan korang( perempuan)... Kalau nak kata gentle , lelaki yang tuang air pon bole jadi gentle kalau korang rasa nak.....

Situasi yang eycha alami pula : Eycha bergurau dengan kawan-kawan lelaki eycha tapi sampai satu part tak tahan sangat dengan ejakan diaorang ( selalunya boy , eca dan acap ) eycha akan tarik rambut diaorang.... Yelah idea budak lelaki ni kalau nak membahan memang tak pernah ade penghujungnya..... 

Jadi bila eycha tarik rambut diaorang ( boy , eca dan acap ) selalunya la kan.... Diaorang takkan balas balik dekat eycha.... Sama juga kalau eycha piat telinga diaorang.... Pasrah dan redha la diaorang diperlakukan begitu... Walaupun diaorang mulut macam longkang , mengejek sampai eycha nangis tapi diaorang tak pernah naik tangan dekat eycha...

Tapi ade sorang budak ni, bila eycha tarik rambut dia , automatik dia tarik balik rambut eycha.... Ye , memang la eycha tahu yang kalau kita tarik rambut , orang tu akan sakit.... Tapikan.... Perlu eh balas balik....? Depan yang lain- lain lak tu....  ( so yang ini bagi eycha amatlah tidak gentle )
 
Jadi eycha buat konklusi , tak semestinya yang mulut manis ni sampaikan gigi lagi lembut dari lidah adalah seorang yang gentle.... Kadang-kadang yang mulut longkang ni lagi tahu respect perempuan... 

Jadi dari pandangan eycha , lelaki tu akan sentiasa nampak gentle selagi tangan kaki dia tak naik dan tidak memaki hamun sesuka hati depan public... 

Yang eycha suka kawan dengan budak-budak lelaki kat sini adalah , walaupun diaorang jahat , yes dey'all mmg jahat , mulut puaka sangat.... Tapi diaorang tak pernah suka kalau eycha nak ikut dey'all buat kerja gila.... Even shisha pon diaorang tak bagi... Siap warning cenggini lagi..... 


" Sya , kau kalau isap shisha buruk sial..... Sumpah buruk... " dah lah buruk kena sial lagi... Hai , saba je lah aku.... Boleh dikatakan , kalau korang tak kenal diaorang korang akan judge macam-macam tapi  eycha tetap suka dan sayang kawan-kawan eycha ni.... Termasuk my lil brother la... Sebab dalam tak sedar dey'all sebenarnya taking care about me.....

#walaupun asyik aku je yang nak ingat birthday korang tapi tak pe... Sampai mase rambut mariiii :)

Lurve eycha....

No comments:

Post a Comment