When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Saturday, April 12, 2014

Mengigau

Hello blog ....

Selamat berhujung minggu pada yang bercuti dan pada korang yang kerja tu.... Hemo... Hemo... Hemo...
Hmmm..... Lately ni eycha asyik dok mengigau je memanjang.... Tah hapew-hapew .... Jadinya tadi dengan rajin nya daku mencari lebai GOOGLE untuk mencari punca-puncanya....

Apa itu mengigau?

  • Mengigau dikategorikan sebagai parasomnia yang bermaksud tingkah laku abnormal atau luar biasa, semasa tidur. Keadaan itu amat biasa berlaku dan tidak dianggap sebagai masalah perubatan. Punca orang mengigau biasanya dikaitkan dengan ubat-ubatan tertentu, emosi, tekanan, demam, gangguan kesihatan mental, dan penyalahgunaan zat. 

Mengapa kita mengigau?
  • mengigau adalah sebahagian daripada mimpi. Secara teori, mimpi adalah sesuatu yang dipendam dalam minda di bawah sedar. Kadang-kadang, apa yang dibicarakan sebelum tidur juga masuk ke dalam minda bawah sedar. Dalam keadaan bermimpi itulah, seseorang boleh tiba-tiba bercakap atau menggumam. 

kredit to NURKIlAN KENIT



Tapi ni nak cerita ape yang eycha dok mengigau bukn sebab-sebab mengigau ok.... Kalau nak tahu lanjut tentang mengigau sila ke blog Nurkilan Kenit ....

Rasa macam tak percaya pun ade daku mengigau... Yelah sebelum-sebelum ni mana ade mengigau sampai kene katok dengan mak.... Yang eycha mengigau bila tido dengan mak je....

Hari tu entah mengigau ape sampai ketawa dalam tido , terus mak bagi hentakan padu ke punggung ... 

" Ape ni mak main pukul-pukul orang tidur " - dengan terkejutnya dari tidur
" Kau tu ha , gelak-gelak nape .? " - dalam nada tahan gelak
" Mana ade gelak mak... " - benggang

Sebelum lena diulit mimpi lagi , sempat lagi eycha dengar mak gelak-gelak... Entah pape mak ni ...

Yang menjadi kemusykilannya , eycha macam ingat yang eycha tengah gurau-gurau dengan kak nur ( kawan sekerja ) Adakah ini terjadi sebab malam tu lepak dengan kak nur dan kak ara sambil bergelak sakan tanpa menghiraukan dunia ...? Mungkin jua lah....

Yang malam tadi pula mengigau pasal kerja ... Ade ke eycha tanya mak pasal kerja....

" Mak , gaji terengganu dah releasekan " ( berulang kali ) Adakah ini sebab eycha fikir pasal kerja yang tak siap-siap tu...? Ha..Ha..Ha...

Yang peliknya eycha boleh ingat ape yang eycha mengigau tu..... Ade juge la yang tak ingat tapi adik eycha pegi bantai rakam pula....

Bongok juga adik aku ni.... Buat malu je bila tengok balik.... Kata adik tu buat bahan bukti ,berdengkur la , ape la , semua yang tahi-tahi die rakam....

Sekian...

Lurve : Eycha Eyching



No comments:

Post a Comment