When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, December 24, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #13 - MERRY X - MAS

Hello blog ...

Nah , selamat menyambut hari krismas pada yang menyambutnya ... Google pon sambut tau , ni pic dari e-mel yahoo .. :)


SEKIAN .

Wednesday, November 19, 2014

Wordless Wednesday #12 - Kau Ingat Kau Dapat .?

Hello blog ...

Nah , ni nak cakap la ... Dalam hidup ni jangan mimpilah semua yang korang nak korang dapat .. Mesti ade je yang korang tak dapat .... Okeh . ..

Friday, November 14, 2014

DAH SEDIA NAK MELANGKAH KE TAHUN BARU

Hello korang ...

Sedar ke korang yang kita tinggal lagi sebulan lebih je nak melangkah ke tahun baru . Ngeh . Mst korang sibuk dok pasang azam itu dan ini kan ..?
Azam menabung ade selitkan sekali ta ..? Tahun depan dah start GST .. Hemo , hemo , hemo ....

Macam - macam variasi dengar bila na melangkah ke tahun baru ni .. Ada yang bakal menjadi mak - mak , yang bakal kawen , best nya korang ...

Nak tahu juga la kan , korang da sedia ke nak tinggalkan tahun 2014 ni ...?

Bagi yang berazam tu , macam mana..? Dah tercapai goals korang ..? Semoga azam korang tercapai sebelum hujung tahun..

Monday, November 10, 2014

Lawatan Tapak...!!!

Hello blog....

Waaaaaaaa....... Rasanya dah lama tak pergi lawatan tapak ..... Aummmm .. Rindu rasanya nak berjalan-jalan kesana kemari ... Wohoooo ... Tp hari ni eycha berkesempatan menghadiri taklimat lawatan tapak di JAWI ... Heh ... Jom zoom out in aktiviti hari ini ..

Actually eycha came with some other guys... But they just to shy to take a selfie with me.... So that guys who took a picture with eycha is Razif from Strategy Services . And that girl is Liyana from Silver Shield Force Security Services Sdn Bhd .. Waaaaaa ..

So , that my story for today  ... Till we meet again. 

Thank you.....

Sunday, November 9, 2014

MASA DEPAN , BAGAIMANAKAH ANDA..?

Hello blog ... Malam ni kita soh - seh jap pasal masa depan kita ...

Rasanya dulu tak pernah terfikir pun macam mana diri kita masa depan nanti . Yang kita tahu makan , main , gaduh ... Rasanya lagi seronok jadi kanak - kanak riang yang cuma tahu nak bergumbira sahaja ... Agak - agak korang bila korang mula fikir pasal masa depan ..?

Eycha pernah terfikir masa tingkatan 5 ... Masa tu rasa macam tak boleh je nak survive sendiri .. Rasa macam takut je nak melangkah ke alam lain . Ye la u olls , masa sekolah dulu , tahu ade je duit dalam poket baju tu ha , tapi sekarang ni kene fikir macam mana nak adakan duit dalam poket ... Serius tak best  ... Tapi alhamdullilah , sejak - sejak melangkah ke alam 20an ni masih lagi boleh men'survive' , itu pun ada mintak lagi kat ayah dan mak ... >.<

Sekarang ni pulak dok fikir , macam mana nanti kalau dah tak duduk dengan mak dan ayah ( berkahwin) *tampar pipi lelaju ... Agak - agak macam mana lah nanti bila kena survive dengan orang yang baru kenal kita 4 - 5 tahun ... Tak kuad rasanya mahu menghadapinya .. Kalau bergerak solo mungkinlah kita boleh survive sendiri tapi bila berdua  , bertiga dan sebagainya rasa macam tak boleh je . Tapi ye la kan , percaturan yang dah diatur kita mana tahukan ...

Lepas tu terfikir juga , macam mana lah kalau dah tua nanti ... Agak - agak jadi macam mak atau ayah kita tak ... Tengok mak korang sekarang , mesti kuat bebel kan ... Hahahah ... Entah macam mana lah kalau eycha membebel itu dan ini ... Mesti rasa na tampo - tampo je ...

Sebelum menghadapi masa depan kita kena stand by  dari sekarang . At least  bila masa depan dah muncul kita dah ready  dengan segala kemungkinan yanga akan berlaku ... Heeee ....

Sekian bakal masa depan ...

Tuesday, November 4, 2014

KATA - KATA HATI #2

Holla blog ....

Nyaaaaa ... Malam ni kita na bercerita tentang APA LAGI YANG KALIAN MAHU ( PUAS HATI)
Mana - mana kita pergi  , mesti ade je jumpa orang yang tak puas hati dengan kita kan ... Tapi macam mana lagi nak puaskan hati mereka kalau buat itu salah , buat ini salah... Semua tak kena dimata mereka...

Yeah memang typical people , ada saja yang tak puas hati... Tapi eycha nak tanya la pada korang - korang yang asyik tak puas hati , tak puas mata , tak puas telinga , tak puas segala - galanya tu .... Tak penat ke asyik nak dok tak PUAS itu dan ini ... Kenapa benda yang kecil pon engkorang nak jadikan isu sampai satu kampong heboh ....?

Kemon lah , we olls da di alam 2014 tau ... Bukan alam 50an dan 60an ... Kembangkan sikit otak korang tu .. Biar sel - sel berhubung sikit ... Jangan asyik nak cari pasal je , lepas tu mula la mulut tu pon dok berjalan ... Lepas dah habis satu part , carik lagi part lain yang bole dibuat berentap ...

Dey ... ! Engkorang nak apa lagi ye dari daku ..? Rasanya kita tak berkaitan pun , tapi kenapa ye ...? KENAPA YE ..? Mulut , Mulut tu tah gheti nak duduk diam ...? Sebok nak cari bahan gossip dah kenapa ..? Apa lagi yang kalian tak puas hati ...?

Kalau korang tak nak jumpa eycha depan -depan ... Apa kata bagi e-mel layang ke.... Surat layang ke ...? Tak pun balas je kat bahgian komen bawah ni ... Habis cerita kan ... Engkorang ingat daku ini hapew ? Anak patung ...? Kalau rasa tak puas hati dengan eycha bagi tau sendiri jangan bawak mulut kehujung sungai nun ....

Nak kata engkorang cemburu dengan eycha , macam tak logik sebab nya engkorang lagi mewah dan senang - lenang ... Jadi , ape eh MASALAH engkorang ni ...? APA LAGI YANG KALIAN MAHU ..?

* sekian daun keladi , nanti jumpa lagi....

Saturday, October 25, 2014

KATA - KATA HATI #1

Dimalam yang sunyi ini ,
Bersaksikan bulan yang berselindung dibalik awan ,
Aku mengimbas kembali perjalan hidup ini ,
Entah dimana silapnya ,
Langkah yang selama ini tersusun cantik
Kini bertukar sumbang .

Setiap kata yang terucap tidak lagi berbunga riang ,
Kata - kata ku kini semua berbunyi sindiran ,
Ada hati yang terluka tidak aku hiraukan lagi ,
Saban hari kata-kataku mengguris hatinya .

Berubahkah aku ..?
Mungkin Ya ..!
Kenapa ya ..?
Tanya pada diri kau sendiri ...!

Aku bukan jenis yang gemar mengguris hati orang ,
Tapi kau yang berkehendak begitu ,
Permainan yang kau mulakan ,
Akan aku sudahkan ..



Aishah Kamarulzaman




Wednesday, July 23, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #11

Hello blog ...

Nah , mood tender dan mood raya bergabung ...


Saturday, April 12, 2014

Mengigau

Hello blog ....

Selamat berhujung minggu pada yang bercuti dan pada korang yang kerja tu.... Hemo... Hemo... Hemo...
Hmmm..... Lately ni eycha asyik dok mengigau je memanjang.... Tah hapew-hapew .... Jadinya tadi dengan rajin nya daku mencari lebai GOOGLE untuk mencari punca-puncanya....

Apa itu mengigau?

  • Mengigau dikategorikan sebagai parasomnia yang bermaksud tingkah laku abnormal atau luar biasa, semasa tidur. Keadaan itu amat biasa berlaku dan tidak dianggap sebagai masalah perubatan. Punca orang mengigau biasanya dikaitkan dengan ubat-ubatan tertentu, emosi, tekanan, demam, gangguan kesihatan mental, dan penyalahgunaan zat. 

Mengapa kita mengigau?
  • mengigau adalah sebahagian daripada mimpi. Secara teori, mimpi adalah sesuatu yang dipendam dalam minda di bawah sedar. Kadang-kadang, apa yang dibicarakan sebelum tidur juga masuk ke dalam minda bawah sedar. Dalam keadaan bermimpi itulah, seseorang boleh tiba-tiba bercakap atau menggumam. 

kredit to NURKIlAN KENIT



Tapi ni nak cerita ape yang eycha dok mengigau bukn sebab-sebab mengigau ok.... Kalau nak tahu lanjut tentang mengigau sila ke blog Nurkilan Kenit ....

Rasa macam tak percaya pun ade daku mengigau... Yelah sebelum-sebelum ni mana ade mengigau sampai kene katok dengan mak.... Yang eycha mengigau bila tido dengan mak je....

Hari tu entah mengigau ape sampai ketawa dalam tido , terus mak bagi hentakan padu ke punggung ... 

" Ape ni mak main pukul-pukul orang tidur " - dengan terkejutnya dari tidur
" Kau tu ha , gelak-gelak nape .? " - dalam nada tahan gelak
" Mana ade gelak mak... " - benggang

Sebelum lena diulit mimpi lagi , sempat lagi eycha dengar mak gelak-gelak... Entah pape mak ni ...

Yang menjadi kemusykilannya , eycha macam ingat yang eycha tengah gurau-gurau dengan kak nur ( kawan sekerja ) Adakah ini terjadi sebab malam tu lepak dengan kak nur dan kak ara sambil bergelak sakan tanpa menghiraukan dunia ...? Mungkin jua lah....

Yang malam tadi pula mengigau pasal kerja ... Ade ke eycha tanya mak pasal kerja....

" Mak , gaji terengganu dah releasekan " ( berulang kali ) Adakah ini sebab eycha fikir pasal kerja yang tak siap-siap tu...? Ha..Ha..Ha...

Yang peliknya eycha boleh ingat ape yang eycha mengigau tu..... Ade juge la yang tak ingat tapi adik eycha pegi bantai rakam pula....

Bongok juga adik aku ni.... Buat malu je bila tengok balik.... Kata adik tu buat bahan bukti ,berdengkur la , ape la , semua yang tahi-tahi die rakam....

Sekian...

Lurve : Eycha Eyching



Tuesday, April 1, 2014

Gentleman Atau Tidak ?

Hello blog....

Ha, post kali ni mungkin agak sensetip bagi kaum Adam.... Tapi kan ni cuma lah luahan rasa dari seorang budak yang bernama eycha.... Post kali ni juga bukan nak mengampu sesiapa tapi cuma dari segi pandangan kasar eycha sahaja ok.... So chill - chill sahaja....

Kepada wanita @ perempuan di luar sana... Sudah semestinya korang suka lelaki yang gentleman kan...?  Definisi gentleman tu bagi eycha terpulang kpd melihatnye.... Contoh nya ade dua pandangan yang berbeza .....

Situasi :- Seorang lelaki menuang air untuk ibunya/kakaknya/ahli keluarganya .. ( selalu jumpa dekat majlis-majlis perkahwinan)

Dari satu pandangan keadaan ni membuatkan lelaki berkenaan nampak gentle sebabnya cara dia melayan ahli keluarganya buat korang rasa yang dia seorang yang bertanggungjawab... ( kononnya)

Satu lagi pandangan bila hati korang yang brutal berkata-kata , "biasalah tu anak amikkan mak ayah makanan tak pun kena paksa amik makanan je"

See , definisi gentle tu terletak pade pandangan korang( perempuan)... Kalau nak kata gentle , lelaki yang tuang air pon bole jadi gentle kalau korang rasa nak.....

Situasi yang eycha alami pula : Eycha bergurau dengan kawan-kawan lelaki eycha tapi sampai satu part tak tahan sangat dengan ejakan diaorang ( selalunya boy , eca dan acap ) eycha akan tarik rambut diaorang.... Yelah idea budak lelaki ni kalau nak membahan memang tak pernah ade penghujungnya..... 

Jadi bila eycha tarik rambut diaorang ( boy , eca dan acap ) selalunya la kan.... Diaorang takkan balas balik dekat eycha.... Sama juga kalau eycha piat telinga diaorang.... Pasrah dan redha la diaorang diperlakukan begitu... Walaupun diaorang mulut macam longkang , mengejek sampai eycha nangis tapi diaorang tak pernah naik tangan dekat eycha...

Tapi ade sorang budak ni, bila eycha tarik rambut dia , automatik dia tarik balik rambut eycha.... Ye , memang la eycha tahu yang kalau kita tarik rambut , orang tu akan sakit.... Tapikan.... Perlu eh balas balik....? Depan yang lain- lain lak tu....  ( so yang ini bagi eycha amatlah tidak gentle )
 
Jadi eycha buat konklusi , tak semestinya yang mulut manis ni sampaikan gigi lagi lembut dari lidah adalah seorang yang gentle.... Kadang-kadang yang mulut longkang ni lagi tahu respect perempuan... 

Jadi dari pandangan eycha , lelaki tu akan sentiasa nampak gentle selagi tangan kaki dia tak naik dan tidak memaki hamun sesuka hati depan public... 

Yang eycha suka kawan dengan budak-budak lelaki kat sini adalah , walaupun diaorang jahat , yes dey'all mmg jahat , mulut puaka sangat.... Tapi diaorang tak pernah suka kalau eycha nak ikut dey'all buat kerja gila.... Even shisha pon diaorang tak bagi... Siap warning cenggini lagi..... 


" Sya , kau kalau isap shisha buruk sial..... Sumpah buruk... " dah lah buruk kena sial lagi... Hai , saba je lah aku.... Boleh dikatakan , kalau korang tak kenal diaorang korang akan judge macam-macam tapi  eycha tetap suka dan sayang kawan-kawan eycha ni.... Termasuk my lil brother la... Sebab dalam tak sedar dey'all sebenarnya taking care about me.....

#walaupun asyik aku je yang nak ingat birthday korang tapi tak pe... Sampai mase rambut mariiii :)

Lurve eycha....

Monday, March 31, 2014

Bos Yang Baik Atau Persekitaran Kerja Yang Baik

Hello blog.....

Hurm..... Hmmm.... Aaaaaa..... O.o Acane nak mula ni .? 
Ok , apa pilihan korang kalau nak mula dekat tempat yang baru..?
Bos yang baik atau persekitaran yang best ? Tak boleh pilih dua-dua ok?
Jadi jom kita rungkaikan sikit masalah ni....

Kalau dapat Bos Yang Baik...

* Jarang kena marah
* Boleh lagi memberi pendapat
* Bos pon boleh beri sedikit sebanyak ilmu yang dia ade
* Rasa hormat tu masih lagi ade dalam diri
* Boleh jadikan dia salah satu idola kita

Kalau dapat Persekitaran Yang Baik

* Dapat menggila dengan rakan sekerja
* Tekanan kerja dapat dikurangkan
* Dapat belajar skop kerja orang lain
* Boleh buat kerja dengan tenang ( sebab kalau kerja pending drang ley tolong )

Jadi macam mana ni.... Sungguh pening...,.

Monday, March 3, 2014

Khas untuk Kak Laila

Hello blog ...

Lama tak update , rasa kaku pula .... Post kali ni memang khas untuk Kak Laila...

Eycha kenal Kak Laila hujung bulan 3 2013 ... Hampir setahun bekerjasama dalam satu company... Orang nye luaran nampak kuat tapi sensetip tau ... Jom kita zoom out in sekejap biodata kak laila ...


Nama : Laila Ainy
Tarikh Lahir : 11 / 10 /1982
Tempat Tinggal : Bukit Sg. Puteh.
Status : Single and Available

inilah hasil tangan ara dan eycha.... maaf kan kami kak laila

abaikan kak ara yang kat sebelah tu...

eycha dan kak laila ....
Dalam masa hampir setahun ni macam-macam yang kita orang kongsi kan ... Suka duka dan gila bersama .. Dah macam kakak sendiri rasanya ... Ape2 je cari kak laila ... Mneggila bersama kak laila dan kak ara sampai lupa dunia ... Ketawa kuat-kuat macam org gila pun bertiga ...

 Tapi sedih , kak laila dah nak tinggal kan kite orang ... Dia nak pergi ke sektor kerajaan pula ... Tapi dalam masa yang sama gembira juga untuk dia , sebab dapat juga masuk gomen ... Penantian selama 14 tahun akhirnya tidak sia-sia ... Esok ujian kesihatan kak laila keluar ... Korang doa-doa kan lah supaya dia lulus ujian tu ...

Walaupun sedih nak berpisah , kak laila kena kuat tau .. Kalau lulus pergi je... Masa depan yang akak nanti-nantikan dah tiba ... Kitaorang kat sini akan tetap ingat akak .. Akak tamau sedih-sedih ok..?

p/s : kalau kak laila baca , jangan nangis pula ye... Sayang kak laila ketat-ketat... Kita doa kan akak berjaya ! Amin

Lurve eycha ...
Ampang...