When I close my eyes , I see that smile.....

Saturday, January 19, 2013

Sedekah seikhlas nya ...

Hello blog ...
Hari cuti ni ta kemana kah ?
Eycha pon dok belingkar je dekat rumah ... Fulus tak ade , tu yang malas nak keluar . Baru tengah bulan dah habis duit .... Bulan ni enjoy lebih sangat .. Hahah.. Ok ini bulan entry pasal fulus tapi pasal sedekah , jom zoom out in ..

Cakap pasal sedekah mesti kita akan dengar banyak konklusinya . Peminta2 sedekah ni tak kira usia . Budak2 pun ade juga yang jadi peminta sedekah . Paling famous dekat pasar malam .... Dari hujung sampai ke hujung pasar malam ade je yang meminta .. Ok jom kita bincangkan pasal ni ...

Dulu masa sekolah , ade sorang cikgu eycha ni cakap .

" Cuba you all fikir balik , yang cacat2 tu macam mana dia datang ke pasar malam ... Ini semua nya sindikit "
" Duit yang you orang bagi tu bukan dia guna tapi dia bagi dekat big boss dia "

Tak dinafikan ade betulnya cakap cikgu eycha tu .. Bila datang je peminta sedekah ni ramai org akan fikir banyak kali nak derma ke tak nak ... Sebab korang fikir macam ni kan ..

#1 Kalau bagi sorang nanti 10 orang datang kerumun .

#2 Bukannya dia guna untuk makan tapi untuk boss dia .

#3 Bukan boleh percaya dia ni ...

Tak pun masa dekat MCD ... Kompem banyaklah ... Lagi satu depan bank .. Paling famous MAYBANK .... Haha .. Siape selalu g bank tahu lah kan ?

Kan... Kan... Kan ... Dulu eycha pun fikir macam tu juga tapi bulan lepas masa eycha lepak dengan abang eycha dekat kedai makan , datang peminta sedekah dan abang eycha terus bagi . Dia cakap ..

" Kalau kau nak derma , kau bagi je . Jangan kau fikir dia nak beli dadahlah , beli bukan2 .. Tu hal dia dengan Allah.. Kita sedekah ni kena ikhlas .."

Yang mintak sedekah tu perempuan , seorang buta dan seorang guide ... Lepas tu eycha tengok je diaorang .. Dia orang beli air tin satu kongsi 2 org . Terdetik rasa kesian . Ingat nak belanja diaorang makan .. Bila eycha nak orderkan untuk diaorang , diaorang dah tak ade ....

Sedekah tu amalan yang mulia kan jadi eycha nak dapat pahala dengan amalan tu . Kalau tak nak sedekah cakap je dekat diaorang "TAK" lepas tu tak payah fikir bukan2 buat dosa kering je ... Kalau nak bagi , pastikan seikhlas hati korang ... Ok ?? Ok babai ..

Lurve eycha ......

2 comments:

  1. betul tuh... sedekah itu amalan yg mulia..

    ReplyDelete
  2. Akak pon tengah tadak duet ni huhu...
    murni nyer Echa..haha

    ReplyDelete