When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 15, 2013

Go Launcer Pada Android

Hello blog ...
Selamat pagi ...
Di pagi yang tak berapa nak pagi ni , eycha nak kongsi sesuatu yang mungkin korang dah tahu atau belum tahu . Eycha pun baru tahu pasal enfon eycha weng ... Ni minggu depan ingat nak hantar dekat center . Seiring dengan zaman yang dah ter'moden ' ni eycha pasti dan yakin ramai antara korang guna Android kan ?  Mak mertua pak cik eycha pun guna S3 . Ha... Korang lagi la meletop2 kan... 

Ok jom cerita pasal Go Launcer ni . Kalau korang pegi dekat ' market ' mesti korang ade nampak Go Launcer , Go SMS pro , Go keyboard & macam2 Go lagi .... Eycha sarankan agar korang yang dah install  buanglah segala Go tu. Sebab nya dah 2 , 3 buah kedai eycha terjah bila cakap je eycha masukkan Go Launcer terus diaorang geleng kepala . Agak kiciwa disitu .

Kesan Go Launcer ni lambat so korang tak kan perasan . Macam eycha syukurlah cepat sedar . Eycha perasan lepas install Go Launcer ni , bluetooth jadi tak betul . Orang tak dapat detect device eycha . Eycha ingat tu pasal enpon eycha berat ke , virus ke . So eycha buat diam jelah . Yang terbaru ni tiba2 vibration tak boleh guna . Kalau silent kan memang parah sebab kalau orang telefon atau mesej masuk memang tak ada vibrate .   Yang paling benggang eycha tak boleh hantar mms & receive mms . Jadi minggu lepas eycha terpaksa pegi kedai , lepas tu Amoi tu marah .

" Haiya , kan saya dah pesan Go Launcer jangan masuk "
" Ye ke ada cakap . Saya tak ingat pun ."

Amoi tu kata Go Launcer boleh masuk dekat enfon yang android version dia 1.0 dan seangkatan nye kot tak silap . Eycha punye Gingerbread memang tak digalakkan untuk install Go Launcer . Gingerbread pon ta bule lagi la Ice cream Sandwich kan..

Memang tak dinafikan , Go Launcer ni banyak kelebihan ... Contoh :

#Theme yang pelbagai & cantik2.
# Theme sms pon boleh tukar2
#Keyboard memang cantik - tapi leceh sebab dia automatik set perkataan yang kita dah taip .
# Home screen tak terbatas .

Kelemahan dia pada enfon eycha :

* Startup lambat .
* Enfon weng dengan sendirinya .
* Bluetooth problem .
* MMS problem .
* Vibration problem .
* WiFi detect lambat  .

Tapi terpulang juga pada korang kalau nak simpan juga . Yelah sebab cantik kan .. Dan bergaya . Eycha pun tak sanggup nak buang tapi terpaksa sebab makin lama takut makin banyak rosak . Go Launcer umpama virus pada eycha .

Lurve , eycha

2 comments:

  1. same goes to me. I pakai ICS. Terpaksa buang Go Launcher. Mmg performance fon jadi slow gilaa. :(

    ReplyDelete
  2. Terpaksa buang untuk kebaikan enfon .

    ReplyDelete