When I close my eyes , I see that smile.....

Friday, January 18, 2013

Mimpi yang memenatkan

Hello blog .....

Ade lagi ke yang belum tidur ni ? hmm .. hmm ... Jam menunjukkan pukul 1.28 pagi .... Ape yang mengganggu korang sampai ta tidur ? hmm ... hmm .. Tanya orang diri sendiri pon sama ... Eycha ta tidur pasal takut mimpi yang sama lagi ..

2 malam ni eycha asyik mimpi yang buat eycha penat bila bangun ... Haip !!!! Bkn mimpi bebukan ye ...! Korang pernah ta rasa macam yang eycha rasa skg ?

Mimpi pertama :

Dekat laut yang luas , eycha atas kapal lepas tu tiba2 dalam kapal tu ade rusuhan .. Untuk selamatkan nyawa eycha terpakse terjun ke laut ... Berenang punye berenang akhirnye sampai juge dekat darat . Yang pelik nye bila bangun eycha rase tangan ni lenguh & kaki cramp ..

Mimpi kedua ( semalam )

Eycha tak tahu kenapa ade org ramai keja eycha dengan 2 org lagi kawan eycha ni ( perempuan & lelaki ) kita orang bertiga lari nak selamatkan diri . Lepas tu eycha terpisah dari 2 kawan eycha tu entah macam mana boleh jumpa diaorang menyorok . Lepas tu kawan lelaki eycha tu demam . Eycha dengan kawan perempuan pegi la beli ubat .. Tengah2 beli ubat masa nak bayar tiba2 penjual tu macam melengahkan masa jadi kitaorg syak ada yang tak kena . Terus je eycha bergelut dengan penjual tu sebab nak ubat .

Last2 keluar dari kedai ubat , kawan perempuan eycha pegi bagi ubat dekat kawan lelaki tu . Dan sekali lagi org ramai keja kitaorg ber3 . Sebab eycha duduk jauh sikit dari kawan2 eycha , sekali lagi eycha terpisah dengan diaorang .

Eycha terpaksa berlari dan menyorok nak selamatkan diri . Orang kata kalau mimpi kita , kita boleh buat ape je yang kita suka kan !? Masa dalam mimpi tu eycha nak laut supaya boleh terjun dan selamatkan diri . Tapi sungguh hampa ... Tak ada laut ... Puas eycha pusing2 .

Tiba2 mimpi beralih , eycha ade dekat rumah eycha . Oh mai .... Eycha di tawan dalam rumah sendiri . Yang peliknya eycha ade dalam bilik sendiri pulak tu ... Ade dua org yang jaga ... Eycha buntu nak melepaskan diri . Bila eycha bukak laci , eycha nampak telefon moshi2 tu dan ' roti kering ' ..

Tibe2 sorang penjaga ni masuk & eycha hentak kepala dia gun telefon moshi2 tu ... Yang lagi sorang tgh dok rehat kat sofa tu eycha tenyeh muka dia guna ' roti kering' ... Eycha kembali berlari ... Sampai dekat moto eycha nampak moto diikat pakai tali rapia eycha rentap je ... Start moto dan blah ... Ingat dah habis ...

Boleh pulak diaorg keja guna moto .. Sekali lagi eycha hampa dengan mimpi tu sebab eycha mintak ade paku supaya motor diaorg pancit langga paku tapi tadew ... Lepas tu eycha nampak polis dekat tepi jalan ... Eycha pegi dekat polis tu mintak tolong . Lepas tu eycha dah ta ingat ape jadi ...

Sedar2 pukul 09.15 pagi ... Waaaaa , lambat gila nak pegi keje . Tadi mandi pon dalam mata tertutup .. Badan lesu dan terasa sangat penatnya . Sampai bawak moto pon macam org mabuk .

Last2 tengah hari eycha bantai tidur sejam 15 minit ... Hahahaha ...

Ok lah nak tido lah blog ... Babaiii ...

Lurve eycha ...

2 comments:

  1. mimpi yg memenatkan..... remy yg baca pun penat rasanya........
    pernah juga terjadi...... nanti mlm baca surah apa2 yg patut...sebelum tido.....mintak doa sepaya dpt tido lena....

    ReplyDelete
  2. Mengikut pengalaman mak akak, mimpi echa ni tanda baik.. Echa ade satu benda/keinginan yang Echa nak tapi susah nak dapat.. xper cepat berjaya kalau berusaha..
    SATU lagi! mimpi selepas S.U.B.U.H hanyalah mainan mimpi!

    ReplyDelete