Hello blog ....
Akhirnya .... Dapat juga episode terakhir Maid Maiden ... Terima kasih kaoru ....
Wednesday, January 23, 2013
Wordless Wednesday #6 - Maid Maiden
Tuesday, January 22, 2013
Bersyukurlah korang ...
Hello blog ...
Wah tajuk macam good2 je kau eycha ... Ah ! Persetan kan semua tu ... Idea untuk menaip tercipta tatkala melihat kucing dekat Dataran tadi .... Dan juge terlintas kata2 'Listen' masa nampak kucing tu tadi ....
Tajuk dekat atas tu untuk peringatan sendiri dan korang juga ... Bersyukurlah anda dilahirkan sebagai manusia dan bukanye sebagai haiwan ... Knp eycha cakap kene bersyukur ??? Jom kite zoom out ...
Kita amik contoh kucinglah ... Berapa banyak kucing yang jadi ' gelandangan' ?? Melebihi manusia ... Tak percaya ?? Sila rajin2 kan diri anda turun ke pasar dan gerai2 tepi jalan ... Kucing kene sepak , terajang sebab mintak makan . Korang sedap makan isi , kucing mintak tulang pon korang nak sepak2 bagai .
Lepas tu kucing2 ni korang tahu kalo tido asal rase selamat & boleh berteduh je ... Kalau hujan lintang pukang cari tempat teduh .. Lepas tu ade manusia yang bodo letak anak2 kucing dekat kawasan tong sampah .. Kejadah ape tu ?
Buktinya 4 ekor kat rumah eycha ni datangnya dari tong sampah , eycha bawak balik dari bukit belacan ke rumah eycha . Masa tu diaorang baru lahir , bulu pon tak tumbuh lagi .. Yang sekor ni abang eycha jumpa tengah jalan dekat bawah jambatan kampung pandan ... Pernah jugak abang eycha kutip budak kecik lagi dekat highway shah alam ....
Ok... Ok ... Tu semua masalah yang kucing alami .. Banyak lagi sebenarnya masalah ... Tapi kucing2 ni teruskan jugak hidup ...
Ni manusia baru putus cinta sikit nak terjun bangunan bagai .. Pergh ! Buang beras je mak ayah bela sampai besar .
Ade masalah sikit macam nak mati lagak nya .. Hello abang2 , kakak2 , adik2 ... Kalau rasa tak boleh nak tanggung sharelah dengan orang yang korang percya ... Jangan jadikan masalah korang sebagai alasan la ...
Tu baru jadi manusia ... Kalau jadi haiwan tak tahulah macam mana ... Panjang lagi kot rungutan nye ..
Pompom yg menjadi peneman menulis mlm ni ...
Saturday, January 19, 2013
Sedekah seikhlas nya ...
Friday, January 18, 2013
Mimpi yang memenatkan
Hello blog .....
Ade lagi ke yang belum tidur ni ? hmm .. hmm ... Jam menunjukkan pukul 1.28 pagi .... Ape yang mengganggu korang sampai ta tidur ? hmm ... hmm .. Tanya orang diri sendiri pon sama ... Eycha ta tidur pasal takut mimpi yang sama lagi ..
2 malam ni eycha asyik mimpi yang buat eycha penat bila bangun ... Haip !!!! Bkn mimpi bebukan ye ...! Korang pernah ta rasa macam yang eycha rasa skg ?
Mimpi pertama :
Dekat laut yang luas , eycha atas kapal lepas tu tiba2 dalam kapal tu ade rusuhan .. Untuk selamatkan nyawa eycha terpakse terjun ke laut ... Berenang punye berenang akhirnye sampai juge dekat darat . Yang pelik nye bila bangun eycha rase tangan ni lenguh & kaki cramp ..
Mimpi kedua ( semalam )
Eycha tak tahu kenapa ade org ramai keja eycha dengan 2 org lagi kawan eycha ni ( perempuan & lelaki ) kita orang bertiga lari nak selamatkan diri . Lepas tu eycha terpisah dari 2 kawan eycha tu entah macam mana boleh jumpa diaorang menyorok . Lepas tu kawan lelaki eycha tu demam . Eycha dengan kawan perempuan pegi la beli ubat .. Tengah2 beli ubat masa nak bayar tiba2 penjual tu macam melengahkan masa jadi kitaorg syak ada yang tak kena . Terus je eycha bergelut dengan penjual tu sebab nak ubat .
Last2 keluar dari kedai ubat , kawan perempuan eycha pegi bagi ubat dekat kawan lelaki tu . Dan sekali lagi org ramai keja kitaorg ber3 . Sebab eycha duduk jauh sikit dari kawan2 eycha , sekali lagi eycha terpisah dengan diaorang .
Eycha terpaksa berlari dan menyorok nak selamatkan diri . Orang kata kalau mimpi kita , kita boleh buat ape je yang kita suka kan !? Masa dalam mimpi tu eycha nak laut supaya boleh terjun dan selamatkan diri . Tapi sungguh hampa ... Tak ada laut ... Puas eycha pusing2 .
Tiba2 mimpi beralih , eycha ade dekat rumah eycha . Oh mai .... Eycha di tawan dalam rumah sendiri . Yang peliknya eycha ade dalam bilik sendiri pulak tu ... Ade dua org yang jaga ... Eycha buntu nak melepaskan diri . Bila eycha bukak laci , eycha nampak telefon moshi2 tu dan ' roti kering ' ..
Tibe2 sorang penjaga ni masuk & eycha hentak kepala dia gun telefon moshi2 tu ... Yang lagi sorang tgh dok rehat kat sofa tu eycha tenyeh muka dia guna ' roti kering' ... Eycha kembali berlari ... Sampai dekat moto eycha nampak moto diikat pakai tali rapia eycha rentap je ... Start moto dan blah ... Ingat dah habis ...
Boleh pulak diaorg keja guna moto .. Sekali lagi eycha hampa dengan mimpi tu sebab eycha mintak ade paku supaya motor diaorg pancit langga paku tapi tadew ... Lepas tu eycha nampak polis dekat tepi jalan ... Eycha pegi dekat polis tu mintak tolong . Lepas tu eycha dah ta ingat ape jadi ...
Sedar2 pukul 09.15 pagi ... Waaaaa , lambat gila nak pegi keje . Tadi mandi pon dalam mata tertutup .. Badan lesu dan terasa sangat penatnya . Sampai bawak moto pon macam org mabuk .
Last2 tengah hari eycha bantai tidur sejam 15 minit ... Hahahaha ...
Ok lah nak tido lah blog ... Babaiii ...
Lurve eycha ...
Wednesday, January 16, 2013
Facebook dan Handphone android
Wordless Wednesday #5
Tuesday, January 15, 2013
Go Launcer Pada Android
Monday, January 14, 2013
" Aku Pun Nak Hutan Kabut Review "
Kucing dan Rantai
![]() |
Sungguh Kurus . |
![]() |
Kepala tu kepala kucing kesayangan eycha MOHD MONTEL |
Wednesday, January 9, 2013
Nak Jadi MODEL ?
PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA . FREE REGISTRATION
Untuk menjadi sebahagian daripada Models dan Talent #1st Intake, anda mestilah:
1- Warganegara Malaysia
2- Berumur 18 - 35 Tahun
3- Berperwatakan Menarik
Aturcara (individu):
1- Calon perlu Mengisi borang pendaftaran
2- Sesi photoshoot bersama team BPP untuk profile
3- Sesi Pendaftaran Selesai, profile CALON YANG TERPILIH akan dipaparkan di FB dan laman web BPMM.
# PAKAIAN : JEANS DAN TSHIRT HITAM SAHAJA
Kelebihan untuk menjadi sebahagian daripada model dan talent BPMM
1- Peluang untuk sebarang ujibakat / acara / dsb akan dimaklumkan terus kepada anda.
2- Part Time sahaja dan anda boleh juga menyertai agensi agensi lain. Tiada Kontrak ekslusif buat masa ini.
3- Diskaun untuk sebarang produk dan perkhidmatan daripada Net Empire Enterprise (Blackpepper Production / Fadzri Design / BP Models Management ) *TOC applied
4- Akan ditambah dari masa ke semasa
#Sila sahkan dahulu kehadiran anda dengan menghantarkan SMS 'BPMM1 nama dan email anda' ke 017 2971046
Jumpa anda disana!