When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Saturday, June 27, 2015

PHUKET DAY 2 - PHI PHI ISLAND

Hello blog ...

Eycha nak sambung untuk hari ke - 2 di Phuket ... Pagi tu dapat morning call pukul 5.30 a.m .. Hahah ... Kau rasa ..? Kat Malaysia pun aku bangun pukul 6.30 tau .... Bila dah bangun & siap-siap tu eycha terus call yana . Just to make sure yang dia dah bangun .. Luckly dia memang dah bangun . Tapi si AP & NAJOL , eycha call-call tak berjawap . Penat call yana berulang kali . 

" Yana budak dua orang tu tak angkat call , panggil dekat beranda pon tak bukak ..."
" Hish , biar betul diaorang ni "

At last tu eycha pegi jugak ketuk pintu diaorang ... Tahu tak ...! Tahu tak ...! Diaorang dah bangun cuma tak nak angkat call sebab ingat tu MORNING CALL ...! Puihhhh korang ... Memanglah engkorang ni ...


Ok , hari ni aktiviti we olls hanya di PHI PHI ISLAND . Pukul 8.30 am dah bertolak ke PENGKALAN .. Hahaha .. Pengkalan sangat ... Tapi sebelum bertolak kita kena sarapan dulu okeh .?

Disebabkan ragu-ragu , eycha amek KOKO CRUNCH je ..

Take a breakfast b4 you go!

Ha , sebab eycha amek Koko Crunch sebab ragu-ragu lagi dengan makanan dekat situ . Yelah paham kan bila kita berada dinegara orang .. Heh ... Lagi satu pagi sangat dek non ... Tahun Masihi bilanya hakak sarapan awal-awal pagi ... Lepas semua dah siap we olls pun naik ke van memasing ... Eycha dan mereka VAN NO 2 ... tapi ta ade tangkap pun dengan pemandu we olls .. Ouh btw nama pemandu we olls ASRI .

But first let we take a wefie ...Haha

Memasing muka teruja nak g pulau .. Puih .. Haha


Depan tu ade kak asma , kak faz , kak ani ... Tak muad nak interframe ... heheheh .... Sampai je dekat Jeti we olls diberi pelekat kaler hijau . Kita orang naik Sea Angel Cruise . So dalam tu coffee , tea percuma ok .. Yang lain sila bayau ... Perjalan we olls hari ni dalam Cruise mengambil masa 2 jam ... 2 JAM TAU ...!!!!! 

Phi Phi Island ni ade 6 pulau tau .. Tapi we olls cuma dibawa ke PHI PHI LEI dan PHI PHI DON ... 2 hours on the cruise and you guess what ..? Eycha Mabok .... Lepas tu dah tak boleh nak buat ape-ape dah ... Next is just KROH KROH KROH ... Lagi satu masa diaorang snorkling tulah eycha dan yana dah mabok ... Hahaha .. Kelakar nok ... Tapikan sebelum tottally mabuk tu sempat la we olls ambil gambar ats cruise tu ...

BTW TIME NI KAKI TA BERAPA NAK KUAD


KAK SYIDA MAIN CAK - CAK



OUR YOUNGEST BROTHER


PEACE 


SNORKLING TIME .. YAY

Lepas tu habis la eycha & yana mabok ... Dah mabok baru terhegeh-hegeh nak cari Kak ALIA mintak ubat ... Hahah ... Tapi yana lagi worse sebab nak bangun pun dia tak larat ... Hahah .. Rupa -rupanya bila makan ubat tu kita akan rasa mengantok sangat . Patutlah mata ni walau di lawan macam mana pun tetap nak tidur ... Hahah . Choi sangat tau . 

Lepas semua selesai bersnorkling dan meninjau-ninjau pulau we olls dibawa makan ke PRINCESS restaurant .. Akhirnyaaaaaaaa , eycha jumpa juga ayam ... hahahah ... Makanan kat situ sedap lah juga... Yummy .... Ouh ye masa makan ni we olls jadi mama & paparazi ... Kalau nak tengok gambar ape kenalah tunggu dekat SPECIAL EDITION punya post ... hmmmm .... Jum sambung menghayati gambar kami .





Lepas makan , we olls meninjau-ninjau untuk mencari sourvenier ... Hmmmm .... Kene pandai tawar menawar okeh ..? Dan kami kembali ke Phuket dengan menaiki Cruise selama 2 jam lagi .... Huuuu , huuuu .... Sampai kat Phuket kami dibawa merefreshkan diri di sebuah masjid ... 
Lepas tu baru dibawa ke kedai sourvenier yang murah ... Lepas bershopping , kita pergi makan .... Oh yeah ... Shopping sampai pukul 07.00pm kau ...!

Lepas makan , kita terus balik .. Malam tu tak ade pegi mana-mana pun ... Just like yesterday , lepak berandar tengok brade selit ... Malam tu pulak hujan ... Eycha cuma kirim banana pancake je dekat kak ikin ...

BANANA NUTELLA PANCAKE !
Berakhirlah hari kedua di PHUKET ...

Trimass ...
Nota Pancake : Pancake tu eycha makan untuk breakfast sebab malam tu waktu kak ikin hantar eycha da tidoooooo .....



Wednesday, June 24, 2015

KATA - KATA HATI #4 - NILAI DIRI SENDIRI DULU

Dear blog ...

Malam ni tak ade ceita pasal Phuket ... Esok mungkin ada ... Malam ni eycha terpanggil nak menghapdate  topik yang eycha & membe eycha bual kan sekejap tadi ...

Memang manusia ni tak lepas daripada buat kesilapan , macam eycha pun ada silapnya ... Tapi kan , kenapa perlu ulang kesilapan yang sama pada org lain .? Kenapa tak sedar - sedar diri lagi dik non ? Suka eh buat hal dengan orang ?

Meh sini eycha kasi satu pengajaran . Mak pesan kalau nak mengata orang tu tengok diri sendiri dulu ... Cukup tak kain tu ... Kalau cukup baguslah ... Jom baca kisah ni ...

Satu hari polis datang ke sekolah cari Ali ... Semua mata-mata liar terbeliak termasuk Kasim . Balik tu Kasim cerita dekat mak dia , Mak Senah pasal Ali tadi . Kasim cakap Ali kena tangkap dengan polis . Mak Senah yang terkenal dengar perangai SPEAKER dia pergilah canang satu kampung bahawasanya Ali kene tangkap polis dekat sekolah tadi . Bila orang kampung tanya kenapa . Mak Senah rilex je jawap

" Aku RASA lah Si Ali tu kena tangkap pasal mencuri KOT . Yelah keluarga Mat ( ayah Ali ) kan susah . Tu tak ada kes lainnya selain mencuri "

Jadi , kisah Ali mencuri pun sampailah ke pengetahuan satu kampung dan keluarga Ali . Tapi keluarga Ali rilex-rilek je dulu ... En. Mat pon sembang-sembang isap rokok barang sebatang dua dulu ... Tak melatah pon ...

Selang sehari Pengetua buat pengumuman bahawa Ali dah jadi HERO sebab mengecam perompak yang suka pecah rumah orang kaya ... Kisah FAKTA ni pula tersebar ke seluruh kampung dan sampai ke telinga Mak Senah ...

Haaaaaaaa .... Korang rasa ape Mak Senah buat ? Malu tak ? Dah lah guna ayat RASA , KOT .. Lepas tu rilex je Mak Senah sebar satu kampong ... Mak Senah pon bukan elok sangat perangai , kalau elok tak adanya dicanang satu kampong cerita Ali kena panggil polis .

Jadi , awak awak awak yang kat luar tu dah cermin diri belum masa buat cerita auta tu .? Awak rasa saya tak tahu ke apa background  awak .? Awak ingat awak baik sangat macam malaikat .? Awak rasa awak paling suci ke .? Awak confident ke tak pernah buat kerja macam tu .? Awak confirm ke dengan cerita auta awak tu .? Ke awak ni spesis yang acah - acah alim masa bulan puasa .? 

Awak , saya nak tanya ni ... Awak pernah tak fikir pasal perasaan orang tu masa awak buat cerita auta ni ... Awak tak rasa bersalah ke .? Awak tak rasa macam nak CERMIN DIRI ke .? Awak tu pun masih bertatih nak berubah , kenapa asyik nampak salah orang je awak .. Saya pun jahat , tapi saya tak ada lah cerita tanpa ada bukti .. 

Andai ditakdirkanlah awak baca post saya ni , saya mintak sangat-sangat dekat awak supaya CERMIN DIRI . Kita sama - sama buat silap ... Jangan na buat cerita AUTA sangat tau ...


Trimasss ...
Nota Hati : Bulan Ramadhan ni bulan mulia tau , sila kumpul PAHALA daripada DOSA 

Monday, June 22, 2015

PHUKET DAY 1 - WELCOME TO PHUKET PART 2

Dear blog ... Sawadikap ...

Hahah , fyi eycha memang tak move on lagi dari percutian hari tu .. Yelah macam mana nak move on kalau banyak sangat momento semanis gula-gula kapas . Ahaks . Ok , ni part terakhir untuk hari pertama .. But first ,  izinkan beta menberitahu apa yang ada dekat phuket ni ..

Kat sini ada pulau - pulau yang chantik , gadis gadis yang shy shy my ... * ini joy suka , shy shy my ... >.< . Sumber pendapatan diaorang mostly  daripada pelancongan sebab tu dekat sini banyak sangat "entertaiment" dia ... Barang -barang pon boleh blah lah murah , kena pandai cari tempat juga . Ouh ye pada yang suka mengurut tu bolehlah cuba sebab kat sini bersepah kedai urut , cuma kena pandai pilih je ... Okeh ?

Ok dah , nak sambung cerita ni ... Lepas check in , masing-masing dah tak sabar nak jumpa air  ( swimming pool ) . Hahah .. Macam tu sekali excited kau ... Lepas refresh kan diri , we'olls janji jumpa dekat swimming pool ... ( Eycha , Yana , Najol , Ap , Joy ) Mula-mula tu nak pegi tukar duit je dekat depan hotel plus cari selipar sebab eycha tak bawak selipar ... T_T
Orang tua cakap alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ... Jadi kami 5 sekawan pun melangkahkan kaki ke Patong Beach ... Dari hotel ade lah dalam 5 minit . Dan jeng , jeng , jeng ...


left ( joy , ap , najol )

King & Yana  ( the only girls )

Non sabar sampai bawak tuala putih keluar .

BAGILAH KAMI BERBAHAGIA SEKETIKA .

PERTANDINGAN TUNJUK GIGI 

SMILE AS YOU CAN 
Kalau perasan lah baju eycha & yana dah bertukar di gambar yang ke - 4 ... Ada kisahnya .. Kan tadi eycha cakap dah alang-alang carik selipar tu kitaorang pon pegilah ke pantai , disebabkan pakaian eycha & yana tu macam tak sesuai untuk bermain air , we'olls dipaksa balik oleh AP ... Dia yang membuatkan eycha dan yana berjalan 5 minit kembali ke hotel dan 5 minit kembali ke pantai ... Bila dah penat-penat balik semula ke pantai sedihnya tak terkata sebab tak dapat pon main air laut dia ... T_T  , tahu sebab apa ? Sebab BAHAYA , ombak dia terlalu kuat .. Dua kali bantai terus tenggelam kaki dak yana ... Haaaaa , kau rasa ? Itu sebab we'olls main selfie-selfie je ... Hahaha ... Boleh lah kan daripada tak ada ... But still ,  we'olls dapat merasa air laut dia dengan berdiri saja digigi air ... Heeeee ...

Seterusnya pukul 07.00 malam , kami dibawa makan malam di sebuah restoran halal ... Tak jauh pun dari hotel , tepi pantai Patong juga ... So masa makan tu sebok la tengok ombak menggila .... Jom zoom out in ..

MUKA PALING LAPAR 

JOY ( 3 FROM LEFT ) DAH TAK SABAU 

OI EYCHA , AMEK PIC AKAK .

MAIN MENU . TOM YAM !
Acara seterusnya adalah terbahagi 3 kumpulan ...

1 ) Pergi Bangla Road
2) Pergi Hard Rock Cafe
3 ) Pergi balik Hotel ...

Eycha dan 5 sekawan dengan bangga memilih PERGI BALIK HOTEL .! Hahah ... Kesah ? Penatlah weh lepas seharian berjalan tanpa henti , ingtat tak penat ke . Tapi balik tu Yana naik bilik eycha , so we'olls cuma lepak beranda je ...
Ouh ye lupa pula , eycha satu bilik ngn kak ara plus bilik kiterang bersebelahan bilik AP & Najol sebab tu kiterang boleh sembang B to B * beranda to beranda okeh anak-anak ...!

Haaaaaaa ..... Berakhirlah hari pertama eycha dan rakan-rakan di Phuket ... So untuk hari kedua eycha hapdate lain ... Bye-bye ...

Trimasss ..
Nota Cuti : Bulat gila muka mak ngah dek non !



Saturday, June 20, 2015

PHUKET DAY 1 - WELCOME TO THAILAND part 1

Dear blog ....

Kita sambung jom penceritaan percutian kita ni .. Ajummm ..

Perjalanan dari KLIA ke Phuket mengambil masa selama satu jam . We olls tiba di Phuket jam 05.10 waktu tempatan .

Tapi kegembiraan we olls diganggu kerana 2 orang kawan kami tak lepas nak masuk thailand sebab tak bawak visa ... Sebab diaorang dari bangladesh , diaorang cuma bawak passport je .. Hmmm ... Lepas tu terpaksa lah diaorang disuruh pulang ... Kesiannya ... Seterusnya , kiteorang keluar dalam pukul 07.00 pagi ..



Gambar pertama di Thailand


Lepas breakfast we olls dibawa ke kilang T-Shirt ... Wuuuuuu .... Sampai-sampai kedai baru buka tau . Harga dia oke lah . Sehelai ada 179 bath , 199 bath , baju Hard Rock mahal sikit kot dalam 250 bath . Bila di Thailand kita gunakan Bath oke anak-anak ... T-Shirt dia suma merambangkan mata ni .. Elak beli semua je ... Haha ...

Gambar di kilang baju tak ada oke ? Sebab masa tu perut dah kenyang jalan pon menonong je . Seterusnya we olls teruskan penjelajahan di Gems Gallery ... Dekat sini dia tunjukkan cara-cara pembuatan batu-batu pertama ... Masa dalam keretapi tu dia tunjuk , sayangnya dalam tu tak boleh snap-snap sebab cara-cara pembuatan tu agak rahsia kot .. Tapi sebelum naik keretapi , we olls disajikan dengan pemandangan akuarium ...  Ajum zoom out in ...





Front ( Ap , Yana , Eycha , Jiha , Fea , Joy , Najol )

Front ( Ap , Kak Is , Humairah , Yana , Eycha )

Front to left ( Razif , Ap , Mila , Kak Ara , Eycha , Lea )

Nampak penyu ingat adik dekat Malaysia .


Adik , aku jumpa kawan kau ..


Ini keretapinyaaa .....


Nampak bendera Malaysia tu ?
Penterjemahan dalam bahasa Melayu .

Proses pembuatan Batu Permata .


There you go amethyst .. !



Cer tengok harga dia .. Hahah ...
Ok , habis sudah meneroka Gem Gallery , seterusnya we olls dibawa ke kedai makanan kering ..




Ha , nilah nama tempat makanan kering tu PORNTHIP ... Jaga-jaga mak ngah , kalau pergi sini ade zon non halal tau ... Zon merah tu zon Non Halal .. Eycha tak beli apa-apa pun kat sini sebab tak menarik minat ... Hahah ... *demand kau eycha . 

Seterusnya kami diusung pula ke kedai kacang gajus .... Wallah , masa ni eycha tak turun pun pasal dah mengantuk sangat , lagi satu tak minat lah kacang-kacang .. So no picture .

Lepas tu kan we olls dibawa ke kebun lebah pula ... Haaaa , masa kat sini mula-mulanya tak nak turun tapi sebab nak tahu apa ada , eycha turun juga ... Dekat sini dapat pegang lebah live tau .. Kalau salah pegang mau kena sengat ... Hahah ... Lagi satu dia bagi rasa air madu dan cara-cara untuk kenal madu asli macam mana .. Ohsem guys .. ! 

Wahai adik kening jangan tinggi sangat .


En. Wan and family .
Ok , seterusnya pergi tengok sunset view ... Tapi tak tengok pon sebab sunset mahupun sunrise tak ade dah ... Dah tengah hari pulak ... !! So eycha hanya sambung tidur dalam van .. Sedar-sedar je terlihat pemandangan yang asyik ... Hahaha *jahatnya kau eycha .. Selepas semua orang dah puas berselfie we olls dibawak makan tengah hari di Patong ... Hah .... !!!!! Lega , dapat juga makan ... Hemo-hemo ... Lepas makan baru kita check in hotel ... Legaaaaaa nyaaaaaaa .... Ouh ye we olls duduk dekat HOTEL IBIS .


Muka bahagia Joy & Ap dalam check in .. Haha ...
Trimass 

Nota Holiday : Gambar last tu cer teka siapa abang siapa adik .