When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, April 22, 2020

KAU ADA MASALAH HATI EH?

Dear hikayat,

Tatkala kita gembira melihat kupu-kupu melebarkan sayapnya, kita lupa atau kita tak pernah tahu yang hayatnya hanya seketika.

Macam tulah kita manusia. Kita hanya memandang kebahagiaan orang lain saja, tapi pernah tak kita nampak kesedihan, kelukaan mereka? Tidak bukan? Tapi apa yang kita buat? Kita suka menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.

Satu keburukan mampu melenyapkan seribu kebaikan. Adil ke?
Seseorang pernah pesan dekat kita

" Ca, dengar boleh, percaya jangan. Dan kau jangan pernah percaya pada cerita satu pihak, bilamana pendapat kau diperlukan kau kena dengar cerita dua belah pihak." 

Tapi bohonglah kalau korang dapat dengar cerita dari dua belah pihak. Kita berani potong kuku lah yang korang banyak dengar cerita sebelah pihak je. Lepas tu korang judge  kan? Puih.

Korang tak penat ke nak menghakimi orang lain aje? Korang dah sempurna sangat ke? Come on guys,  kita bukan malaikat.

Korang sebenarnya ada masalah hati ni. Cukup-cukuplah membawang, salahkan orang itu, salahkan orang ini. Awak tak pernah buat salah? Awak tahu ke cerita yang sebenarnya?
Awak tak tahu, mata awak tu yang sakit sebenarnya. Pernah awak terfikir tak yang mata awak tipu awak? Bullshit yang kata mata tak pernah menipu. Then why ada kes salah faham.

Contohnya: Zeffy tolong lap air yang tumpah dekat peha Ezry, tapi tiba2 Eca ternampak dari sisi lain yang Zeffy tengah pegang peha Ezry. Padahal kejadiannya Zeffy nak tolong lap aje. Dan budak Eca tu, pi membawang bagitahu orang lain yang mereka dua gay. See! Mata tu tak nampak kejadian sebelum, dah mulut pun terbabit pergi meronda menambah beban dibahu kiri. Aigooo.

Tapi, kita lagi pelik dengan orang yang ada masalah hati kronik.
Tengok orang bahagia dia sakit, tengok orang tak bahagia pun dia sakit. Kau dah kenapa syaiton?
Tengok orang tu bahagia kau ada je nak menyakitkan hati dia, nak melempar fitnah kat dia. Bila dia tak bahagia kau kecam. Eh kau kenapa? Tak cukup kasih sayang?

Ke kau yang nak kasih sayang daripada beliau? Kalau nak cakap, insyallah beliau boleh berikan. Sayang sesama manusia ni banyak faedahnya.

Yer, kita ni taklah baik pun. Jahat aje manjang. Tapi kita tak lah suka hati nak judge orang. Kita judge bila kita dah tahu hal sebenar je. Tu pun kadang malas nak judge, sebab buat penat otak aje,

psstt.. Sometimes you only see what you want to see. bwerk!

Ciao.



Saturday, April 11, 2020

DUDUK RUMAH

Salam 1 Malaysia!

Rasanya dah nak dekat 25 hari perintah kawalan pergerakan dijalankan.
Macam mana perasaan duduk rumah? Bosan? Seronok? Pelbagai rasakan.

Nak tak nak kita kena chill jelah, sampai terputusnya wabak Covid-19 ni.
Kalau tak chill tak kan korang nak duduk dekat hospital kot. Pilihan ditangan anda.

Satunya bila duduk rumah ni, kau akan bosan. Tapi bila kau bosan, kau akan cari benda untuk buat. Macam memasak contohnya. Tahniah buat yang dah berjaya mencungkil bakat korang.

Cakap pasal masak ni, kita baru tersedar yang kita pun tak pandai nak masak. Paling-paling pun masak sup, sambal, kuah lemak, kicap. Haaaa, empat benda tu je yang tahu. Lepas tu kalau masak pun mesti nak kena guna bahan instant. Ha ha ha. Tu baru cakap pasal masak lauk. Kalau kuih, kek, pastry.Hurmmmmm. Memang tak lah kan. Goreng cucur pun kita guna tepung adabi yang dah siap tu, perisa lemak manis. Ha ha ha.

By the way, i kinda proud to mommy or daddy yang serba serbi boleh. Hahaha... Contoh macam kak daia bagi resepi hari tu. Resepi coq (cucur) kentang. First time dengar cucur kentang. Lepas tu dia buat roti sendiri, kuih-muih. Oh my my! Proud of you lah kak!

Mungkin sebab kita malas sebab tu tak pandai apa pun. Eh! Tapi serious talk, orang kata goreng makanan frozen la senangkan! But not for me. Sumpah! Sama ada makanan tu "ter" hangus atau tak masak. Hari tu masak sup pun taufiq kata ayam tak masak! Goreng ikan pun tak masak lagi! *nangis tepi bucu tilam 

So how to be seorang eycha? Masak nasi, goreng telor la!!!! Tak pun order. Lagi satu hal. Bukan tak nak praktis masak tau. Dia sebab duduk berdua je dengan Taufiq, jadinya mood nak masak tu tak sampai. Kalau masak pun tak makan si sugar glider tu. Musim PKP ni je terpaksa makan.

Apa-apa pun harapnya wabak ni cepatlah lenyap dari muka bumi ni. Selain daripada bosan duduk rumah, kesian juga pada peniaga kecil, yang bergaji hari. Hurm. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Buat Frontliners dan yang perlu bekerja disaat ini, thank you and stay safe. We love you!

p/s : i miss my nasi goreng pattaya!

Love,
King Eycha

Tuesday, May 21, 2019

JOGJA HAVOC TRIP 2019

Apa kabar anak-anak?
Lage liburan kemana?
Ada yang bercadang mahu ke Yogjakarta?
Ayuh kita berbagi cerita,

Trip kali ni ditaja oleh syarikat selama 5 hari 4 malam.
Menaiki penerbangan Air Asia dari KLIA 2 - Yogyakarta (Adi Sujipto Airport) 
Kos pengangkutan + hotel + pakej = RM 1,500.00 ( sebab tiket beli agak mahal)
Yang guna duit sendiri untuk bergambar, beli gambar, membeli-belah.

Hari Pertama

Jam 07.00 pagi - Berkumpul di KLIA
Jam 09.30 pagi - Penerbangan berlepas

(Waktu Indonesia lewat 1 Jam dari Malaysia)
*Tiba awal 30 minit di Adisujipto Airport.

*Makan tengah hari. (Termasuk dalam pakej)




Makan ditepi sawah, dengan angin bertiup manja. Nyaman! Korang boleh pilih nak makan duduk atas kerusi atau bersila okay!

*Berwisata di Umbul Ponggok (tiket masuk dah termasuk dalam pakej)

Kalau kat sini korang kena sewa item yang korang nak tu tau ( ada motor, buaian, khemah, pc, basikal dan lain-lain). Dekat depan pintu masuk ni ada satu kedai yang sewa item yang korang nak. Boleh sewa dekat situ ya.

Group kami ambil motor. Setiap harga item berbeza dan mengikut bilangan orang. Kami sepuluh orang mengambil gambar dengan moto.

Apa yang korang kena tahu. Umbul Ponggok datang daripada sumber mata air asli pergunungan yang di kelilingi pohon-pohon besar. Kedalaman sekitar antara 1 - 1.5 meter ditepi kolam tetapi 2 - 3 meter ditengah kolam. So kalau yang tak tahu berenang ada kedai yang boleh sewa life jacket dan pelampung okay.

Dan disebabkan punca air daripada mata air. Air dalam kolam ni sangat sejuk okay. Ada yang tak tahan keluar menggigil. Ha ha ha

Harga  motor cross + gambar : RP 260,000.00 ( tapi bahagi 10 orang )
Harga masuk toilet : RP 2,000.00
Harga air green tea : RP 9,000.00
Harga tiket : Dah termasuk pakej.



WE ARE HERE!

MOTO CURIK
SELAM - SELAM TAK JUMPA HANDLE

BUKAN TAK BIASA NAIK MOTO BERTIGA


CURIK JUGA

PASANGAN MANIS-MANIS

CURIK LAGI

PENAT MAIN AIR JANGAN LUPA BELI AIR DEKAT
KEDAI AMBIL GAMBAR.

Korang mungkin tak percaya yang gambar diambil didalam kolam, percayalah, memang kami masuk dalam kolam dan basah bukan cerminan sahaja. Korang kena cuba sendiri okay!

Gambar pula dia akan bagi soft copy, dan mereka akan transfer ke telefon ANDROID.
Pengguna IOS disarankan untuk bawa telefon ANDROID (sekiranya solo travel) atau bawa pendrive la. Kalau ada kawan yang guna ANDROID tu, pastikan storage dia mencukupi. Hahaha.

*Berwisata di Tebing Breksi ( tiket masuk dah termasuk pakej)

Tebing breksi dulunya sebuah bukit batu marmar. Dan suatu masa penduduk disitu mulai membuat ukiran didinding bukit dan menjadikannya salah satu tarikan pelancongan.










*Makan malam (termasuk pakej)
*Check in
*Tidoq

Hari Kedua

-Nota kasih sayang : Sila kuatkan stamina anda

* Berwisata di Kali Biru (tiket masuk dah termasuk pakej)

Selepas sarapan kami terus dibawa ke KALI BIRU. Dekat sini setiap spot yang korang nak ambil gambar kena bayar. Setiap spot pula harga berbeza. Harga pula bermula daripada RP 100,000.00/4gambar. Dan setiap gambar yang hendak ditambah RP 5,000.00/1keping gambar.

Gambar pula mereka akan bagi soft copy, masuk terus dalam telefon. Jadi adalah lebih baik menggunakan ANDROID.

Kami bertiga mampu pergi ke dua spot sahaja. Suka diingatkan, semakin jauh korang turun kebawah, semakin penat korang nak naik balik ke atas. Hahaha.

Nak naik ke Kali Biru ni kena naik jeep. Naik jeep daripada kawasan situlah, bukan dari hotel.

Harga gambar bagi dua spot : RP 200,000.00
Harga air mineral dan oren jus : RP 20,000.00
Sewa jeep dah termasuk dalam pakej.















Lagi satu nak cakap, kita punya gayat sampai tergagap terus. CUAK!!!
Dan peluh boleh perah dia punya cerita.

* Berwisata di Pule Payung (tiket masuk dah termasuk pakej)

Pule payung ni lebih kurang sama macam dekat Kali Biru, tempat pun sebelah-sebelah saja.
Tapi dekat sini, Spot yang korang nak masuk tu kena bayar lagi. Dalam RP 10,000.00 - RP 35,000.00 Gambar pula RP 100,000.00/4pcs gambar. Tapi dekat Giant Swing kami dapat semua gambar, jadi sorang bayar RP 100,000.00 ( sebab kami ramai dan malas nak pilih. Jadi jurufoto bilang, ngak apa-apa, saya kasi semua aja)

Harga masuk Jambatan Syurga : RP 10,000.00
Harga 4 keping gambar di Jembatan Syurga : RP 100,000.00
Harga gambar dan spot Giant Swing Jogja : RP 100,000.00
Harga tambahan bagi 1 keping gambar : RP 5,000.00


SPOT JEMBATAN SYURGA




SPOT JOGJA GIANT SWING








.


Oh ya, terima kasih pada Mas Adi (supir jeep kami) kerana sudi melayan kegilaan kami berlima.

* Makan tengah hari(termasuk dalam pakej)

* Berwisata di Candi Borubudur

Candi = Kuil.
Candi Borobudur adalah Candi yang terbesar didunia, sekaligus menjadikan ia satu monumen Buddha terbesar didunia. Nak tahu sejarah Candi Borobudur kenalah belajar sejarah ya.

Dekat borobudur ni panas. Kalau yang nak sewa payung ada je. Satu payung dia boleh sewa paling murah RP 10,000.00 tapi kalau hujan, dan korang pula tak ada payung. Mereka akan ketuk sampai RP 50,000.00 (hahaha) so sementara harga RP 10,000.00 tu korang sewalah kalau nak.

Dan dekat pasar Candi Borobudur ni boleh tahan murah harga barangan dia. Kalau nak shopping kat sini, boleh sangat!

Bila korang dah habis jalan keluar dari Candi dan nak ke parking, jangan terkejut kalau korang kena kepung atau kena ikut dengan penjual mereka. Kalau korang rasa kesian belilah satu dua dekat mereka, sebab tu je sumber pendapatan mereka. Kalau tak nak beli tolak cara baik ok? Kita kan berbudi bahasa. Cakap saja ( ngak, terima kasih *senyum dan jalan )

Harga tiket telah termasuk dalam pakej.

JAGA LANGKAH ANDA





LOMPAT!!!


BELAKANG CANDI BORUBUDUR












* Makan durian

Disebabkan masa dekat medan tak dapat makan durian, jadi supir kami singgahkan sebentar untuk makan durian tepi jalan! Terima kasih Mas Trias dan Mas Tree Man!


Terima kasih juga Pn. Normala sebab belanja durian.

* Makan malam (termasuk pakej)
* Pulang ke hotel

Hari Ketiga

Suka diingatkan : Sila kuatkan stamina anda

* Mount Merapi

Kami bertolak dari hotel ke tempat menaiki Jeep seawal 3.30 pagi.
Selepas subuh kami terus naik ke Gunung Merapi. Kalau nak solat dahulu pun boleh sebab ada disediakkan bilik solat.

Dan Jeep kat sini paling teruja, sebab dia bawa macam orang gila. Hahahaha.

Gunung berapi ni masih aktif tau. Dan kesan daripada letusan pada tahun 2010 telah mengakibatkan lebih 10 buah kampung musnah dan ramai penduduk terbunuh oleh aliran piroklas. Sedih? Ya. Mari kita sedekahkah Al-Fatihah untuk mereka.

Dan di Bunker Kaliadem adalah saksi bisu kepada letusan merapi. Mas Alif bagitahu, masa terjadinya letusan, ada para sukarelaan yang berlindung di Bunker ini, tetapi kerana debu panas terlalu tebal mereka terperangkap didalam Bunker dan hanya berjaya mengeluarkan mayat mereka 3 ke 4 hari selepas itu. Hmmmm.

Dan semasa kami disini, ada letusan kecil terjadi. Tapi Mas Alif kata tak apa, sebab mereka tahu aktiviti gunung tu (maksudnya dia ada bagi tanda amaran) Jangan yang  tak pernah keluarkan amaran
tahu-tahu meletus. Itu yang bahaya.

Harga sewa jeep dan tiket telah termasuk pakej.



















Bunker : Tempat perlindungan

















* Batu Alien

Dikatakan terlontar semasa terjadinya letusan atau mengikut aliran piroklas. Dan batu ini ada bentuk muka manusia.




Tu Gunung Merapi, jauh tau!







Nampak tak ada bentuk muka dekat batu tu.

* Muzium Omahku Memori Merapi

Satu lagi saksi bisu letusan merapi. Entahlah eh. Kat sini rasa lain macam, terbayang mereka yang tak dapat menyelamatkan diri daripada debu panas merapi. Dengan haiwan ternakannya lagi. Haih entahlah.
















* Stonehenge










* Sarapan pagi

Selepas turun daripada 3 tempat berkenaan kami pun bersarapan yang dibungkus oleh pihak hotel. Disebabkan hari nihari jumaat jadi kami bergegas turun untuk ke destinasi seterusnya. Perjalanan dalam 1 jam ++.




* Keraton
Keraton adalah Muzium Istana dan Istana bagi Sultan. Sebab Sultan pun duduk disini.
Dekat sini kalau korang ambil tour guide boleh bagi seikhlasnya untuk servis dia. Sebab itu salah satu punca pendapatan mereka. Dan dekat luar Keraton ada orang yang berpakaian Jawa. Tu pun kena bayar kalau nak bergambar.

Harga tiket dah termasuk pakej.


















* Taman Sari

Ala nak kena cerita ke? Macam malas je. Tak apa kita cerita sikit je.
Taman sari atau Istana Air Taman Sari, dulunya merupakan tempat rekreasi untuk para keluarga diraja. Selain menjadi tempat rekreasi, tempat ini juga merupakan benteng pertahanan daripada pihak musuh.

Dah namanya pun Istana Air. Jadi dekat sini juga tempat bersiram bagi ratu, gundik, puteri dan juga putera yang belum baligh lagi. Dikatakan dahulu, ketika gundik-gundik sedang bersiram, Raja akan melihat mereka daripada menara. Dan akan membaling bunga ke dalam kolam. Sesiapa yang mendapat bunga tersebut, kira sangat bertuahlah sebab dia dapat bermalam bersama raja. Hahaha.

Dekat sini juga terdapat masjid bawah tanah.

Harga Tour Guide ( bagi seikhlasnya ) tapi tak tahu pula kalau group macam kami kena bayar dia RP 100,00.00 sebab dia pun tak bagi tau berapa. Kata seikhlasnya.

Jadi kalau korang ke Taman Sari dan memerlukan Tour Guide, sila tanya harga mereka dulu tau!

Harga tiket dah termasuk pakej.






Dari menara inilah Raja akan memerhati gundik bersiram dan
baling bunga kearah mereka.














Kena cuba rojak dia. Sedap! Depan Keraton
* Makan tengah hari


Lunch dikedai Jawa.


* Pulang ke hotel
* Makan malam
* Berspa / Malioboro
Kami bahagi dua group, satu pergi mengurut, satu group lagi ke Jalan Malioboro. Dan saya memilih untuk mengurut. Lega dodol!

* Kroh Kroh Kroh

Hari Keempat

*Pantai Timang

Hello Gondola! Disini tak ada insurans, tak ada safety equipment, semua risiko atas diri sendiri. Dan kalau naik atas ni kena pilih salah satu nak naik Gondola atau jalan naik jambatan. Sebab kita ingat boleh pergi naik gondola balik guna jambatan. Mereka kata lain company. Hahaha.

Harga naik Gondola : RP 200,000.00
Harga naik Jambatan : RP 100,000.00
Harga sewa Jeep dan tiket masuk dah termasuk dalam pakej.












* Makan tengah hari dikedai Lobster Pak Sis
Makan tengah hari telah termasuk dalam pakej.










* Jurang Tembelan
Tiket masuk telah termasuk pakej.










*Rumah Seribu Kayu
Tiket masuk telah termasuk pakej.





*Hutan Pinus
Tiket masuk telah termasuk pakej.







* Pintoe langit
Tiket masuk telah termasuk pakej.



* Makan malam di Bukit Bintang
Tiket masuk telah termasuk pakej.

* Malioboro / Pulang ke hotel
Saya memlilih pulang ke hotel kerana tidak sihat.

Hari terakhir

*Check out
* Batik Rumah








* Bakpia Soemadigo



* Kedai Slver


* Kopi Luwak




 *Kedai baju Jogja





* Pulang Ke Malaysia









Dan berakhirlah Jogja Havoc Trip kami.
Trip berlansung pada 27 Februari 2019 - 3 March 2019. Tapi 3 bulan kita peram post ni. Punyalah mood tak sampai.

Dekat bawah ni summary perbelanjaan kita okay. Sebab dekat atas tu semua matawang Rupiah.

Hari Pertama

RM 1,500.00 : Pakej dan tiket pergi dan balik (Air Asia)
RM 60.00 : Grab pergi dan balik
RM 79.00 : Motor dalam air (tapi sebab bahagi 10 orang, jadi RM 7.90 sahaja)
RM 0.60 : Mandi
RM 2.71 : Air Green tea

Hari Kedua

RM 60.22 : Kali Biru
RM 6.02 : Air
RM 63.23 : Pule Payung

Hari ketiga

RM 76.00 : mengurut dispa.
RM 400.00 ++ : Shopping, tip, pastu entahlah.

Okay! Sekian terima kasih.