When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, April 22, 2020

KAU ADA MASALAH HATI EH?

Dear hikayat,

Tatkala kita gembira melihat kupu-kupu melebarkan sayapnya, kita lupa atau kita tak pernah tahu yang hayatnya hanya seketika.

Macam tulah kita manusia. Kita hanya memandang kebahagiaan orang lain saja, tapi pernah tak kita nampak kesedihan, kelukaan mereka? Tidak bukan? Tapi apa yang kita buat? Kita suka menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.

Satu keburukan mampu melenyapkan seribu kebaikan. Adil ke?
Seseorang pernah pesan dekat kita

" Ca, dengar boleh, percaya jangan. Dan kau jangan pernah percaya pada cerita satu pihak, bilamana pendapat kau diperlukan kau kena dengar cerita dua belah pihak." 

Tapi bohonglah kalau korang dapat dengar cerita dari dua belah pihak. Kita berani potong kuku lah yang korang banyak dengar cerita sebelah pihak je. Lepas tu korang judge  kan? Puih.

Korang tak penat ke nak menghakimi orang lain aje? Korang dah sempurna sangat ke? Come on guys,  kita bukan malaikat.

Korang sebenarnya ada masalah hati ni. Cukup-cukuplah membawang, salahkan orang itu, salahkan orang ini. Awak tak pernah buat salah? Awak tahu ke cerita yang sebenarnya?
Awak tak tahu, mata awak tu yang sakit sebenarnya. Pernah awak terfikir tak yang mata awak tipu awak? Bullshit yang kata mata tak pernah menipu. Then why ada kes salah faham.

Contohnya: Zeffy tolong lap air yang tumpah dekat peha Ezry, tapi tiba2 Eca ternampak dari sisi lain yang Zeffy tengah pegang peha Ezry. Padahal kejadiannya Zeffy nak tolong lap aje. Dan budak Eca tu, pi membawang bagitahu orang lain yang mereka dua gay. See! Mata tu tak nampak kejadian sebelum, dah mulut pun terbabit pergi meronda menambah beban dibahu kiri. Aigooo.

Tapi, kita lagi pelik dengan orang yang ada masalah hati kronik.
Tengok orang bahagia dia sakit, tengok orang tak bahagia pun dia sakit. Kau dah kenapa syaiton?
Tengok orang tu bahagia kau ada je nak menyakitkan hati dia, nak melempar fitnah kat dia. Bila dia tak bahagia kau kecam. Eh kau kenapa? Tak cukup kasih sayang?

Ke kau yang nak kasih sayang daripada beliau? Kalau nak cakap, insyallah beliau boleh berikan. Sayang sesama manusia ni banyak faedahnya.

Yer, kita ni taklah baik pun. Jahat aje manjang. Tapi kita tak lah suka hati nak judge orang. Kita judge bila kita dah tahu hal sebenar je. Tu pun kadang malas nak judge, sebab buat penat otak aje,

psstt.. Sometimes you only see what you want to see. bwerk!

Ciao.



Saturday, April 11, 2020

DUDUK RUMAH

Salam 1 Malaysia!

Rasanya dah nak dekat 25 hari perintah kawalan pergerakan dijalankan.
Macam mana perasaan duduk rumah? Bosan? Seronok? Pelbagai rasakan.

Nak tak nak kita kena chill jelah, sampai terputusnya wabak Covid-19 ni.
Kalau tak chill tak kan korang nak duduk dekat hospital kot. Pilihan ditangan anda.

Satunya bila duduk rumah ni, kau akan bosan. Tapi bila kau bosan, kau akan cari benda untuk buat. Macam memasak contohnya. Tahniah buat yang dah berjaya mencungkil bakat korang.

Cakap pasal masak ni, kita baru tersedar yang kita pun tak pandai nak masak. Paling-paling pun masak sup, sambal, kuah lemak, kicap. Haaaa, empat benda tu je yang tahu. Lepas tu kalau masak pun mesti nak kena guna bahan instant. Ha ha ha. Tu baru cakap pasal masak lauk. Kalau kuih, kek, pastry.Hurmmmmm. Memang tak lah kan. Goreng cucur pun kita guna tepung adabi yang dah siap tu, perisa lemak manis. Ha ha ha.

By the way, i kinda proud to mommy or daddy yang serba serbi boleh. Hahaha... Contoh macam kak daia bagi resepi hari tu. Resepi coq (cucur) kentang. First time dengar cucur kentang. Lepas tu dia buat roti sendiri, kuih-muih. Oh my my! Proud of you lah kak!

Mungkin sebab kita malas sebab tu tak pandai apa pun. Eh! Tapi serious talk, orang kata goreng makanan frozen la senangkan! But not for me. Sumpah! Sama ada makanan tu "ter" hangus atau tak masak. Hari tu masak sup pun taufiq kata ayam tak masak! Goreng ikan pun tak masak lagi! *nangis tepi bucu tilam 

So how to be seorang eycha? Masak nasi, goreng telor la!!!! Tak pun order. Lagi satu hal. Bukan tak nak praktis masak tau. Dia sebab duduk berdua je dengan Taufiq, jadinya mood nak masak tu tak sampai. Kalau masak pun tak makan si sugar glider tu. Musim PKP ni je terpaksa makan.

Apa-apa pun harapnya wabak ni cepatlah lenyap dari muka bumi ni. Selain daripada bosan duduk rumah, kesian juga pada peniaga kecil, yang bergaji hari. Hurm. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Buat Frontliners dan yang perlu bekerja disaat ini, thank you and stay safe. We love you!

p/s : i miss my nasi goreng pattaya!

Love,
King Eycha