When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Sunday, January 27, 2019

PENGALAMAN TRIP KE HAT YAI, THAILAND

Hai korang..

Pos sebelum ni lebih kepada itinerary trip. Tapi untuk pos kali ni saja nak share experience dengan ADZU TRAVEL.

Ni first time kita pergi keluar Malaysia mengikut darat. Penat? Mestilah! Tapi berbaloi.
Perjalanan dalam bas mengambil masa selama lebih kurang 8 jam. Kalau siapa yang biasa naik bas dari KL - Pantai Timur tu okay lah. Dah biasakan. Dan perjalanan malam lebih digalakkan sebab malam kau tidur je. Tahu-tahu dah sampai.

Masa pergi ada insan yang baik hati juga beri kuih untuk kunyah-kunyah. Terima kasih, murah rezeki akak. Kami dalam group ada lebih kurang 80 orang ( dua bas persiaran + 1 buah kereta)
Dan kita dalam group bas B. Dan disebabkan group B tersadai lama dekat Border Padang Besar, perjalanan kami terpisah. Group A bersama Alphard manakala Group B bersendirian. Tapi okay je sebab Group B is ohsem!

Kalau dekat border Padang Besar tu, better jangan masuk cop dekat dalam, beratur yang dekat luar. Yang kereta guna. Lagi cepat.! Yang kat dalam...........  Allahu. tu yang sampai setengah hari.

Pesan untuk korang, kalau hari cuti termasuk Cuti Am sila elak menggunakan Border Padang Besar!!! Sebab lama gila. Dan orang ramai potong Q. Border lain maybe okay... I don't know..

Yang paling kita suka, guide kami sangat bertimbang rasa. Selalu tanya keadaan peserta. Mana yang ada anak-anak tu dia siap pesan awal-awal, bagitahu kalau tak selasa. Tak kekwat, tak ikut kepala dia je, tak memaksa. Eh!  Kita suka sangatlah.

Dan yang bestnya peserta dalam bas B , semua sporting. Saling tak mengenali tapi sampai sana dah macam family. Tak malu-malu. Saling beri pendapat bagi yang pernah pi tu...
Dalam bas menggila macam kena sampuk. Main banyak.

Dan agak terujalah sebab banyak patung-patung besar dekat sana. Dekat tepi jalan je korang dah boleh nampak patung buddha mereka sebesar alam.! Penduduk thai majority penganut agama buddha. Tapi Tour Guide kami ( kak ana ) dia Muslim.

Kalau pergi Floating Market , nak beli makanan cari yang pakai tudung atau kopiah. Sebab mereka muslim, yang tak pakai tu paham-paham jelah. Tapi ada je cakap. Macam tak boleh percaya.. Terpulang pada korang, kalau was-was jangan beli. Sebab Kak Ana cakap, mereka tak main-main dengan agama. Mana-mana pergi cari yang bertudung atau berkopiah.

Untuk membeli-belah, digalakkan di DANOK. Sebab korang boleh potong harga kaw-kaw punya. Tapi dekat KAYSORN tu material dia adalah yang okay sikit dan ada yang sama dekat DANOK. Dekat ASEAN NIGHT MARKET pun korang boleh membeli belah dekat situ, selagi boleh minta kurang korang minta. Kalau tak boleh tak apa. DANOK ada meyh!

Border balik kami guna border Sadao ( Thailand ) dan keluar ikut Bukit Kayu Hitam. Dekat sini proses lagi cepat dan efficient. Ada dalam lebih kurang 10 kaunter buka. Jadi sangat cepat.! Diborder Kayu Hitam ada 4 kaunter buka dan 1 yang automatic punya. Cepat juga.

Akhir kata, jangan lupa bawak sun block! Dan jangan serik datang Hat Yai naik bas.


Pack gila kan dalam lift,
tapi kami okaykan aje.! Dalam lift pon memekak.


1 2 3 lompat. Hujung belah kanan tu kak Enn.
Guide kami. Sportingkan..? 


yang pakai spek DG tu kak mala.
jantung dia pakai bateri tapi dia punya gila ,
sis pun cuak..! Depan dia tu kak Aida.. 


Dan inilah guide dari thailand.
Kak Ana..!!!
Paling sempoi , sporting gila.... 
credit picture to CT RAHIMAH

Bye...

Love,
King Eycha



No comments:

Post a Comment