When I close my eyes , I see that smile.....
Daisypath Friendship tickers

Saturday, January 26, 2019

HATYAI TRIP 2019



Hai semua..
Sawadikap..

Mood masih di tailannnnddd (melirik sikit macam orang thai cakap)
Jadi kemana destinasi kalian tahun ini.? Nanti share-lah (link) juga dengan kita. Kot-kot nak pergi juga ke..
So hari ni nak cerita pasal trip to hatyai...!

Trip berlansung selama 4 hari 2 malam...
Menaiki bas dari KL Sentral - Hatyai...
Kos penginapan dan pengangkutan RM 299.00 by agent.
Makan , membeli belah dan lain-lain duit sendiri.

Day 1

Jam 10.00 malam -  berkumpul di KL Sentral
Jam 11.00 malam  - bas bertolak
Jam 01.00 pagi  - berhenti rehat 45 minit di RTC Gopeng

Day 2

06.30 - Berhenti solat di Masjid Padang Besar
08.00 - Proses cop passport di Border Padang Besar ( sempadan malaysia)
08.30 - Proses cop passport di Border Padang Besar ( sempadan thailand)

- disebabkan kami pergi pada hari cuti yang bersambung ( jumaat, sabtu, ahad, isnin(thaipusam)) proses disempadan thailand mengambil masa selama setengah hari. Argh.... Kalau nak pergi tolong jangan pergi masa cuti am...! Gila sesak.....! -

Waktu Thailand lewat 1 jam daripada Malaysia. Bawah ni semua waktu Thai ok. Dan Thailand mengunakan matawang baht....

12.00 - Baru keluar daripada sempadan Thailand.
13.00 - Makan tengah hari ( 80 baht)
14.00 - Check in hotel ( beli sim card 200 baht )

- kalau ikut jadual kami jalan-jalan dulu, lepas tu baru check in. Tapi sebab agen kami sangat bertimbang rasa jadi mereka bawa kami check in dahulu. Menyegarkan diri katanya..

15.00 - Pergi ke kedai cenderahati Kaysorn ( ada baju , key chain , toto , eh macam-macam lah)
16.00 - Nora Plaza .


KAYSORN 


TEH BUNGA 


TEH BUNGA BERSAMA SUP SARANG
BURUNG LONGAN 




DEPAN NORA PLAZA


 Siapa yang peminat barangan kulit boleh beli disini. Digalakan untuk beli barangan kulit ikan pari okay. Kalau tak nak , tak apa... Tak paksa. Korang boleh minum sarang burung dekat situ. Okay lah rasa dia. Siapa yang minum boleh muda 5 tahun... teeeeeeettttttttt. Kita dah muda...! Awwww.... *rasa nak tampar diri sendiri...

17.00 - Pergi ke kedai kacang-kacang.. Tapi kita tak turun kat sini. Malas.. Sebab penat.
17.30 - Bertolak ke FLOATING MARKET ..... !!!!!
18.00 - Floating Market yoo...!!!

- gila sekejap akak kat sini , sampai tak tahu nak makan apa... Sudahnya makan nasi , telur , sotong dan pancake kot... -












Lepas ke Floating, kami balik hotel dan buat aktiviti bebas...
So malam tu kami serbu 7-Eleven disana. Sebabnya Kak Ida nak memborong susu Meiji dan Arabus.
Balik dari 7-E singgah ke kedai kasut tepi jalan. Ala macam kedai kasut bundel kat malaysia ni la... Tapi murah gila kot...!!!!! 150 baht je weh... Dan cantik-cantik. Korang kalau malam , selagi boleh jalan korang jalan je tau...!






Day 3

Kami bangun awal sikit dari team A sebab kami nak qada aktiviti semalam yang tak dapat dibuat. So kami keluar hotel jam 07.00 pagi waktu thailand.

* Sarapan
* Wat Phranon Laem Pho, Koh Yor.

- Dekat sini ada patung buddha besar yang tengah baring tu dan ada ikan besar punya tugu. Tapi mostly banyak patung buddha lah dekat sini
- Beli gambar 100 baht




SHHHH... NANTI BELAKANG TU BANGUN 


MAI ADIK BELI BUAH 








*TangKuan HillTop

- tiket masuk 30 baht
- dekat sini korang tak payah penat-penat mendaki sebab kita naik lift nak ke atas. Tapi lama jugalah nak tunggu turn. Sini nice juga sebab nya korang boleh nampak semua bandar songkhla...

















* Kepala Naga.

- yang ni kepala tempat lain , badan tempat lain , dan ekor tempat lain. Saja mereka nak bagi korang ber-explore race... ( kita tak ada gambar disini okay.)

* Samila Beach. ( Patung Ikan Duyung , Kucing dan Tikus )
- ya, ya , ya... Mesti korang curious kan... Sebab baru-baru ni tempat tu kena bom... Sampai hilanglah ekor duyung tu dibuatnya. Actually katanya, tu kerja budak-budak nakal. Malam - malam tak ada kerja,tu yang dibomnya patong tu.









Tapikan, kita rasa..... Patung tu sebenarnya nak pakai kaki je masa tu, saja nak tukar angin... Tu yang kena bom.. Sebab sibuk nak guna kaki.. Hemo hemo hemo.. ( ok gurau dan tak kelakar )

-Patung tu tak ada ekor dua hari je pun... Lepas tu depa bagi pakai ekor balik...

*Masjid terbesar Songkhla
- haaaaaaa...... Ini mesti lelaki semua tahu ni...Ini lah tempat kahwin lari... Nak menikah dekat tingkat 2 ya kawan-kawan. Lagi satu kan, masjid ni, ala-ala macam dekat Taj Mahal. Pergh...!!! Rasa nak cari Shah Jehan sendiri masa tu... Ha Ha Ha... Ni kalau #abgjodoh ada ni, mau aku yang tarik dia pi menikah time tu ja... Har Har Har... Dak aih, gurau ja.... Dapat tau dek Pak Cik Raja, mau kena putaq kepala ceq.....










* Chang Puak Camp

- Dekat sini siapa nak naik gajah kena bayau eh... Kalau tak naik tak apa.. Korang main-main jelah area situ....







ini harga di Chang Puak Cam -  Jan 2019


* Bee Farm

- Masuk free je... Korang dengarlah cerita-cerita kebaikan madu dekat sini. Yang jakun sikit dekat sini. Sebab toilet dia menggunakan sistem save elektrik. Kalau korang masuk tandas, lepas tutup pintu baru lampu terbuka.. Ha Ha Ha.. Weh sumpah jakun doe...!







* Makan Stim Boat

- Korang makanlah puas-puas ya disini. Makan kena bayar 300 baht.

Day 4

Check out --> Breakfast --> Danok (1 jam shopping) --> Balik Malaysia. Dalam perjalanan balik tu kami singgah di Jeruk Madu Pak Ali.



Sian , duit habis.. Kena juai air pula disini. 



Benda viral 


Dan itu sahaja trip Hatyai 2019..

Oh bagi yang tanya bajet tu. Macam kita, total habis dalam 600.00 ++ lah.
Rate tukaran 100 baht : RM 13.00

Meh sini kita summary perbelanjaan kita :

RM 299.00 kos hotel dan bas

Day 2

RM 10.40 - LUNCH    ( 80 baht)
RM 26.00 - SIM CARD    ( 200 baht )
RM 26.00 - SARANG BURUNG    ( 200 baht )
RM 10.40 - DUA EKOR SOTONG    (80 baht )
RM  4.55 - AIR DALAM BEKAS DOREMON    ( 35 baht )
RM  4.55 - PANCAKE   ( 35 baht )
RM  3.90 - NASI + TELUR LAUK ( 30 baht )
RM 11.70 - SUSU MEIJI , KETIP KUKU , GULA-GULA ( 90 baht )

Day 3

RM 13.00 - GAMBAR    ( 100 baht )
RM  2.60 - AIR   (20 baht )
RM  4.55 - AISKRIM ( emma belanja )   ( 35 baht )
RM  3.90 - ENTRANCE FEE HILL TOP   ( 30 baht )
RM 39.00 - STIM BOAT   ( 300 baht )
RM  0.65 - TANDAS   ( 5 baht )
RM  2.60 - RM 4.55 - Harga naik tuktuk (tapi tak naik pun) ( 25 - 35 baht )
tapi tuk tuk ada yang mahal juga tau...

Day 4

RM 19.50 - BREAKFAST    ( 150 baht )
RM 26.00 - BELI OLE2 VIRAL    ( 200 baht)
RM 91.00 - 4 HELAI BAJU   ( 700 baht )
RM  2.60 - AIR   ( 20 baht )
RM  0.65 - TANDAS  ( 5 baht )

Jeruk harga lain tau...! Tu guna duit malaysia

okay, siap dah pos kita...
Bye....


ps : kalau nak shopping barang murah, tunggu dekat DANOK tau...! Kau potonglah harga cukup- cukup kat situ...

Love,
King Eycha.



2 comments:

  1. Padu lah akak ni bercerita pasal travel. But i cant help it, i saw your spelling mistakes! Sorryyyyyy :(((( but a very nice info tho ;) i love you! Wish i was there with youuuu :((((

    ReplyDelete