When I close my eyes , I see that smile.....

Monday, November 5, 2012

Seburuk Mana Pun Dia , Dia Tetap Ahli Keluarga Kita.

Hello korang .....

Lama gilosh eycha tak bukak belog ni . Amek kawww . Berabuk beraban . Panjang pulak kan tajuk kali , masuk mood sentimental la kali ni ye ? Ok jum zoom out in ...

Pada satu malam yang dingin , ( hah ! amek kaw , macam nak buat karangan dah ) eycha dok la merenung bulan yang malas nak muncul , tacin ke bulan tu ? Tapi angin memang tiup sepoi2 je ... Best woo lepak sengsorang malam tu ... Tibe2 eycha dengar orang marah2 , ( al-maklumlah duduk rumah flat , bukak pintu toilet pun orang dengar ) eycha tegaskan setegasnya disini bukan niat eycha nak mencuri dengar tapi memang dah kena dengar sebab eycha lepak dekat kaki lima time tu sambil2 menghirup nescafe . Ahaks .... Biasalah mak marah anak ... Lepas tu dengar kedeganggggg !!!! *pintu dihempas ... Dasat sungguh ... Terkejut jugalah time tu ... Biasalah remaja yang nak mula memberontak ... Ade je yang nak di cari pasal nya . Ciss !! Aku dapat kau , aku sekeh kepala kau budak !!! Sejenak , ceh .... Sejenak eycha fikir eycha pun dulu macam tu , bila eycha benggang dengan abang eycha laju je cacian dan makian yang terbit dari mulut ni . Tak dinafi kan abang eycha seorang yang diktator ! Haaaa .... Jangan terpedaya dengan luaran die ok ??

Tuan DIKTAKTOR KOTOR >.<
Menci gile bile die mengeluarkan titah berikut :

akak , amik kan aku air ..
akak , bukak kan komputer tu , aku nak main .
akak , tolong beli kan rokok .
akak , aku nak guna komputer .
akak , tunggu dekat bawah , lagi 5 minit aku sampai ( sejam kemudian baru sampai )

Argh !!!! Benci nye bile die keluarkan ayat tu ... Macam2 lagi ayat tragis yang terpaksa eycha dengar .. 'Akak itu , akak ini ' sampai bergaduh lah kiteorang .. The best part is sampai eycha nangis kene buli & kena pukul kalau tak dengar cakap dia . Lagi satu eycha tak berani nak menangis depan die sebab keluarga eycha ni agak pelik sikit sebab kalau menangis lagi diaorang akan cakap macam ni .

' hah ! nangis lagi ... nangis lagi ' - tone marah
' kau nangis lagi aku pukul kau lagi ' - mengugut ! tak sukeee
' kau sapu cepat air mata tu sebelum aku pukul/ bagi makan cili ' - kejam ....
' kau bagi tahu mak/ayah aku pukul kau , lagi teruk aku pukul ' - speechless cepat2 kesat air mata

Ni semua dari didikan mak ... Semua dalam rumah tu penah rasa ... Eycha pun pernah buat dekat adik eycha  . Cuma kalau eycha nangis eycha cari ayah sebab he's the Protector & my Hero ! Dan diaorang termasuk mak ta berani marah eycha bila ayah ade ... Kalau ayah tak ade terpaksa lah ikut kata si PEMARAH ! Ya sememangnya keluarga incik Raja Kamarulzaman semua kejam , termasuk eycha . Baik di luar tapi dalam hanya kami dan orang terdekat je tahu ..

Tapi tu semua it's ok bagi eycha sekarang sebab , kalau diaorang tak buat macam tu mungkin eycha akan membesar menjadi seoarang yang kuat nangis , lemah sebab dalam keluarga eycha , eycha sorang je perempuan , so kesan didikan mereka eycha pun boleh dikategori kan diktator baik ... *perasan ... Walau pun dulu eycha berharap tak ade family macam ni tapi bile dah matang ni baru rasa betapa bertuah nye eycha lahir dalam family ni . Walaupun diaorang kejam dan gilosh , mereka tetap keluarga eycha ...

Sebab bila eycha sakit , sedih , susah ... Keluarga lah datang dulu .... Kejam macam mana pun meraka tettap keluarga eycha . Bila tak ade orang nak terima kita keluargalah yang datang memberi harapan ... Semuanya bermula dari keluarga ... Bila nak mengumpat pun dengan diaorang juga . Nak bergaduh berpisau2 dengan diaorang pon tak ape sebab sejam / sehari lepas tu dah boleh duduk main ps , tgk tv same2 ...

Satu yang eycha sayang dengan keluarga eycha sebab , lepas diaorang pukul salah seorang dari kita orang , orang yang pukul tu akan peluk , cium , minta maaf dan pujuk kita balik .. Contoh :
Mak pukul abang , lepas tu mak akan datang dan buat perkara yang eycha sebut kan tadi .  Dan kalau kene pukul teruk , yang lain akan datang sebagai penyelamat ... Contoh :
Eycha kena cili mulut ni , sebab suka melawan dengan mak , lepas mak habis marah , abang dengan adik eycha datang bawak macam2 untuk hilangkan pedas/pedih tu ... sedih tapi amat berharga ... Malam tu pulak mak akan tidur kan eycha , peluk sampai eycha bangun ... Hahaha ...

Sekian luahan ...
Lurve eycha , ampang...

No comments:

Post a Comment