When I close my eyes , I see that smile.....

Thursday, August 30, 2012

Beraya di kampung

Hello...
Seperti tahun2 yang sudah semesti nya eycha akan pulang ke kampung untuk menyambut hari lebaran ini . Ceh! Ayat gramatis betoi . Jum zoom out in cerita eycha di kampung .

Sabtu 18 August 2012

- Eycha bertolak dari KL seawal jam 06.20 pagi sebab nak elak jammed konon nya.... Tapi sampai kampung dalam pukul 9 kalau tak silap .. Pergh ! Ni nak bagi tahu , malam 17 August 2012 tu eycha demam tau ! Mana tak demam nya pagi tu eycha runner habis - habisan . Jum kita flash back 17 August .

Jumaat 17 August 2012

-07.00pagi - hantar mak pergi tempat kerja sebab dia nak ambil barang.
-07.30pagi - sampai juga selepas melalui AKLEH ! Lepas tu balik semula ke rumah dengan mak sebab nak hantar ayah ke hospital .
- 08.15pagi - sampai rumah letak2 barang lepas tu terus hantar ayah pergi hospital , mak pun ikut sekali . Kita orang naik dua motor . Ayah dengan adik , mak dengan eycha . Hantar ayah pergi hospital pasal ayah jatuh dari tangga masa nak betulkan lampu bilik air hari selasa tu ( buat follow-up)
-09.00pagi - lepas hantar mak dengan ayah dekat hospital eycha dengan tak mandi nya pergi office kejap sebab nak bagi surat maintenance dekat bibik . hah ! penat !
-09.30pagi - eycha balik rumah kejap sebab nak mandi , lepas tu terus pergi hospital amik mak dengan ayah semula . Ayah balik dengan adik sebab nak pergi klinik gomez nak ambil ubat , hospital tak ada stok . Sampai je dekat klinik berlaku pertengkaran sebab doktor tu tak percaya hospital yang suruh ambil ubat kat situ , doktor tu nak buat check up jugak . Sampai mak eycha terus mak sound :

" Ni kira nya korang condemned hospital kerajaan lah ni , tak percaya dengan doktor kerajaan ."

Setepek kena kepala masing2...

-10.00pagi - eycha singgah rumah kejap sebab nak ambil duit.... Lepas tu eycha teruskan perjalanan pergi KAMDAR dengan mak sebab nak beli baju raya untuk ayah , adik dengan dia....... Hahahah ... Eycha belikan ayah baju warna biru , adik warna hitam , dia warna hijau . Mak belikan mereka kain untuk dijadikan sampin . Habis je membeli eycha terus hantar mak pergi kerja . 
-12.30t/hari - baru lah eycha sampai rumah .
-1.00 - eycha bawak ayah pergi bank pulak sebab dia nak tukar duit .. Haih penat kot !!!
-06.30 petang - eycha bawak mak pergi bazar , pasar raya lepas tu mcD ...

Last2 eycha tak larat sangat sebab dah demam time tu , berbuka eycha hanya minum air soya je . Sudah la demam kene cirit burit lak tu . Ekspidisi eycha tak habis dekat situ je ....

08.00p.m - eycha pergi bayar bill celcom ayah tapi celcom tutup pulak ! Dah la kepala pening , badan tak larat segala usaha tak berbaloi !

Akhirnya eycha tersadai dekat rumah dengan ditemani  tuala untuk demah dahi . Haiyaya....
Ok jum sambung balik kisah 18 August .

Sabtu 18 August 2012
- Sampai je kat kampung eycha terus keluar kan kucing2 . Eycha bawak balik kucing ke kampung tahun ni .. hahahah . Eycha memang tak larat sangat , dah lah rumah kampung panas nasib baik ayah ada pasang air-cond ....
- HAri tu mak dah masak , sambal kentang , rendang ayam dengan tumis kering tak lupa nasi impit pun dah sedia .
-Eycha tolong sikit2 je bila kepala pening balik eycha pun dammmm ... Landing atas tilam bersama kucing !

19 August 2012
- Ha , korang awal2 pagi mesti dah bangun dengan semangat nak beraya kan ? Lain pulak jadi nya dengan keluarga eycha , masing - masing malas nak bangun pagi lagi lah malam tadi ok asyik main meriam je . 
- Mak eycha punya bising sampai eycha yang bangun dulu . Nak ambil hati dia eycha pun gosok kan baju dia . Ceeewwwaaahhhh ...
- Mula2 eycha kejutkan dani ( sepupu eycha) , lepas tu adik , dia dan ayah !
- Part paling best ,selalu nya kalau orang lelaki keluar g semayang kita orang perempuan ( eycha + mak ) mesti siap2 dah dengan baju kurung tapi !!! Mak eycha ajak eycha decorate bilik tidur pulak sebab nak bagi budak2 lelaki main game dalam bilik jangan kacau Tv depan .
- Eycha mandi dengan pakai baju bila nak pergi kubur ! Hahahahah . Tempah baju raya semata2 na gi kubur ! Tapi balik dari kubur tu adalah 2 3 rumah yang eycha raya . Cuma sedara terdekat lah . 


ayah dengan abah 

abai kan mak eycha yang tengah marah tu pasal eycha  buat peace

Dani n adik


sama kan baju dengan ayah ?

eycha nan dani

my lovely parents .

- Malam nya pula aktiviti membakar ayam dan meriam . Mula2 slow je budak2 ni main. Bunyi macam hidup segan mati tak mahu . Last2 eycha turun baru lah bersemangat sikit bunyi nya ... 

Ayah cakap : Nak kena orang perempuan juga baru meletop !
Dani Cakap : Apa ni pik( adik ) akak punya lagi kuat .

Bangga tahap gaban la .

Lepas tu sambil main meriam sambil membakar ayam .... Wah ! sedap tak terkata ...



comandor dani

captain eycha

leftenan taufiq

chef irfan





Ok tu je lah ,

Lurve eycha ampang !

No comments:

Post a Comment